Sabtu, 27 Oktober 2012

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


Kerajaan negeri aktifkan semula tanaman padi <b>di Marang</b>

Posted: 22 Oct 2012 12:01 PM PDT


MARANG - Kerajaan negeri Terengganu akan mengaktifkan semula tanaman padi di daerah ini dalam usaha membantu ekonomi petani setempat dengan memperkenal penanaman padi wangi varieti ketiga menjelang tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Asha'ari Idris berkata mulai tahun ini, kerajaan negeri memulakan program menanam padi wangi varieti ketiga (MRQ 76) seluas 20 hektar melibatkan 12 penduduk kampung buat masa ini.
"Kita akan memberikan tumpuan kepada daerah Marang sebab di kawasan ini sudahpun ada kemudahan asas seperti parit dan petak-petak padi tetapi ianya sudah lama terbiar tanpa diusahakan.
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) memperkenal MRQ 76 tahun ini selepas mengambil masa lebih 10 tahun untuk membuat kajian bagi menghasilkan varieti itu setelah varieti MRQ 50 dan MRQ 74 diperkenalkan, masing-masing pada 1999 dan 2005.
Beras wangi varieti baharu itu menghasilkan kualiti nasi yang wangi seperti pandan, lembut, sedikit melekit dan enak dimakan iaitu ciri-ciri mirip kepada varieti padi wangi yang diimport dari Thailand.
Malah penghasilan varieti baharu itu selaras saranan kerajaan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Projek Permulaan Ekonomi (EPP)9 untuk memajukan lagi pembangunan dan pengeluaran padi wangi di luar jelapang padi.
Asha'ari berkata sebelum ini kerajaan negeri telahpun memberikan tumpuan kepada projek padi berjelapang di daerah Setiu namun kawasan tersebut membuat penanaman padi biasa.
Sehubungan itu, beliau berkata, sebuah syarikat tempatan menunjukkan minat untuk mengusahakan tanaman padi wangi secara besar-besaran.
"Sebagai percubaan, tanaman padi wangi ini telahpun dibuat di kawasan Besut bagi menentukan kesesuaiannya," katanya.
Dalam perkembangan lain, Asha'ari berkata kebanyakan pelabur asing yang datang ke negeri ini rata-rata berminat untuk melabur dalam sektor perikanan, khususnya ternakan udang putih.
Dalam hal ini, beliau berkata kerajaan negeri meluluskan sebuah kawasan seluas lebih 1,000 hektar di Mercang, Marang kepada sebuah syarikat usahasama Ocean Aquatic Marine (M) Sdn Bhd dari Malaysia dan Zhanjiang Guolian Aquatic Products Co Ltd dari China dengan pelaburan hampir RM2 bilion untuk tujuan tersebut. - Bernama

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


myMetroGuru ditetak dengan parang <b>di Besut</b>

Posted: 24 Oct 2012 02:21 AM PDT

thumbnail

PEMANSUHAN Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 2014 pasti memberi anjakan baru kepada sistem pendidikan dan peperiksaan negara yang kini merentasi era globalisasi.

»

LAGI . BESTARI
  • Pamer hasil ciptaan

    KUALA Lumpur Metropolitan University College (KLMUC) me­nganjurkan Pameran 'Artbeat & Artmarket' di Galeri Annexe, Pasar Seni, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

  • Graduan politeknik pereka hebat

    NEGARA kita aktif mengorak langkah penuh dinamik untuk muncul sebuah negara maju berpendapatan tinggi menerusi kepesatan bidang industri.

  • Suntik kesedaran nilai murni

    SERAMAI 50 mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu berkongsi kegembiraan dan keprihatinan dengan anak yatim dan miskin Pusat Anak Yatim Sungai Udang Melaka, Melaka (Payasum), baru-baru ini.

thumbnail

WANITA memang pakar dalam bersolek dan menghias diri. Tidak hairanlah, mereka sanggup berbelanja ...

»

LAGI . VROOM
  • Pandu Uji: Skuter punya kuasa

    FENOMENA motosikal kategori skuter kian digemari kerana mudah dikendalikan, tidak perlu menukar gear untuk memecut atau berhenti di persimpangan lampu isyarat.

  • Beri kuasa, tambah jarak

    PETROL premium terbaru keluaran BHPetrol menerusi Infiniti Advanced2X adalah bahan api pertama menggunakan aditif Jerman terkini untuk memberi kuasa enjin kenderaan mencapai prestasi tertinggi.

  • Panduan tukar tayar kereta

    HUJUNG minggu ini, warga kota mula pulang ke kampung sempena Aidiladha.

thumbnail

TIDAK lama lagi, Microsoft bakal memperkenalkan perisian Windows telefon pintar terbarunya dikenali ...

»

LAGI . it@METRO
  • Produk Baru: EOS-M memang syok

    CANON sudah bersedia pada bila-bila masa melancarkan kamera tanpa cermin (mirrorless) yang pertama melalui model EOS-M.

  • Produk Baru: Pencetak kompak untuk foto

    PENCETAK padat dan ringan terbaru Selphy CP900 daripada Canon menawarkan pengguna dengan penyelesaian pengimejan mudah alih bagi menghasilkan cetakan bersaiz poskad tanpa sempadan 100 x 148mm berkualiti tinggi.

  • NVIDIA buka pusat teknologi GPU

    NVIDIA, syarikat peneraju pemproses grafik komputer bersama organisasi pengkomputeran Hewlett-Packard (M) Sdn Bhd (HP) dan pusat penyelidikan perdana pembangunan teknologi, Mimos Berhad (Mimos) melancarkan Pusat Kajian dan Penyelidikan (R&D) Unit Pemproses Grafik (GPU) dan Penyelesaian Komputer pertama di Asia Tenggara.

thumbnail

PENYU, batik, ulik mayang dan keropok lekor antara koleksi cukup sinonim dengan negeri di pantai ...

»

LAGI . SANTAI
  • Singgah di kota tertua

    KEDAH mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi sama ada di musim cuti atau hujung minggu.

  • Puas luncur ais

    MELUNCUR ais cukup menyeronokkan, apatah lagi dengan taburan salji yang memutih ketika leka bermain. Ia pasti menguja dan meninggalkan 1,001 kenangan terindah.

  • Kasut pelihara kaki pengembara

    TUBUH yang sihat dan ceria memberi keyakinan dan positif kepada empunya diri.

thumbnail

HARI ini umat Islam menyambut Aidiladha dalam suasana aman, makmur dan penuh kesyukuran.

»

LAGI . AD-DIN
  • Lima belas bukti keimanan insan

    AL-HAKIM meriwayatkan, al-Qamah bin Haris berkata: "Aku datang kepada Rasulullah dengan tujuh orang daripada kaumku. Kemudian setelah kami beri salam dan beliau tertarik sehingga beliau bertanya: "Siapakah kamu ini?"

  • Ibadah haji pengembaraan rohani

    KINI, jutaan umat Islam berada di bumi suci Makkah al-Mukarramah bagi menyahut panggilan Ilahi menunaikan ibadah haji. Saban tahun, bumi Makkah menjadi bumi yang dirindui ummah bagi memperlengkapkan rukun Islam kelima.

  • Perbezaan pendapat satu rahmat

    MELAKSANAKAN dakwah adalah tanggungjawab semua. Umat Islam perlu membabitkan diri dalam usaha dakwah supaya mereka tergolong dalam golongan umat terbaik.

LAGI . DEKOTAMAN
  • Miliki nilai tersendiri

    PEMILIHAN seni warisan kraf tangan tradisional Sabah sebagai perhiasan di rumah pastinya memberikan satu daya kreatif menarik kerana dihasilkan daripada rumput, daun dan kayu-kayu dari hutan tempatan.

  • Dangau jadi pilihan

    GAZEBO atau wakaf kayu kini mampu melengkapkan keindahan atau suasana semula jadi di laman rumah.

  • Gaya eksklusif perabot mewah

    DEKORASI yang menepati cita rasa pemiliknya bagaikan kesempurnaan gaya hidup selari dengan arus kemodenan global.

Kejam:Guru ditetak dengan parang <b>di Besut</b>. | blogr.my

Posted: 24 Oct 2012 01:30 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Seorang guru lelaki cedera ditetak dengan parang oleh dua orang lelaki bertopeng di hadapan Maktab Perguruan Sultan Mizan di Besut petang semalam. Akibat tetakan itu mangsa yang berumur 35 tahun dan berasal dari Jalan Semarak, ...

13 di pulau redang - Google Blog Search

13 di pulau redang - Google Blog Search


Black Mentor Komen Bawa Kekasih Bercuti <b>di Pulau Redang</b>

Posted: 01 Oct 2012 06:00 PM PDT

cik izyan | 10/02/2012 |

Sisipan BpoP minggu lalu ada memaparkan satu berita yang mengejutkan juga, mengenai Black Mentor yang dikatakan khalwat atau bersekedudukan dengan seorang wanita di sebuah resort dan cerita itu disampaikan oleh staff yang bekerja di sana kepada penulis paling pedas, Zubir.

Namun Black mempertahankan dakwaan itu dengan mengatakan dia mengakui pergi bercuti di Pulau Redang namun bukan bulan lalu, ianya pada awal tahun ini dan ditemani oleh tiga orang rakan yang lain. Dan ini komentar sekali lagi Black melalui portal GUA terhadap dakwaan sisipan BpoP berkenaan.

"Saya mengaku pergi bercuti bersama teman wanita ke Pulau Redang pada Januari lalu. Tetapi, saya nafikan duduk sebilik dengan teman wanita seperti yang didakwa dalam ruangan gosip sebuah akhbar. Bahkan, kami juga tidak pergi secara berdua-duaan. Sebaliknya percutian itu disertai oleh tiga orang rakan lain. Jadi, kami pergi berlima iaitu tiga orang perempuan, dan dua orang lelaki.

Ketika percutian selama tiga hari dua malam itu, memang ada masa-masanya saya luangkan masa dengan teman wanita sahaja tanpa kehadiran rakan-rakan lain. Tetapi bukan seperti yang digembar-gemburkan. Sebagai manusia biasa, saya juga ada keinginan untuk menghabiskan masa dengan teman wanita. Oleh itu, tidak hairanlah kalau ada pihak yang mendakwa nampak saya berdua sahaja, tidak ada kawan-kawan lain.

Saya sangat terkilan apabila penulis ruangan gosip itu mempersoalkan tentang agama saya. Tolonglah! saya ada emak dan ayah yang mendidik saya dengan baik. Untuk pengetahuan penulis itu, saya dulu bersekolah di sekolah agama dan sudah pasti saya tahu hukum-hakam agama. Saya tahu batas-batas sebagai seorang Islam. Saya tidak akan buat perkara yang tidak senonoh. Sebagai manusia biasa, memang saya tidak sempurna dan tidak lepas daripada melakukan kesilapan, tetapi tolong jangan melebihi batas. Saya sanggup bergaduh kalau soal agama,"

Tag: , , , , , ,

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


Annawawiy&#39;s Site - Patrick Badawi dan kontrak 8 tahun, Tuanku <b>...</b>

Posted: 31 Mar 2008 05:56 PM PDT

"umar faruqi" faruqi03@yahoo.com

Posted on Sunday, March 30 @ 20:07:54 MYT by greenboc
Maklumat Oleh ipacat

"a
Pembolotan projek-projek di Terengganu oleh kroni-kroni Perdana Menteri bukanlah satu rahsia lagi. Projek Monsoon Cup di Pulau Duyung dan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man sememangnya diketahui dikawal selia oleh Patrick Lim. Beliau begitu bebas bermaharajalela di Terengganu kerana mendapat 'endorsement' dari Pak Lah, Khairy dan Idris Jusoh.

Dengan dana yang cukup besar, RM 270 juta untuk pembangunan di Pulau Wan (malah ada sumber mendakwa belanja berkali ganda lebih besar) dan RM 300 juta setahun untuk Monsoon Cup, mereka membahagi-bahagikan duit rakyat itu sesuka hati mereka. Seperti Ali Baba dan 40 penyamun lagaknya.

Namun, rakyat yang dihidangkan dengan segala janji manis dan cerita panglipurlara, kini tidak lagi termakan dengan sandiwara mereka. Satu persatu penyelewengan terbongkar. Bangkai besar yang cuba dikambus mereka, akhirnya bau busuknya terhidu juga.
Dato' Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga Pengerusi Institut Kajian Polisi Negeri (IKPNT) menyatakan bahawa pihak PAS Terengganu mempunyai maklumat tentang beberapa tatacara kewangan yang agak pelik berlaku didalam pengurusan pembangunan Pulau Duyong dan Pulau Wan Man.

"Antaranya adalah penglibatan

Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu(PERMINT) sebagai badan penyaluran Wang Ehsan kepada projek-projek di Pulau Duyong dan Pulau Wan.
"Wang Royalti atau Wang Ehsan tidak masuk kedalam akaun negeri, tetapi disalurkan terus melalui akaun PERMINT kepada projek-projek tersebut," kata Dato' Abu Bakar Chik seperti yang dipetik dalam Tranungkite.

Menurut maklumat yang saya terima dari "tok faqir" yang rapat dengan sumber istana, benarlah bahawa Patrick Lim yang membolot projek-projek Taman Tamadun Islam (termasuk Masjid Kristal) di Pulau Wan Man dan Monsoon Cup di Pulau Duyung, telah menyerahkan pengurusan kedua-dua pulau itu kepada PERMINT.

Persoalannya, bagaimanakan sebenarnya duit yang begitu besar itu diurus dan dibelanjakan? Adakah yang masuk ke dalam poket lebih banyak dari kos perbelanjaan sebenar?

Adapun Patrick Badawi (meminjam gelaran oleh Tun Mahathir) akan terus memonopoli penganjuran Monsoon Cup untuk selama 8 tahun lagi! Ini merupakan perjanjian kontrak yang telah dimeterai Patrick Badawi dengan Idris Jusoh. Oleh itu, Monsoon Cup ini tidak boleh dihentikan kerana terikat dengan kontrak yang dirangka sebegitu rupa, yang sudah tentu telah mengambil kira kepentingan diri masing-masing dalam agenda perompakan duit rakyat.

Bayangkan, RM 300 juta setahun untuk penganjuran Monsoon Cup oleh Patrick Badawi selama 8 tahun! Banyaknya duit yang 'dibahamnya'. Malang sungguh nasib rakyat Terengganu, dirompak harta mereka, digula-gulakan dengan slogan tinggi melangit… namun yang pasti Terengganu terus kekal menjadi negeri kedua miskin di Malaysia selepas Sabah, dan bermakna paling miskin di Semenanjung Malaysia walaupun kaya dengan hasil petroleum!

Namun berita yang agak menggembirakan diberitahu "tok faqir" ialah Tuanku Sultan sekarang ini 'mendesak' agar segala urusan yang berkaitan dengan agama Islam di Terengganu, hendaklah dikembalikan sepenuhnya di bawah baginda. Sejak ia diambil alih kuasanya di zaman Tun Mahathir dulu, rakyat dapat melihat bagaimana hal-ehwal agama khususnya di Terengganu semakin huru hara. Tangan-tangan politik Umno/BN bertindak sewenang-wenangnya dalam urusan berkaitan agama.

Sebagai contoh, JKKK berkuasa menentukan imam, bilal untuk surau dan masjid. JKKK 'berkuasa' memecat mereka, menghalang kuliah-kuliah agama, ceramah dan sebagainya. Mereka rela masjid dimakmur kerbau lembu daripada dimeriahkan dengan majlis-majlis ilmu.

AJK masjid diatur rapi agar puak-puak umno yang dilantik. Walaupun datang masjid hari jumaat sahaja, ia dilantik juga sebagai AJK. Kadang-kadang jadi imam pun, bacaan, makrai, tajwidnya diragui. Malah terbayang-bayang pada belakang tuan imam tu lambang dacing pada t-shirt yang dipakai di sebalik jubah yang dipakainya tu.

Nyata sekali, politik hasad dengki, busuk hati, nafsu mazmumah, dendam kesumat merajai keputusan-keputusan dalam perkara kemaslahatan agama. Akhirnya, berlaku pelbagai kepincangan dalam struktur pembangunan agama dan masyarakat.

Kami berharap dan berdoa, Tuanku Sultan akan terus bertegas dalam soal ini. Sebagaimana kami berdiri dibelakang Tuanku dalam krisis perlantikan MB Terengganu, begitu jugalah dalam soal ini. Jika urusan agama terus berada di tangan manusia yang bertuhankan nafsu dan bersifat munafik, nescaya rakyat dan negeri akan terus dilorongkan ke jurang kebinasaan.

Kami tidak sanggup lagi melihat muka-muka penderhaka itu menjadi penentu dalam soal-soal keagamaan di negeri kami. Hati busuk dan perut kotor mereka itu tidak akan menghasilkan kebaikan dalam segala tindakan yang dibuat. Walau zahir mungkin nampak cantik, tapi di sebaliknya penuh dengan yang buruk dan hodoh. Tengoklah masjid Kristal tu!


Wahai rakyat Terengganu, perjuangan kita masih belum selesai!


Daulat Tuanku!

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


Terengganu My Heritage: Berbakti <b>di Pulau Bidong</b>

Posted: 24 Jun 2012 02:00 AM PDT

Berbakti di Pulau Bidong
Oleh Syed Mohd Ridzuwan Syed Ismail
bminggu@bharian.com.my
2011/10/23


MENYEDARI pentingnya usaha pemeliharaan dan pemuliharaan dasar laut, Persatuan Pemuliharaan Terumbu Karang Malaysia (Coral Malaysia) menganjurkan Hari Pemuliharaan Alam Sedunia 2011 di Pulau Bidong, Terengganu pada 15 hingga 18 September lalu.
Program memulihkan khazanah alam ini yang masuk tahun keempat, dijayakan dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Kerajaan Terengganu, disertai 80 sukarelawan termasuk penyelam skuba dengan aktiviti utama menjurus kepada usaha membersihkan dasar laut dan pantai.
Turut diadakan pada program yang diserikan dengan kehadiran Duta Coral Malaysia, Fauziah Latiff ini adalah dialog bersama peserta. Kemuncak acara adalah majlis menandatangani plak akujanji memelihara perairan Pulau Bidong yang kemudian ditempatkan di Galeri Dasar Laut yang dibina Coral Malaysia pada 2006.

Perairan Pulau Bidong juga menempatkan tukun tiruan khas untuk penyelam skuba yang sentiasa mencari kelainan apabila meneroka dasar lautan. Sekitarnya, ada kira-kira 21 lokasi selam skuba, setiap satu dengan keunikan tersendiri, antaranya Tukun Bidong, Tugu Bidong, Pasir Tenggara, Teluk Belanga.

Ada juga Galeri Dasar Laut yang unik kerana turut menempatkan replika warisan negeri, antaranya batu bersurat, tepak sirih, tengkolok, keris dan perahu payang.

Pulau ini pernah menjadi tempat perlindungan hampir 250,000 pelarian Vietnam selama 16 tahun bermula Mei 1975 sebelum ditutup pada 1991. Mengambil kira aspek sejarahnya, pulau berkeluasan kira-kira 203 hektar ini turut dijadikan khazanah negeri dan sebarang pembangunan tidak dibenarkan kecuali sebuah pusat penyelidikan UMT.
Ikuti catatan penulis yang berpeluang menyertai program selama tiga hari ini.

Rabu

9 malam
Peserta yang memilih berkonvoi ke destinasi berkumpul di Galeri CM, Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur untuk mendengar taklimat mengenai konvoi dan apa yang perlu dilakukan sepanjang perjalanan dan sebaik tiba di Jeti Marang, Terengganu, keesokannya.

Khamis

10 pagi
Peserta yang terdiri daripada penuntut dan pensyarah UMT, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dari kampus Gombak dan Pahang, ahli Anak Laut, Skuba Ted serta wakil media dan kakitangan Kementerian Pelancongan Terengganu, Tourism Malaysia Terengganu dan wakil Kerajaan Terengganu berkumpul di Jeti Marang untuk bertolak ke Pulau Bidong yang terletak 30 batu nautika dari pantai dan mengambil masa kira-kira 45 minit untuk sampai dengan menaiki bot.

11 pagi
Peserta diberikan taklimat oleh Presiden Coral Malaysia, Jamhariah Jaafar dan Pegawai Sains Kanan UMT, Baharin Mustapa serta Dekan Fakulti Agro Teknologi dan Sains Makanan UMT, Prof Sayed Mohd Zin S Hassan berhubung program dan objektif Hari Pemuliharaan Alam Sedunia 2011. Sebaik tiba di destinasi, majlis suai kenal diadakan diikuti makan tengah hari sambil menikmati pemandangan sekitar pulau yang masih cantik terpelihara.

3.30 petang
Syawal masih belum berakhir ketika program ini dilangsungkan, jadi suasana hari raya masih dirasai. Peserta bergotong royong membuat persediaan meneruskan kemeriahan Aidilfitri di Pulau Bidong dengan menu istimewa, antaranya kambing panggang, sate, lemang dan ketupat.

8 malam
Makan malam dan sambutan hari raya di Pulau Bidong dalam suasana unik berlatar belakangkan keindahan pantai dan kedinginan angin malam memberikan peserta semangat walaupun penat memandu dan menguruskan aktiviti sepanjang hari.

10 malam
Peserta diberikan taklimat mengenai program yang akan dilalui keesokannya, termasuk meletak tukun tiruan di lokasi sekitar perairan pulau Bidong.

Jumaat

9 pagi
Selepas bersarapan, sekumpulan peserta memulakan aktiviti selam untuk meletakkan barangan di Galeri Dasar Laut dan sebahagian lagi membersihkan jeti serta pantai, diikuti jamuan tengah hari. Sampah seperti tin minuman dan plastik yang dikumpul kemudian ditanam untuk memastikan ia tidak mencemarkan laut.

8 malam
Majlis makan malam diadakan serentak persembahan rakaman video projek menurunkan tukun tiruan. Peserta turut diberikan taklimat mengenai majlis menandatangani plak ikrar Akujanji Memelihara Pulau Bidong di dasar laut yang akan disenaraikan dalam The Malaysia Book of Records (MBR) sebagai majlis pertama seumpamanya pernah diadakan di negara ini.

Sabtu

10 pagi
Majlis menandatangani plak akujanji disempurnakan pada kedalaman 13.5 meter oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said sambil disaksikan lebih 60 ahli Coral Malaysia. Turut serta pada majlis bersejarah itu, Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr Aziz Deraman; Jamhariah; Fauziah dan wakil MBR, Zulhairi Md Zin. Acara ini adalah yang keenam dicatat dalam MBR menjadikan Coral Malaysia persatuan pencinta laut paling banyak mencipta rekod dalam MBR. Selepas majlis selesai kira-kira jam 11.30 pagi, semua penyelam meraikan hari raya di dasar laut, menyelam sambil mengenakan pakaian raya.

8 malam
Majlis makan malam diadakan serentak penyampaian sijil penghargaan kepada peserta program.

Ahad

9 pagi
Selepas bersarapan, semua penyelam tidak melepaskan peluang meneroka keindahan dasar perairan Pulau Bidong. Mereka yang tidak memiliki lesen skuba pula menyertai aktiviti snorkling yang tidak kurang hebatnya.

3 petang
Selepas tiga hari menjalankan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan dasar laut di Pulau Bidong serta menikmati keindahan ciptaan Ilahi, semua peserta berkumpul untuk berlepas ke Jeti Marang dan seterusnya pulang ke destinasi masing-masing

 sumber: berita harian

* Blogger pun belum sampai lagi ke Pulau Bidong ini untuk melihat sendiri sejarah peninggalan pelarian Vietnam serta keindahan bawah lautnya yang dikatakan amat indah bagaikan syurga di bawah laut.

13 di chukai - Google Blog Search

13 di chukai - Google Blog Search


Haji Hanafiah Untuk DUN <b>Chukai</b>: Bulan &#39;mengambang&#39; <b>di</b> Dun <b>...</b>

Posted: 23 Jul 2012 12:00 AM PDT

SALAM FOR ALL;  Salam Ramadan khas untuk umat Islam khususnya kepada rakyat dan pengundi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai, Kemaman yang akan berpuasa bersama-sama umat Islam seluruhnya.
Ini bermakna, 1 Ramadan yang bakal disambut pada hari Sabtu (21 Julai 2012) menjadi bulan tarbiyyah kepada umat Islam khususnya para pejuang agama Allah swt. Apa yang menariknya, sehari sebelum Ramadan dalam kesibukkan pihak berkuasa melihat dan menentukan nampaknya 'anak bulan' bagi membolehkan umat Islam di negara ini berpuasa. Di Bandar Chukai Kemaman, telah muncul 'ibu bulan' yang amat besar dan setakat ini paling besar pernah dinaikkan khususnya di Dun Chukai ini.
Besarnya, 'ibu bulan' tersebut diterjemahkan dalam bentuk bendera sebuah wadah perjuangan Islam yang dinamakan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Pengarah MTD Chukai, Haji Hanafiah Mat berkata setakat ini pihak Dun Chukai telah berjaya memasang hampir 25 buah bendera 'gergasi' dan yang ini paling besar berbanding sebelumnya. Menurutnya, bendera ini bersaiz 16 x 20 kaki yang dipasang di hadapan Pasar Besar Chukai di Kampung Tengah, Chukai Kemaman. "Insya'Allah, setakat ini kita (PAS) telah pasang hampir 25 buah bendera besar di Dun Chukai ini dan mungkin kita akan buat lagi yang lebih besar dari ini jika pilihan raya masih jauh. "Ini semua, semangat anak-anak muda yang inginkan perubahan. Kita (PAS) ikut 'mood' orang muda yang mahukan bendera kita bagi bendera," ujarnya ketika ditemui selepas menaikkan bendera tersebut. Katanya, bendera PAS yang besar itu seolah-olah sedang 'mengambang' dan petanda kemenangan Islam semakin dekat. Beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu yakin Umno semakin lumpuh di negeri ini dan Barisan Nasional (BN) akan 'stroke'. "Marilah kita (rakyat) sama-sama berdoakan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di Terengganu dan amnya berjaya ke Putrajaya. "Umno nampak sudah lumpuh dan BN juga bakal terkena 'stroke' berhadapan dengan kuasa rakyat pada PRU13 ini, Insya'Allah," tegasnya. Justeru, Haji Hanafiah menyarankan agar rakyat meletakkan dalam minda masing-masing yang Umno-BN sudah kalah dan digantikan dengan PAS. Menurutnya, sudah tiba masa pengundi pula mempergunakan Umno-BN dan bukan lagi membiarkan parti itu mempermainkan rakyat.

13 di kijal - Google Blog Search

13 di kijal - Google Blog Search


Subhanallah kemalangan <b>di kijal</b>. - أحبك يا رسول الله......أحبك يا الله

Posted: 09 Oct 2012 08:45 PM PDT


Enam maut selepas sebuah kereta bertembung dengan bas ekspress di Kijal dekat Kemaman.

Dalam kejadian jam 3:50 pagi tadi, dua orang lagi parah.

Kereta Perodua Viva yang dinaiki lapan individu itu dipercayai menghala ke Kuantan.

Ketika tiba di di hadapan Sekolah Meraga, Beris, kereta berkenaan bertembung dengan bas ekspress yang tidak berpenumpang.

Enam mangsa maut di tempat kejadian

Pemandu bas terbabit tak mengalami kecederaan.

Setakat ini, identiti mangsa belum dikenalpasti.

Sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


ads