Selasa, 8 Mei 2012

13 di pulau redang - Google Blog Search

13 di pulau redang - Google Blog Search


Fasha Sandha Berbulan Madu <b>Di Pulau Redang</b>

Posted: 29 Apr 2012 09:19 PM PDT

KUALA LUMPUR – Pasangan pengantin baru, aktres Fasha Sandha dan suaminya Rizal Ashram (Jejai) lebih senang untuk bercuti di dalam negara iaitu di Pulau Redang, Terengganu sahaja bagi meraikan bulan madu mereka.

Aktres berusia 28 tahun itu, berkata keputusan itu diambil berdasarkan keindahan panorama kawasan itu yang tidak pernah dikunjunginya sebelum ini.

"Kami akan bercuti di dalam Malaysia sahaja untuk meraikan bulan madu. Saya mahu ke Pulau Redang kerana ia sebuah pulau yang sangat cantik.

"Secara kebetulan, saya tidak pernah sampai ke pulau itu sebelum ini. Jadi, tiada masalah untuk bercuti dalam negara sahaja," katanya yang merancang untuk pergi berbulan madu pada awal Mei ini.

Ditanya mengenai perjalanan karier lakonannya selepas bergelar isteri, Fasha berkata, dia akan meneruskan kerjaya seperti biasa kerana tiada halangan daripada suaminya.

"Jejai tiada halangan untuk saya terus berlakon selepas ini. Malah, saya tidak akan membataskan kerjaya lakonan cuma saya akan tahu sendiri tanggungjawab dan batas-batas seorang isteri.

"Setiap tawaran lakonan yang saya terima akan kami bincangkan bersama terlebih dahulu," katanya yang bersedia untuk bergelar ibu pada bila-bila masa sahaja.

Pasangan kontroversi ini dinikahkan oleh bapa kandung Fasha, Hassan Umbichi Moideen pada malam Jumaat lalu di Hotel Crowne Plaza Mutiara dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri oleh kaum keluarga, teman-teman rapat dan wakil media.

Majlis resepsi perkahwinan mereka dijangka berlangsung pada hujung Mei ini di Perlis.(MStar)

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


KEMASKINI : Blogger Pas SPIN Demo Pas <b>Di Kuala Terengganu</b> <b>...</b>

Posted: 24 Apr 2012 01:27 AM PDT

Kemaskini - Ini lapuran dari blog Pas buletinonline, yang melapurkan kononnya ada 10ribu pendemo yang hadir ! 10 RIBU ! ? ? Nah saya copy gambar dari blog itu yang menunjukkan paling ramai - Agak-agaklah nak spin pun ..... perhatikan barisan kenderaan dihujung kumpulan demo sebagai menandakan sempadan kelompok mereka ..... 10 ribu ? hehehe ...

Paling menarik yang ini - Kesemua wakil-wakil rakyat daripada PAS yang sedang bersidang di DUN turut sama dalam demonstrasi aman serta memberikan ucapan.

Cuba perhatikan gambar adun Pas termasuk Hadi tengah relaks minum teh dibawah... dan menurut saksi yang boleh dipercayai, dia sendiri melihat adun2 Pas ini masuk semula kedalam dewan untuk bersidang sekitar jam 11:30. 

Paling LOGIK SEKALI - Takkanlah tidak ada gambar Haji Hadi beri ceramah KALAU BENAR seperti yang didakwa ! sedangkan pemimpin bawahan diabadikan gambar mereka ?

Mengikut sumber saya - dua ADUN Pas ( Wahid Endut dan Syed Azman ) turun sekitar jam 10:30 ketika Dewan rehat, mereka berhenti diDALAM pagar untuk menjemput wakil Pas dari luar untuk sama2 mengiringi memo. Waktu itu hanya Syed Azman sahaja yang berucap pendek.

Selesai kerja menyerah memo, wakil Pas tadi keluar, cakap sekejap, baca doa dan bersurai .... sekitar jam 11:30 ketika sidang DUN bersambung.

Jadi ternyata blogger Pas MENIPU tidak berkata yang sebenarnya dalam lapuran mereka !

Senang jer nak malukan Dinturtle , keluarkan gambar atau video dimana dikatakan Kesemua wakil-wakil rakyat daripada PAS yang sedang bersidang di DUN turut sama dalam demonstrasi aman serta memberikan ucapan. Dapat tunjuk Hadi turun bersama dan berucap di demo tadi pun cukuplah !

Adeeeeh .....

ARTIKEL ASAL

Tu dia ...... ramai jugalah orang Pas yang berdemo tengah panas pagi tadi depan pintu pagar Wisma Darul Iman Kuala Terengganu. Katanya nak hantar memo soal isu rampasan tanah.

Tapi kalau mengambilkira promo tentang demo ini yang dilakukan sejak SATU BULAN supaya orang Pas seluruh Terengganu hadir, ternyata bilangan yang saya kira TIDAK LEBIH SATU ribu manusia ini sememangnya amat mengecewakan. Lebihkurang macam ceramah Mat Sabu jer ...

Gambar saya ambil dari blog Pas. Yang ada didepan pintu pagar itu, itu jelah dia. Oklah, campur dalam 100 orang kat pinggir2 duk memerhati termasuk saya tadi.


Tak percaya ramai tu jer ? Nah ni gambar wide angle, panjat bangunan pulak- Panas berdering  ! Berpeluh-peluh diorang ni tadi .....Dimanakah para pemimpin Pas Terengganu ? Adakah mereka bersama rakyat mereka ?
Tu dia ........ Baik punyer relaks ..... ish, sidang ADUN tak boleh miss, kebetulan pula waktu sama. Jadi janganlah kiranya ada perasaan terkilan dihati  mereka yang berpeluh jeruk didepan pintu pagar tu ya kalau melihat aksi pemimpin Pas pada waktu SAMA tadi ...
Jauh ke tempat bersidang DUN dengan pintu pagar tu ? Hehehehe ... itulah pintu pagarnya bangunan Wisma Darul Iman , tempat bersidangnya para ADUN ! Pukul 10:30 pagi waktu rehat sidang, MB MatSaid minta wakil pendemo untuk naik kelobi dewan untuk bertemu .....
dan menerima memo dari mereka. Tu yang pemimpin2 Pas kat atas tu tengah berehat selepas berpeluh bersidang. Sekejap jer berdemo, habis tu bersurai lah ......

PS 5:00 pm - Laa, lupa nak letak kredit pada member bloger untuk gambar2 'dalaman' diatas - teganukita                                

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


Pancing Ara TEAM: BERSIH 8.0 IKAN <b>DI KEMAMAN</b>

Posted: 26 Apr 2012 11:28 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Komen BERSIH 8.0 IKAN DI KEMAMAN. matakail | 11:28 PTG |. Tanggal 28hb april iaitu esok semakin sampai ke kemuncaknya yang mana Trip Mega Tahunan Team Pancing Ara akan belansung. Matakail dan pihak team ...

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Pilihan Anda: Gagal ditipu akhirnya peniaga dipukau

Posted: 28 Apr 2012 06:41 PM PDT

|

KIJAL – Gara-gara 'umpan' tidak mengena, seorang lelaki menggunakan ilmu pukau untuk menipu usahawan muda sehingga mangsa rugi RM400 dalam kejadian di sebuah kedai runcit di Padang Kubu, Jalan Jerangau-Jabor, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam pada 1 April lalu, mangsa, Nor Fatihah Mohd Rafi, 22, membayar kepada suspek sebanyak RM400 setelah berapa kali didesak untuk menjelaskan bil empat botol bahan pencuci yang diletakkan suspek di kedai milik mangsa.

Mangsa pada mulanya tidak menyedari dirinya ditipu namun setelah 24 hari bahan pencuci yang diletakkan di kedainya tidak diambil oleh tok imam yang dimaksudkan suspek, dia kemudiannya membuat laporan polis berhubung kes itu di Balai Polis Chukai pada jam 12.10 tengah hari, Rabu lalu.

Nor Fatihah berkata, pada hari kejadian supek yang berusia lingkungan 30-an, berkulit putih, berkemeja hitam dan berseluar jeans secara tiba-tiba masuk ke dalam kedainya dengan membawa bersama empat botol cecair berwarna hijau dan mengatakan bahawa cecair tersebut ditempah tok imam Masjid Padang Kubu tidak jauh dari kedainya.

"Waktu itu saya tengah sibuk melayan pelanggan yang mahu menambah nilai kredit. Lagak lelaki itu seperti jurujual dan katanya tok imam akan datang mengambil bahan pencuci itu. Lantas lelaki itu minta saya menjelaskan bil untuk bahan itu tetapi saya mengatakan tiada wang kerana wang yang ada saya mahu bayar untuk tong gas.

"Dia mengeluarkan bil yang tertulis IKS Mara dari poket seluarnya dan terus mendesak agar saya dahulukan bayaran itu kerana katanya tok imam akan bayar kepada saya dan selepas itu dalam keadaan tidak sedar seperti dipukau saya terus memberi wang yang diminta," katanya.

Menurut Nor Fatihah, selepas lelaki itu berlalu baru dia sedar telah memberinya wang tetapi dia masih tidak berprasangka buruk kerana tok imam di Masjid Padang Kubu adalah kawan ayahnya.

"Namun, apabila ayah bertanyakan mengenai tempa-han bahan pencuci itu kepada rakannya, kesemua rakannya tidak tahu mengenai perkara itu," katanya semalam.

Berikutan itu, Nor Fatihah yang tinggal di Kampung Sungai Mas juga cuba menghubungi tiga nombor telefon yang tertera pada bil yang diberikan suspek namun dua daripada nombornya tiada dalam perkhidmatan manakala satu lagi dijawab oleh seorang lelaki yang tinggal di Perak.

Pada bil diberikan juga tiada cop logo syarikat apabila diperiksa juga didapati bahan pencuci yang ditinggalkan di kedainya itu cair selain botolnya tidak mempunyai label.

"Saya niat mahu bantu tapi ditipu pula," katanya.

Related Posts : JENAYAH, TERKINI


Share/Bookmark
Posted by Desperado on 3:18 PM. Filed under , .
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.

Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini MILIK ASAL PENULISNYA yang dikutip dari pelbagai sumber di dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. PENULIS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


SMK <b>Wakaf Tapai</b>: PROGRAM PERKHEMAHAN TAHUNAN BADAN <b>...</b>

Posted: 01 May 2012 08:39 PM PDT

Matlamat program ini adalah ke arah memupuk pelajar supaya mempunyai sikap dan nilai-nilai murni, bantu-membantu, bekerjasama dan saling hormat–menghormati serta hidup dalam keadaan bersih dan seterusnya menghargai alam sekitar.Program ini telah diadakan selama 3 hari bermula pada 5 April - 7 April 2012, bertempat di Pusat Kokurikulum JPNT, Cawangan Pulau Redang, Setiu, Terengganu.
Program ini disertai seramai 70 orang pelajar dan 40 orang guru. Antara badan beruniform yang menyertainya ialah Kadet Polis, Kadet Bomba dan Penyelamat, Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Bulan Sabit Merah, Pengakap, Pandu Puteri dan Puteri Islam. 

13 di kerteh - Google Blog Search

13 di kerteh - Google Blog Search


Wawasan Kita: Gotong Royong Bersih Bilik Gerakan IKRAM <b>di Kerteh</b>

Posted: 15 Apr 2012 01:00 PM PDT

Alhamdulillah satu program gotong royong membersihkan bilik gerakan IKRAM Kemaman di Sg Mat Ekar, Kerteh telah dijayakan pada hari Sabtu 7 April yang lalu. Terima kasih kepada anak-anak muda kita. Semoga usaha-usaha dakwah semakin giat lagi dengan kewujudan bilik gerakan baru ini.

ads