13 di kuala terengganu - Google Blog Search |
Kedai bunga terbakar <b>di Kuala Terengganu</b> | Terengganu Today Posted: 25 Aug 2013 05:06 AM PDT Sebuah kedai bunga yang yerletak di hadapan Flat Seri Kolam di Pusat Bandaraya Kuala Terengganu terbakar petang tadi. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. Manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak bertanggungjawab. Di atas adalah antara gambar yang sempat dirakamkan |
3 Hari 2 Malam <b>Di</b> Felda Residence <b>Kuala Terengganu</b> | Bro <b>...</b> Posted: 09 Sep 2013 06:01 PM PDT Bercuti 3 hari 2 malam di Kuala Terengganu terasa kurang meriah tanpa kenalan. Terutama kenalan yang lebih ariff dengan kawasan sekitar Kuala Terengganu. Lari kejab dari kekalutan Kuala Lumpur mencari ketenangan di Kuala Terengganu. Walaupun dua-duanya adalah Kuala. Tetapi, banyak perbezaannya. Bertemankan Deq Noor - rakan blogger yang selalu turun ke sana untuk melihat tapak projek kendaliannya. Siezuka – rakan blogger yang memang kampung halamannya di sana, kami memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur sekitar pukul 8.30 pagi. Kami tiba dan check in di Hotel Felda Residence Kuala Terengganu pada pukul 3 lebih. Masing-masing laju-laju terus masuk bilik, penat sangat duduk berjam-jam dalam kereta sepanjang-panjang perjalanan. Aksi blogger Siezuka di jendela. Tengah terindu pada siapa la tue ek. Ada rezeki nanti kita berjumpa juga dengan si ehem siezuka nie. Bila tue, tidak dapat dipastikan Bilik yang Bro ambil Premier Deluxe untuk duduk bersama isteri. Bilik yang Bro ambil boleh nampak 2 pemandangan – Riverside dan juga pekan. Internet juga disediakan dan sedikit pun tidak menghampakan Bro untuk online sepanjang malam buat kerja. Suite @ Felda Residence Kuala Terengganu Anda juga boleh mencuba bilik Suite, Executive Suite & Premier Suite. Jika anda inginkan bilik yang lebih luas dan ingin tinggal bersama keluarga anda. Ruang tamu yang terdapat dalam salah satu Suite yang disediakan. Agak selesa untuk menonton tv bersama keluarga.
Amat sesuai jika anda ingin duduk sekali bersama keluarga terutama bagi mereka yang memiliki keluarga besar dan ingin menginap sekali. Sarapan pagi disini disajikan dengan nasi dagang. Agak culture shock sekejab di situ, sebab awal pagi dah perkena nasi dagang. Hari kedua disini, Bro banyak luangkan masa temani si comel-comel ini pergi shopping dekat Pasar Payang. Sumpah Bro tak nak dah ikut dorang pergi shopping. Dan juga melawati beberapa lokasi pelancongan yang menarik sekitar Kuala Terengganu. Jarak Pusat Pusat Pelancongan Dari Felda Residence :-
Felda Residence Kuala Terengganu Kalau korang nak jimat, book awal terutama bila mereka buat promosi. Boleh tempah bilik secara online. Info lanjut anda boleh layari laman web – Felda Residence Kuala Terengganu. |
You are subscribed to email updates from di kuala terengganu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan