13 di marang - Google Blog Search |
UMNO Online - Kubu Pas <b>Di Marang</b> Mampu Diruntuhkan, 15000 <b>...</b> Posted: 04 Jan 2012 01:35 AM PST Kategori Dari BahagianKubu Pas Di Marang Mampu Diruntuhkan, 15,000 Pengundi Baru Jadi PenentuOleh: Azlina Rosdy MARANG, 4 Jan – Menyedari Pilihan Raya Umum (PRU) 13 semakin hampir, gerak kerja jentera pilihan raya mula diperkuatkan di seluruh bahagian UMNO. Agenda setiap bahagian adalah sama iaitu memastikan UMNO khususnya Barisan Nasional (BN) terus kekal menjadi parti pilihan rakyat selain mengembalikan mandat kuasa dua pertiga. Tidak ketinggalan adalah UMNO Bahagian Marang yang mana merupakan di antara kubu kuat Pas memandangkan ianya adalah kawasan Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Namun, menurut Ketua UMNO Bahagian Marang, Datuk Yahaya Khatib, sekiranya dinilai melalui mood di peringkat akar umbi masa kini, masyarakat di parlimen Marang seakan sudah mengubah haluan politik mereka. Masyarakat kawasan ini kata beliau seakan sudah dapat melihat dengan lebih jelas retorik pembangkang yang hanya gilakan kuasa tanpa mempedulikan nasib rakyat. Katanya, walaupun tidak mampu untuk mengubah pandangan penyokong 'totok' Pas, namun masih ramai masyarakat di Parlimen Marang yang telah kembali menyokong kerajaan. Justeru tambah beliau jentera parti di Marang menumpukan kepada pengundi atas pagar dan juga pengundi baru. "Bahagian Marang merupakan di antara bahagian tertinggi menambah bilangan pengundi baru. Jumlah keseluruhan pengundi baru kini lebih kurang 15 ribu orang dan ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat sudah kembali menyokong kita. "Sikap terdesak pembangkang yang terus- terusan menyerang dan menfitnah kerajaan telah menjerat diri mereka sendiri. Mungkin mereka masih merasakan masyarakat masih boleh dipergunakan seperti dahulu di kala tsunami politik melanda dunia politik kita. Sebab itu mereka cuba menggunakan taktik yang sama seperti pilihanraya umum lalu. "Kita telah belajar dari kesilapan dan inilah yang membuka mata rakyat ditambah pula dengan cara kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mesra rakyat. Saya yakin, kita akan kembali bertakhta di hati rakyat," ujarnya. Dengan mensasarkan merampas kembali dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditakluki pembangkang dan kerusi Parlimen, Yahaya yakin sepenuhnya gerak kerja yang telah diatur dan direalisasikan dengan baik dapat membantu mencapai impian tersebut. Keyakinan tersebut di perkukuhkan lagi apabila ceramah pembangkang di Parlimen Marang tidak lagi mendapat sambutan walaupun dengan kehadiran Mat Sabu. "Saya cuma berharap, rakyat akan terus memberikan sokongan kepada kita dan jangan mudah terpengaruh dengan omongan pembangkang. Lihatlah sekeliling apa yang telah kerajaan lakukan demi masa depan rakyat dan negara. Oleh itu, janganlah berbelah bagi dalam memberikan sokongan padu kepada UMNO dan BN," katanya. -MediaUMNO Berita Bertarikh Pada 5:35 PM |
You are subscribed to email updates from di marang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |