Sabtu, 27 Oktober 2012

13 di pulau redang - Google Blog Search

13 di pulau redang - Google Blog Search


Black Mentor Komen Bawa Kekasih Bercuti <b>di Pulau Redang</b>

Posted: 01 Oct 2012 06:00 PM PDT

cik izyan | 10/02/2012 |

Sisipan BpoP minggu lalu ada memaparkan satu berita yang mengejutkan juga, mengenai Black Mentor yang dikatakan khalwat atau bersekedudukan dengan seorang wanita di sebuah resort dan cerita itu disampaikan oleh staff yang bekerja di sana kepada penulis paling pedas, Zubir.

Namun Black mempertahankan dakwaan itu dengan mengatakan dia mengakui pergi bercuti di Pulau Redang namun bukan bulan lalu, ianya pada awal tahun ini dan ditemani oleh tiga orang rakan yang lain. Dan ini komentar sekali lagi Black melalui portal GUA terhadap dakwaan sisipan BpoP berkenaan.

"Saya mengaku pergi bercuti bersama teman wanita ke Pulau Redang pada Januari lalu. Tetapi, saya nafikan duduk sebilik dengan teman wanita seperti yang didakwa dalam ruangan gosip sebuah akhbar. Bahkan, kami juga tidak pergi secara berdua-duaan. Sebaliknya percutian itu disertai oleh tiga orang rakan lain. Jadi, kami pergi berlima iaitu tiga orang perempuan, dan dua orang lelaki.

Ketika percutian selama tiga hari dua malam itu, memang ada masa-masanya saya luangkan masa dengan teman wanita sahaja tanpa kehadiran rakan-rakan lain. Tetapi bukan seperti yang digembar-gemburkan. Sebagai manusia biasa, saya juga ada keinginan untuk menghabiskan masa dengan teman wanita. Oleh itu, tidak hairanlah kalau ada pihak yang mendakwa nampak saya berdua sahaja, tidak ada kawan-kawan lain.

Saya sangat terkilan apabila penulis ruangan gosip itu mempersoalkan tentang agama saya. Tolonglah! saya ada emak dan ayah yang mendidik saya dengan baik. Untuk pengetahuan penulis itu, saya dulu bersekolah di sekolah agama dan sudah pasti saya tahu hukum-hakam agama. Saya tahu batas-batas sebagai seorang Islam. Saya tidak akan buat perkara yang tidak senonoh. Sebagai manusia biasa, memang saya tidak sempurna dan tidak lepas daripada melakukan kesilapan, tetapi tolong jangan melebihi batas. Saya sanggup bergaduh kalau soal agama,"

Tag: , , , , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads