Allahyarham en Shafei Sari 53 tahun dari Paka meninggal dunia dalam boat fiber seorang diri semasa mengail ditengah laut,yb bersama kawan2 menggunakan bot laju utk membawa arwah kepengkalan marin kemaman....
sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka Ustaz Satiful Bahri Mamat mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Shafie Sari, 53, yang ditemui maut dalam bot fiber kira-kira 8 batu nautika dari perairan Kemaman, pagi semalam. Menurutnya, Shafie yang juga bekas pekerja sebuah syarikat petrokimia di Kerteh adalah kenalan beliau. "(Allahyarham Shafie) adalah kenalan saya, saya ucap takziah dan berharap supaya pihak keluarga tabah dalam menghadapi ujian Allah SWT,"ujarnya sebaik mendapat khabar dukacita tersebut. Bot Shafie dikesan berada di sekitar perairan Kijal kira-kira jam 5.30 pagi melalui GPS Penemuan bot mangsa kira-kira jam 9.30 pagi itu mengungkap misteri kehilangannya yang dilaporkan tidak pulang ke rumahnya di Kampung Bukit Merah, Paka, Dungun, sejak malam kelmarin selepas keluar menangkap ikan seorang diri.
BESUT – Pelbagai peralatan dan bahan sejarah Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) kini dipamerkan di Muzium Pangkalan Udara Gong Kedak (PUGK) di sini, yang dibuka mulai semalam.
Muzium itu, yang pembukaannya dirasmikan Panglima Tentera Udara Tan Sri Dato Sri Rodzali Daud, telah diilhamkan bekas pengerusi muzium Lt Kolonel Azhar Mohamad.
Kini, ia dinaungi bekas Komandan PUGK Brigadier Jeneral Mohd Asghar Khan Goriman Khan.
Komandan PUGK Kolonel Zahani Zainal Abidin hari ini berkata muzium itu ditempatkan di bahagian teknikal PUGK dengan bangunan asalnya ialah bekas mahkamah tentera.
Muzium itu terbahagi kepada tiga galeri yang merangkumi bahan-bahan sejarah PUGK dan TUDM, auditorium dan bahan pameran Aerospace Technology System Corporation (ATSC) dan Hitech Padu, katanya kepada pemberita.
"Selain itu, muzium ini juga mempamerkan pesawat pemintas F-5E yang suatu ketika dahulu pernah menjadi kebanggaan negara dan merupakan jet pejuang yang terpenting dalam mempertahankan kedaulatan ruang angkasa.
"Pakaian tentera udara sejak Perang Dunia kedua, peralatan teknikal dan persenjataan pesawat tempur pelbagai peranan Sukhoi SU-30MKM buatan Rusia dan peralatan khusus skuadron di Pangkalan Udara juga dipamerkan," katanya.
Zahani berkata buat permulaan, muzium itu dibuka kepada pelajar sekolah. – BERNAMA
BESUT - Pelbagai peralatan dan bahan sejarah Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) kini dipamerkan di Muzium Pangkalan Udara Gong Kedak (PUGK) di sini, yang dibuka mulai semalam.
Muzium itu, yang pembukaannya dirasmikan Panglima Tentera Udara Tan Sri Dato Sri Rodzali Daud, telah diilhamkan bekas pengerusi muzium Lt Kolonel Azhar Mohamad.
Kini,...

Zahani berkata buat permulaan, muzium itu dibuka kepada pelajar sekolah. - BERNAMA