Rabu, 20 Februari 2013

13 di seberang takir - Google Blog Search

13 di seberang takir - Google Blog Search


Firdaus Shope: <b>Seberang Takir</b>

Posted: 09 Oct 2012 05:26 PM PDT

Sudah tiga hari berada di Seberang Takir, Terengganu. Jika dilihat pada nama, mungkin tiada apa-apa. Sama sahaja dengan nama-nama tempat lain. Begitulah pandangan kita seandainya kita hanya melihat dengan mata fizikal sahaja. 
Bezanya tidak banyak barangkali. Namun, nikmat berada di tempat-tempat berbeza adalah di antara nikmat yang tidak mampu saya dustakan. Seolah-olah Tuhan mahu membuka mata fizikal saya untuk melihat tempat lain agar untuk disyukuri.
Sebahagian daripada kita, mungkin telah tiba di pelbagai tempat. Di dalam mahupun di luar negara. Pasti cerita-cerita menarik ada padanya. Di situ jugalah pengalaman-pengalaman baharu diperolehi. Benarlah kata pepatah, "Jauh berjalan, banyak pengalaman."
Berada di Seberang Takir dengan misi membangunkan potensi diri serta memandaikan ummah, bukan calang-calang misi. Visi dan misi yang amat dituntut oleh agama sendiri. Tidakkah Tuhan sentiasa menyuruh agar kita melakukan kebaikan dan perubahan? Kebaikan dan perubahan tidak mampu dicapai seandainya kita selesa dengan keadaan yang ada pada hari ini. Jika hari ini sudah satu kebaikan yang telah kita lakukan, kita tidak boleh berasa cukup dengan satu kebaikan tersebut. Kita digalakkan untuk menambah kebaikan tersebut kepada dua, tiga dan seterusnya. 
Analoginya mudah sahaja, kebaikan tersebut tidak mampu ditambah seandainya tidak disertai dengan perubahan. Perubahan sendiri membawa maksud tidak statik, anjal, sifatnya dinamik dan pelbagai lagi. Mudah kata ia perlu 'bergerak.'
Visi besar untuk memandaikan ummah tidak akan tercapai jika diri sendiri tidak mahu berubah dan bergerak. Ummah yang hebat ialah ummah yang lengkap dan dipenuhi dengan kebaikan. Kita tidak senang jika di sekeliling kita dipenuhi dengan keburukan serta kejahatan, bukan? 
Di Seberang Takir inilah titik tolak untuk melakukan perubahan. Perubahan perlu disertai dengan niat yang betul dan baik, disusuli dengan pelan bertindak yang bagus dan akhir sekali mulakan bertindak penuh komited. Sesekali jangan lupa untuk terus berdoa agar segala usaha yang dijalankan disertai dengan 'berkat' dan 'rahmat-Nya.'
Pengalaman berada di Seberang Takir pasti menjadi memori terindah dan ia pasti sukar dilupakan kerana selain pengalaman makan nasi dagang ikan 'tongkol' dan berada di Teluk Ketapang pada waktu petang, saya dianugerahkan pengalaman bertemu dengan insan-insan hebat yang mempunyai visi besar untuk memandaikan ummah.
Semoga visi serta misi tiga hari di Seberang Takir mampu mencipta kebaikan untuk diri dan ummah. Sesungguhnya nikmat berada di sini adalah nikmat untuk disyukuri, bukan untuk dipersiakan.
Seberang Takir, saya pasti kembali lagi!

13 di rantau abang - Google Blog Search

13 di rantau abang - Google Blog Search


CANTIK TERSIRAT: sajak : PENYU BERTASBIH <b>DI RANTAU ABANG</b>

Posted: 29 Nov 2012 06:21 PM PST



Bergeluk sang penyu
dalam samudera dalam
berdendang pilu
berlagu silu
getar olak air melesu
dalam air berkelodak laut
dingin laut meremai sulbi

duhai sang penyu,
dengarkan.........!


Usah sengkela pada sepi
memasung diri pada sendu

ayuh!
keluar dari lubuk matimu
julurkan jemala , kepakkan tungkai
tegakkan tempurung perisai keramat

dayung........,
ayuh berdayung!
dayung, 


oh meredah ombak
dayung-dayung meredah badai
gempur,
ayuh gempur!
amuk-amuk gelora laut

sampai.........,
pastikan sampai!
muka laut mesti digapai
hulurkan jemala menyiuk udara
kepakkan tungkai
ayuh berdayung

redah,
redah ombak
redah,
redah badai
susur,
susur pastikan sampai
sampai
sampai ke tepi pantai

ombak,
mendesau-desau indah
angin,
menderu bersiul-siulan
awan,
berarak kawan berkawan
bianglala
seringai cantik menawan



merangkak-rangkak penyu menangis

melepas rindu  di pesisir pantai 
berteman ombak
bertaulan angin
berkelam langit
bersepi malam

hangat pasir Rantau Abang

sehangat cinta penyu bersemi 
beriring-iring  air mata
titis menits tumpah ke bumi

membutir zuriat zaman berzaman
di pesisir pantai penyu bertasbih


sh. umamah al-edrus
25 mei 2010
Kg. Changkat, Gombak.

13 di pulau redang - Google Blog Search

13 di pulau redang - Google Blog Search


<b>Pulau Redang</b> | Pulau Malaysia | Trip Ke Beijing | Trip Ke Singapore <b>...</b>

Posted: 19 Mar 2010 03:53 AM PDT

Malaysia.Jadi Kali ini krew jomlahcuti.com akan berceloteh mengenai keseronokan percutian di Malasyia pula iaitu di Pulau Redang.Jika anda tidak tahu dimana Pulau Redang ia terletak di Negeri yang terkenal dengan keropok lekor iaitu Negeri Terengganu.

Mungkin antara kita telah banyak ke luar negara tapi masih belum pernah ke Pulau Redang.Anda sebenarnya teramat-amatlah rugi.Ini kerana keindahan Pulau Redang juga tiada tolak bandingnya dan ia setanding seperti pulau-pulau terkenal seperti Bali,Phuket dan pulau-pulau yang lain.

Trip jomlahcuti.com yang lepas amat menyeronokan.Kami bukan sahaja pergi bercuti bersama krew-krew malah bersama pelanggan-pelangan kami. Untuk kesana pelbagai pengakutan boleh digunakan.Anda boleh menaiki bus ekpress,kereta persendirian ataupun menaiki Flight. Sekiranya menggunakan flight,airport yang perlu dipilih adalah Kuala Terengganu atau Kota Bharu.Untuk trip kami ini hanya menggunkan bus ekpres yang bertolak dari shah alam ke Kuala Terengganu.Perjalanan kami mengambil masa selama 8 jam didalam bus.Mungkin ia memenatkan namun sekiranya anda pergi bersama teman dan kawan-kawan ia bukan lagi memenatkan tetapi satu pengalaman manis yang akan anda ingat sampai bila-bila.Bermacam-macam ragam kawan-kawan kami dan pelanggan di dalam trip ini,apa yang boleh dikatakan kesemuanya adalah sangat sporting dan gila-gila.

Ini bukanlah kali pertama krew kami kesana tetapi sudah beberapa kali.Walaupun begitu setiap kali pergi ia adalah sesuatu pengalam yang berlainan.Setiba kami Di Kuala Terengganu,kami menunaikan solat subuh  dan sarapan pagi bersama.Selepas itu terus ke jetty dan terus menaiki speed boat ke Pulau Redang.Dari jetty kami mengambil masa selama 45 minit hingga 1 jam untuk sampai ke Pulau.Bagi yang tidak pernah sampai kesini ia sesuatu yang akan menerujakan bagi sesiapa saja yang melihat.Air yang jernih hingga ke dasar ditambah warna kehijauan bercampur kebiruan membangkitkan seperti rasa ingin terjun terus dari speed boat.Saya sendiri rasa nak terjun walaupun sudah beberapa kali ke sini. Memang betul-betul menerujakan:)

Selama kami disana aktiviti utama kami adalah snorkeling.Siapa tak penah snorkeling?kalau rasa snorkeling itu adalah aktiviti yang membosankan apa kata korang cuba dulu.Lihatlah dunia lautan yang cantik.Diwaktu ini saya seakan-akan didalam cerita kartun nemo.hahaha:) Melihat terumbu karang dan pelbagai jenis spesis ikan yang wujud dan dialam animasi sebenarnya ikan Nemo itu memang betul-betul wujud.Ada saja aktiviti yang kami buat dari aktiviti snorkeling ke permainan bersukan valley ball,sudah bosan valley ball,kami bermain bola sepak pantai,dah penat kami pergi menyelam balik tepi pantai tengok Gamat atau tetimun laut dan melihat cengkerang-cengkerang yang cantik.Pada belah malam kami membuat BBQ dan bersiar-siar.Begitulah padat aktiviti kami selama 3 hari disana.Fikir-fikir balik ia memang memenatkan tapi pengalaman yang diperolehi adalah lebih menakjubkan.

Jadi siapa kata mahal untuk kesana.?Kami di jomlahcuti.com menyediakan pakej percutian kesana serendah RM359 RM279 untuk promosi awal tahun (early bird promotion).Ada banyak lagi pakej kesana?kami telah menyediakan pelbagai jenis pakej mengikut budget anda.Sekiranya anda berminat boleh email kepada kami untuk tempahan di sales@jomlahcuti.com

Visit.Leisure.Enjoy

Go!go!go!

Comments


Gambar <b>di</b> Pulau Perhentian dan <b>Pulau Redang</b> | Cikgu Muktasim

Posted: 16 Jul 2012 03:21 AM PDT

Gambar di Pulau Perhentian dan Pulau Redang | Cikgu Muktasim

Jurugambar Perkahwinan

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lb.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

13 di gong kedak - Google Blog Search

13 di gong kedak - Google Blog Search


Menyampaikan Bantuan Sempena sambutan <b>Gong</b> Xi Fa Cai <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 13 Feb 2013 08:11 AM PST

Tarikh 5.2.2013

20130213-235927.jpg

20130214-000225.jpg

"

20130214-000900.jpg

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search


Kuswadinata&#39;s last wish to have family vacation on <b>Pulau Kapas</b> not <b>...</b>

Posted: 16 Feb 2013 08:59 AM PST

KUALA LUMPUR, Feb 16 — Veteran actor Kuswadinata's last wish to have a vacation with his family in Pulau Kapas, Terengganu, was not fulfilled as he breathed his last at Ampang Hospital today.

According to his wife, Kamariah Mohd Said, 57, Kuswadinata, or his real name Kuswadi Bujang, had made the wish since last year.

"He kept saying that he wanted to go there when he recovered from his illness, but his wish is not fulfilled," she said when met at her house here today.

Kuswadinata, who suffered from colon cancer and kidney problems, was pronounced dead at 5.07pm at the age of 74.

"What saddens me is the fact that just a few days ago, he told me that he was going to miss me and I didn't see it as a sign," said Kamariah who has four children with Kuswadinata.

Among local artistes who paid their last respects to Kuswadinata were Rosyam Nor, Aznah Hamid and Aziz Singah.

Also present was Ampang Umno chief Datuk Ismail Kijo.

The Singapore-born actor began his acting career in 1957 with Cathay Keris film production company.

Among his films are Ibu Mertuaku, Antara Dua Darjat, Lang Buana and Gerak Khas 3.- BERNAMA

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


Gambar <b>di Pulau Perhentian</b> dan Pulau Redang | Cikgu Muktasim

Posted: 16 Jul 2012 03:21 AM PDT

Gambar di Pulau Perhentian dan Pulau Redang | Cikgu Muktasim

Jurugambar Perkahwinan

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lb.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Permata Wangi: Pelajar Sekolah Gaduh <b>Di</b> Surau <b>Ketengah Jaya</b>

Posted: 15 Jul 2009 07:11 AM PDT

Kerana cantik dan bijak, dua pelajar perempuan yang juga sahabat baik dihasut supaya bertumbuk di sebuah surau di Ketengah Jaya, Dungun 18 Jun lalu.

Aksi bergasak pelajar tingkatan satu berpakaian seragam itu dirakam menggunakan kamera telefon bimbit dan bukan sahaja tersebar di kalangan pelajar tetapi boleh ditonton di laman web perkongsian YouTube.

Rakaman 30 minit itu bermula dengan tiga remaja perempuan tingkatan dua dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketengah Jaya, Dungun di sini melahirkan rasa tidak puas hati terhadap dua pelajar yang dikatakan menjadi kesukaan ramai.

Dua pelajar cantik dan bijak itu masing-masing pelajar tingkatan satu. Seorang dari SMK Ketengah Jaya manakala seorang lagi dari SMK Rasau Kerteh, Kemaman.

Rakaman seterusnya menunjukkan tiga pelajar senior itu membuli dan memukul pelajar dari Rasau Kerteh kerana dia didakwa bercakap besar. Pihak polis telah pun memanggil enam orang pelajar tersebut untuk memberi keterangan. Difahamkan juga pihak sekolah telah pun menggantung pembelajaran beberapa orang pelajar yang terbabit.

Tiga pelajar itu turut memaki hamun gadis berkenaan dalam dialek Terengganu. Mereka turut menampar, menarik tudung dan rambut selain menendang pelajar dari Rasau Kerteh itu beberapa kali.

Rakaman kemudian menunjukkan pergaduhan melibatkan dua sahabat baik itu selepas mereka dihasut oleh ketiga-tiga pelajar senior itu.

Aksi tarik rambut dan sepak terajang antara dua sahabat itu bukan sahaja disorak oleh tiga pelajar itu malah dirakam.- KOSMO

13 di kijal - Google Blog Search

13 di kijal - Google Blog Search


TV3 Stesyen TV Portal Pertama - 6 Maut Kemalangan <b>Di Kijal</b>

Posted: 09 Oct 2012 08:18 PM PDT

10/10/2012 11:18:00

Enam maut selepas sebuah kereta bertembung dengan bas ekspress di Kijal dekat Kemaman.

Dalam kejadian jam 3:50 pagi tadi, dua orang lagi parah.

Kereta Perodua Viva yang dinaiki lapan individu itu dipercayai menghala ke Kuantan.

Ketika tiba di di hadapan Sekolah Meraga, Beris, kereta berkenaan bertembung dengan bas ekspress yang tidak berpenumpang.

Enam mangsa maut di tempat kejadian

Pemandu bas terbabit tak mengalami kecederaan.

Setakat ini, identiti mangsa belum dikenalpasti.

Sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

ads