Isnin, 28 Oktober 2013

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Kedai bunga terbakar <b>di Kuala Terengganu</b> | Terengganu Today

Posted: 25 Aug 2013 05:06 AM PDT

Sebuah kedai bunga yang yerletak di hadapan Flat Seri Kolam di Pusat Bandaraya Kuala Terengganu terbakar petang tadi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. Manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak bertanggungjawab.

image

image

image

Di atas adalah antara gambar yang sempat dirakamkan

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


Kemalangan: Empat maut <b>di Hulu Terengganu</b> – Perak Today

Posted: 05 Oct 2013 12:45 PM PDT

gambar hiasan:-

gambar hiasan:-

HULU TERENGGANU – Empat orang termasuk sepasang suami isteri maut dalam nahas membabitkan dua buah kereta di Kampung Baru Ajil, Bukit Apit, di sini hari ini.

Kejadian 4.49 petang di Km 2 Jalan Pengkalan Berangan-Marang itu menyebabkan Abdullah Mamat, 54, yang memandu Proton Saga dan isterinya Che Mah Awang, 44, serta pemandu Proton Wira, Jusoh Ibrahim, 39, maut di tempat kejadian.

Seorang lagi mangsa yang juga kakak angkat Che Mah, Mek Kenanga Bakar, 50, meninggal dunia kira-kira dua jam kemudian di Hospital Hulu Terengganu, kata Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Ismail Muslim ketika dihubungi Bernama.

Katanya nahas berlaku apabila kereta Proton Wira yang menghala ke Kuala Berang itu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Proton Saga terbabit.

Sementara itu, anak Mek Kenanga, Raja Mohamad Tarmizam Raja Muda, 18, berkata kejadian berlaku ketika ibunya dalam perjalanan melawatnya di Kem Program Latihan Khidmat Negara Cador, Marang.

"Saya tunggu mereka sampai pukul 6.30 petang namun ibu dan pakcik tidak juga tiba, sebelum saya dimaklumkan mengenai berita kemalangan itu," katanya ketika ditemui pemberita di hospital berkenaan.

"Semalam saya telefon mak minta dia datang namun mak cakap tak nak datang tapi saya tetap pujuk suruh dia datang," kata anak ketujuh daripada lapan beradik itu lagi.

Sementara itu isteri Jusoh, Siti Zabedah Muda, 38, berkata suaminya bekerja di Marang dan berulang-alik setiap hari ke Ajil.

"Saya bercadang berhenti kerja hujung bulan ini untuk mengikut arwah di Marang, tapi sudah takdir ini berlaku," katanya.

- Bernama

13 di kemasik - Google Blog Search

13 di kemasik - Google Blog Search


Bendahari UMNO Pekan Kemasik Lawan Calon BN, PAS <b>di Kemasik</b>

Posted: 21 Apr 2013 01:42 PM PDT

Kerusi Dun Kemasik yang dianggap kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kemaman menjadi tumpuan kerana menyaksikan perebutan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ia berikutan Bendahari Umno Pekan Kemasik, Zulkiflee Salleh, 58, mencalonkan diri sebagai calon Bebas menggunakan lambang ikan, sekaligus menentang penyandang kerusi Dun Kemasik, Ir Rosli Othman dan calon Pas, Che Alias Hamid.

Zulkiflee berkata, keputusannya bertanding bukan dirancang sebaliknya dilakukan spontan berikutan tidak berpuas hati dengan calon Barisan Nasional (BN) di kerusi itu yang diumumkan pucuk pimpinan BN negeri.

"Tiada niat untuk saya lawan parti atau pun nak kejar pangkat tetapi saya dah lama sabar dan saya anggap ini keputusan terbaik yang saya ambil.

"Saya ibarat lilin yang membakar diri, demi rakyat di Kemasik saya ambil keputusan nekad ini kerana ramai sebenarnya yang tidak setuju (dengan calon) tapi tak berani tampil," katanya selepas mengisi dan menyerahkan borang penamaan calon di Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Chukai, kelmarin.

Zulkiflee memilih simbol ikan kerana dia seorang penjual ikan dan berniaga ikan sejak berusia 18 tahun.

"Saya yakin mampu menang di Dun Kemasik dengan sokongan rakyat Kemasik yang mahu isi hati mereka didengari," katanya.

Sementara itu, Ir Rosli berkata, walaupun undi berpecah dengan persaingan tiga penjuru tetapi ia tidak akan mengganggu majoriti kemenangan yang akan diperoleh BN.

"Dengan adanya calon Bebas, kita akan lakukan sedikit perubahan dari segi strategi untuk memancing undi. Kita akan lebarkan lagi strategi," katanya.

Pada penamaan calon itu, Zulkiflee menyerahkan borang pada jam 9.03 pagi, diikuti Ir Rosli pada jam 9.16 pagi. Penyerahan borang itu disusuli calon Pas, Che Alias pada jam 9.21 pagi yang dicadangkan Mohamad Mahadi Nawi dan disokong Mohd Rusman Rani.

Terdahulu, bagi Parlimen Kemaman, calon BN, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyerahkan borang penamaan pada jam 9.02 pagi dan calon PKR, Kamarudin Chik pada jam 9.11 pagi.

Calon BN Dun Kijal yang juga Menteri Besar, Datuk Ahmad Said juga menyerahkan borang penamaan pada jam 9.02 pagi diikuti calon Pas, Hazri Jusoh pada jam 9.10 pagi, sementara bagi Dun Chukai, calon BN, Datuk Wan Ahmad Nizam menyerahkan borang pada jam 9.05 pagi manakala calon Pas, Hanafiah Mat pada 9.14 pagi.

Untuk Dun Air Putih, penyerahan borang penamaan dilakukan calon BN, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar pada 9.02 pagi dan calon Pas yang juga pesara guru, Ab Razak Ibrahim pada jam 9.15 pagi.

13 di kemaman - Google Blog Search

di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


GAMBAR: Apa Nak Jadi <b>Di Terengganu</b> Ni…Bumbung Runtuh Lagi!

Posted: 29 Sep 2013 12:03 AM PDT


KUALA TERENGGANU – Kejadian bumbung masjid runtuh sekali lagi berulang di Terengganu melibatkan masjid di Kampung Tebauk, Bukit Tunggal hari ini.

Kejadian itu disedari oleh Bilal masjid, Mat Man, 61 yang datang untuk membuka masjid pada jam 5 pagi tadi dan mendapati siling di ruang legar masjid itu runtuh.

"Saya datang dan buka pintu dan lampu sebagai persediaan untuk solat Subuh. Pada awalnya saya tidak menyedari runtuhan itu.

"Namun bila saya masuk ke ruang legar masjid, saya dapati keadaan bersepah dengan serpihan runtuhan siling," katanya.

runtuh-2

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian runtuhan itu.

Kejadian runtuhan itu sama dengan satu di masjid Kampung Binjai Kertas, di mana siling pintu masuk runtuh pada Mei lalu.

Pada Oktober 2009, bumbung pintu masuk sebuah masjid di Kampung Batu Putih di Kertih, Kemaman runtuh dan mencederakan tiga pekerja Indonesia.

Kejadian berlaku hanya beberapa bulan selepas bumbung stadium Sultan Mizan Zainal Abidin bernilai RM300 juta runtuh.

runtuh-3

GAMBAR: Apa Nak Jadi Di Terengganu Ni…Bumbung Runtuh Lagi!http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/09/runtuh-1.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/09/runtuh-1-150x150.jpgMyNewsHub myHangat

KUALA TERENGGANU – Kejadian bumbung masjid runtuh sekali lagi berulang di Terengganu melibatkan masjid di Kampung Tebauk, Bukit Tunggal hari ini. Kejadian itu disedari oleh Bilal masjid, Mat Man, 61 yang datang untuk membuka masjid pada jam 5 pagi tadi dan mendapati siling di ruang legar masjid itu runtuh. "Saya datang...

KUALA TERENGGANU – Kejadian bumbung masjid runtuh sekali lagi berulang di Terengganu melibatkan masjid di Kampung Tebauk, Bukit Tunggal hari ini. Kejadian itu disedari oleh Bilal masjid, Mat Man, 61 yang datang untuk membuka masjid pada jam 5 pagi tadi dan mendapati siling di ruang legar masjid itu runtuh. <strong>"Saya datang dan buka pintu dan lampu sebagai persediaan untuk solat Subuh. Pada awalnya saya tidak menyedari runtuhan itu.</strong> <strong>"Namun bila saya masuk ke ruang legar masjid, saya dapati keadaan bersepah dengan serpihan runtuhan siling," katanya.</strong> <a href="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/09/runtuh-2.jpg"><img class="aligncenter size-full wp-image-193662" alt="runtuh-2" src="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/09/runtuh-2.jpg" width="570" height="376" /></a> Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian runtuhan itu. Kejadian runtuhan itu sama dengan satu di masjid Kampung Binjai Kertas, di mana siling pintu masuk runtuh pada Mei lalu. Pada Oktober 2009, bumbung pintu masuk sebuah masjid di Kampung Batu Putih di Kertih, Kemaman runtuh dan mencederakan tiga pekerja Indonesia. Kejadian berlaku hanya beberapa bulan selepas bumbung stadium Sultan Mizan Zainal Abidin bernilai RM300 juta runtuh. <a href="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/09/runtuh-3.jpg"><img class="aligncenter size-full wp-image-193663" alt="runtuh-3" src="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/09/runtuh-3.jpg" width="570" height="376" /></a>