Jumaat, 18 Oktober 2013

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


BLOG TERHOT: mISTERI: ORANG MINYAK MUNCUL <b>DI MARANG</b> <b>...</b>

Posted: 27 Sep 2013 06:19 PM PDT

Gempar orang minyak kembali
Lelaki berkenaan melarikan diri dan terjun melalui tingkap bilik tidur Akmaliza sebelum menghilangkan diR i-      GAMBAR sh.
 Kelibat misteri seorang lelaki separuh bogel didakwa orang minyak muncul kembali di daerah ini walaupun ada yang menganggap gangguan itu sudah berakhir dengan tertangkapnya seorang lelaki berusia 42 tahun, Isnin lalu.

Mangsa terbaru, Sh Nor Akmaliza Tuan Ibrahim, 33, mendakwa melihat manusia separuh bogel berada berdekatan katil dalam bilik tidurnya kira-kira jam 5 pagi, Rabu lalu iaitu dua hari selepas lelaki 42 tahun itu ditangkap pasukan rondaan Rakan Muda.

Ibu tiga anak yang tinggal di Jalan Kampung Machang Lada itu berkata, kelibat manusia dipercayai seorang lelaki yang hanya memakai baju dan berseluar dalam tiba-tiba sahaja muncul dan berada berdekatan katil apabila dia tersedar daripada tidur.

"Saya yang terkejut terus menjerit sekuat hati menyebabkan 'orang' itu lari menuju ke arah tingkap bilik tidurdan terjun keluar sebelum. menghilangkan diri," katanya kepada Sinar Harian.

Akmaliza berkata, walaupun dia tidak mengalami sebarang kecederaan, namun bersyukur kerana tiada barang dalam rumahnya hilang.

Namun dia kini mengalami trauma dan takut untuk tidur dalam bilik seorang diri.

"Saya bimbang perkara seperti ini berulang kerana suami sering pulang kerja lewat dan dia (suami) biasanya tidur di ruang tamu.

"Kami syak orang yang menceroboh rumah kami masuk melalui tingkap ruang tamu.

"Kami sudah pun buat laporan di Balai Polis Bukit Payung untuk tindakan lanjut dan turut mendapat perhatian Unit Kawalan Kampung (UKK) Padang Midin," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya mengesahkan menerima laporan mangsa.

Suspek guna 'ilmu'

Suami mangsa, Abdul Hadi Endut, 40, pula tidak menolak kemungkinan lelaki yang menceroboh rumahnya mempunyai 'ilmu' kerana dia berjaya melarikan diri tanpa meninggalkan sebarang jejak dalam tempoh singkat.

Pada Isnin lalu, seorang lelaki berusia 42 tahun diberkas sekumpulan ahli Rakan Muda (Pasukan Kesedaran Jenayah) selepas didapati berkeliaran dalam keadaan separuh bogel di Kampung Machang Lada.

Lelaki terbabit kemudiannya diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dan disahkan mengalami masalah mental.

Ketua UKK Padang Midin, Mohd Alimin Sharom, 30, berkata, pencerobohan terbaru itu menunjukkan lelaki yang diberkas sebelum ini tiada kaitan dengan kes orang minyak.

"Ini bermakna suspek sebenar masih bebas. Kami akan menggandakan usaha rondaan dan berjaga pada waktu malam agar kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin,"katanya.

Turut mengulas perkara sama, Naib Ketua UKK Padang Midin, Mohd Faizul Abdul Rahman, 32, pula menyifatkan perkara itu agak mistik dan langkah berjaga-jaga sentiasa diambil walaupun belum ada penduduk yang dilaporkan cedera akibat kejadian itu.

"Kami berjaga malam untuk memastikan keselamatan kawasan terjamin dan akan sentiasa merujuk kepada pihak polis sebelum ambil apa-apa tindakan jika berjaya mengesan kehadiran 'orang minyak' itu," katanya.

Dalam pada itu, Adun Alor Limbat, Ariffin Deraman turut turun padang menyampaikan sumbangan kepada anggota rondaan UKK diketuai Mohd Alimin.

Beliau berharap, usaha unit rondaan itu dapat membantu pihak berkuasa mengesan suspek yang terlibat dengan segera.

Selain UKK Padang Midin, turut menjalankan rondaan ialah Belia Bestari (BBest) Kampung Padang Midin Kuala Terengganu dan Rakan Muda Terengganu.

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Kedai bunga terbakar <b>di Kuala Terengganu</b> | Terengganu Today

Posted: 25 Aug 2013 05:06 AM PDT

Sebuah kedai bunga yang yerletak di hadapan Flat Seri Kolam di Pusat Bandaraya Kuala Terengganu terbakar petang tadi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. Manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak bertanggungjawab.

image

image

image

Di atas adalah antara gambar yang sempat dirakamkan

3 Hari 2 Malam <b>Di</b> Felda Residence <b>Kuala Terengganu</b> | Bro <b>...</b>

Posted: 09 Sep 2013 06:01 PM PDT

Blogger Trip Kuala Terengganu

Bercuti 3 hari 2 malam di Kuala Terengganu terasa kurang meriah tanpa kenalan. Terutama kenalan yang lebih ariff dengan kawasan sekitar Kuala Terengganu.

Lari kejab dari kekalutan Kuala Lumpur mencari ketenangan di Kuala Terengganu. Walaupun dua-duanya adalah Kuala. Tetapi, banyak perbezaannya.

Bertemankan Deq Noor - rakan blogger yang selalu turun ke sana untuk melihat tapak projek kendaliannya. Siezuka – rakan blogger yang memang kampung halamannya di sana, kami memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur sekitar pukul 8.30 pagi.

Kami tiba dan check in di Hotel Felda Residence Kuala Terengganu pada pukul 3 lebih.

Masing-masing laju-laju terus masuk bilik, penat sangat duduk berjam-jam dalam kereta sepanjang-panjang perjalanan.

Jendela Rindu Gadis Kuala Terengganu

Aksi blogger Siezuka di jendela.

Tengah terindu pada siapa la tue ek. Ada rezeki nanti kita berjumpa juga dengan si ehem siezuka nie. Bila tue, tidak dapat dipastikan :)

Bilik yang Bro ambil Premier Deluxe untuk duduk bersama isteri. Bilik yang Bro ambil boleh nampak 2 pemandangan – Riverside dan juga pekan.

Internet juga disediakan dan sedikit pun tidak menghampakan Bro untuk online sepanjang malam buat kerja.

Suite @ Felda Residence Kuala Terengganu

Anda juga boleh mencuba bilik Suite, Executive Suite & Premier Suite. Jika anda inginkan bilik yang lebih luas dan ingin tinggal bersama keluarga anda.

20130910-141944.jpg

Ruang tamu yang terdapat dalam salah satu Suite yang disediakan. Agak selesa untuk menonton tv bersama keluarga.

20130910-141934.jpg

20130910-141919.jpg
Yang ini untuk premier Suite, ruang tamunya menghubungkan beberapa bilik bagi memudahkan anda memantau anak-anak anda.

Amat sesuai jika anda ingin duduk sekali bersama keluarga terutama bagi mereka yang memiliki keluarga besar dan ingin menginap sekali.

Breakfast dengan gadis ayu comel

Sarapan pagi disini disajikan dengan nasi dagang. Agak culture shock sekejab di situ, sebab awal pagi dah perkena nasi dagang.

Hari kedua disini, Bro banyak luangkan masa temani si comel-comel ini pergi shopping dekat Pasar Payang. Sumpah Bro tak nak dah ikut dorang pergi shopping.

Dan juga melawati beberapa lokasi pelancongan yang menarik sekitar Kuala Terengganu.

Jarak Pusat Pusat Pelancongan Dari Felda Residence :-

  1. Chinatown – 1 km
  2. Pasar Payang (Central Market) – 3 km
  3. Terengganu Planetarium – 3 km
  4. Keropok lekor (Losong Village) – 3 km
  5. Istana Maziah (Maziah Palace) – 4 km
  6. Bukit Puteri – 4 km
  7. Dataran Syahbandar – 4 km
  8. Terengganu Equestrian & Taman Rekreasi – 4 km
  9. Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung) – 4 km
  10. Pantai Batu Buruk – 5 km
  11. Terengganu State Museum Complex – 5 km
  12. Taman Tamadun Islam (Taman Tamadun Islam) – 8 km; dengan bot, 1 km
  13. Pulau Duyung (Bot Tradisional Membuat & Monsoon Cup venue) – 10 km; dengan bot, 1 km
  14. Terengganu Endurance Dunia 4WD Park – 35 km

Felda Residence Kuala Terengganu
Jalan Hiliran
20300 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
Malaysia

Kalau korang nak jimat, book awal terutama bila mereka buat promosi. Boleh tempah bilik secara online.

Info lanjut anda boleh layari laman web – Felda Residence Kuala Terengganu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 di jerangau - Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Oct 2013 12:00 AM PDT

Pusat Sumber SK Felda Jerangau Barat , Hulu Terengganu telah tercalon ke peringkat kebangsaan Pertandingan Pusat Sumber. Penilaian PSS Peringkat Kebangsaan telah dilakukan pada hari semalam 19 Jun 2013 oleh dua orang Hakim yang begitu berpengalaman dan berwibawa  iaitu En Zakaria Hassan ( Pen Pengarah BTPN Kelantan ) dan Tn Hj Hasrimi b Mohamad ( Peg Perpustakan IPG Kampus Kota Bharu )

Alhamdulilah, semua urusan penghakiman telah berjalan lancar dan dipermudahkan segala olehNya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada dua panel hakim En Zakaria bin Hassan ( Pen Pengarah BTPN Kelantan ) dan Tn Hj Hasrimi B Mohamad ( Peg Perpustakaan IPG KKB ) di atas penilaian yang dibuat dengan penuh komitmen dan benar-benar ikhlas dalam menilai dan memberi kata nasihat serta secara tidak langsung mengajar banyak perkara khususnya berkaitan menjadikan PSS sebagai yang terbaik.

Semua pihak memberi kerjasama yang jitu sepanjang penghakiman berjalan samada di pihak panel dan juga guru, pekerja serta murid-murid skfjb. Semuanya memberi sumbangan yang amat bermakna dan membantu dalam memastikan PSS muncul sebagai juara bak kata Tuan Guru Besar " Kita berhasrat dan mempunyai impian yang tinggi untuk membawa balik gelaran JUARA PSS PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN INI DI BUMI FELDA JERANGAU BARAT ".InsyaAllah ia akan menjadi kenyataan.

Usaha telah dibuat dengan penuh semangat dan kesungguhan telah dijelmakan oleh semua pihak termasuk JPN, BTPN, PPD, PKG, GPM, PIBG, NGO,  Warga Masyarakat, Guru-guru, Pekerja, dan tidak ketinggalan murid-murid yang tidak kurang sumbangannya dalam memikat hati para hakim.

Sememangnya para hakim memuji dan mengucapkan syabas kepada pihak pengurusan dan GPM khususnya kerana berjaya menghasilkan PSS yang berjaya dan berkualiti. Segala aspek penilaian yang dikehendaki dapat dibuktikan hampir 100%. Mereka akui sukar mencari kelemahan dan hampir semua mendapat markah penuh dalam aspek-aspek yang di nilai.

Selain dari itu kekuatan yang kita ada adalah konsep warna warni yang ditonjolkan memukau dan memberi aura yang tersendiri kepada panel hakim dengan menyatakan pertama kali masuk ke pintu pagar sekolah aura itu telah dirasai dan apabila menuju jauh kedalam kawasan sekolah aura itu semakin menebal dan telah seolah-olah memahat kuatdiri  mereka sehinggakan terasa amat sukar untuk meninggalkan sekolah ini.

Tahniah, dan terima kasih sekali lagi. Kita tunggu keputusan dengan penuh harapan dan segala keputusan yang bakal diumumkan kita terima dengan redha dan berserah kepadaNya.


Kepada Semua yang terlibat dalam mendorong kejayaan ini daripada JPNT. BTPNT, PPD, PKG Hulu, GPM Daerah Hulu, Pengurus Felda. Pengurus Kilang, PIBG, Masyarakat Setempat, Guru-guru dan semua warga SKFJB  kami mengucapkan jutaan terima kasih atas dorongan anda semua.

13 di kuala berang - Google Blog Search

13 di kuala berang - Google Blog Search


Empat Terbunuh Dalam Kemalangan Ngeri <b>Di Kuala Berang</b>

Posted: 05 Oct 2013 08:56 AM PDT

[GAMBAR] Empat Terbunuh Dalam Kemalangan Ngeri Di Kuala Berang [SAKSIKAN...]

KUALA BERANG: "Saya sungguh menyesal kerana desak emak datang juga walaupun mulanya dia cakap tak boleh datang," kata Raja Mohamad Tarmizam Raja Muda, 18, anak Mek Kenanga Bakar, 50, seorang daripada empat mangsa maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 2 Jalan Ajil-Pengkalan Berangan, dekat sini, petang tadi.

Mek Kenanga dari Kampung Gong Kenangan, Kuala Terengganu meninggal dunia di Hospital Hulu Terengganu (HHT) manakala adik angkatnya, Che Mah Awang, 44, bersama suami Abdullah Mamat, 54, dari Kampung Tok Gebok, Ajil, maut di tempat kejadian.

Ketika itu, kesemua mangsa dalam perjalanan melawat Raja Mohamad Tarmizam yang sedang mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Cenderawasih, Cador, Marang.

Seorang lagi mangsa, Jusoh Ibrahim, 39, dari Kampung Tengah, Merchang, Marang, turut terbunuh di tempat kejadian.

KEADAAN kereta iswara yang terbabit dalam kemalangan di KM 2 Jalan Pengkalan Berangan, Marang. FOTO Rosli Ilham

Raja Mohamad Tarmizam berkata, dia mengetahui mengenai kejadian itu apabila dimaklumkan rakannya kira-kira 6.30 petang tadi.

"Ketika itu saya baru bangun tidur dan hairan kenapa ibu saya belum tiba. Apabila mendapat tahu emak meninggal dunia, memang saya tak dapat menerima kenyataan sebab saya beriya menyuruh dia datang melawat," katanya ketika ditemui di Bilik Kecemasan HHT.

Sementara itu, isteri Jusoh, Siti Zabedah Muda, 38, dia dan mangsa baru bernikah kira-kira sebulan lalu.

"Arwah suami bekerja di Marang dan setiap hari berulang-alik ke Ajil. Saya sendiri bercadang berhenti kerja hujung bulan ini untuk mengikut arwah ke Marang, tetapi tak menyangka kejadian ini berlaku," katanya.

Sumber berkata, dalam kejadian jam 4.40 petang itu, Proton Wira yang dipandu Jusoh dari arah Marang, masuk ke laluan sebelah kanan sebelum bertembung dengan Proton Saga dipandu Abdullah dari arah bertentangan.

- Metro.

13 di kijal - Google Blog Search

13 di kijal - Google Blog Search


3 1 7 1 7 ™: 2D1N <b>di</b> Resort World Awana <b>Kijal</b>, Terengganu

Posted: 29 Jun 2013 06:39 PM PDT

ads