Khamis, 14 Julai 2011

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


raihazi ~: hari kedua kami <b>di marang</b> & kuala terengganu

Posted: 01 Jun 2011 09:49 AM PDT

assalamualaikum..

sampai kuantan 11 lebih tadi.. 11 malam yea bukan 11 pagi :) memandangkan n3 banyak gambar maka sikit aje la yang boleh di taipkan. kena la seimbangkan n3 kan? kalau dah banyak celoteh kena kurangkan gambar, kalau dah berderet gambar xpayah la nak cerita panjang2.. x gitu :p

*read as mama keletihan memangku sofia yang tido sepanjang dalam kereta. asal masuk keta je dia lena.. jadi alasan utk seimbangkan n3 tu bukan alasan utama :D

sofia bergaya dengan tudung baru ayah beli kat pasar payang.. mms kat opah n ummi :)

elok sampai rumah, sofia pun jaga. saya dah susah hati takut dia lewat tido. mama dah ngantuk tahap gaban ni sayang oii.

ha, sebelum terlupa gambar dalam n3 ni memang sengaja disusun macam ni. cerita mengikut gambar adalah dari malam sebaik sampai di kuantan reverse sepetang di masjid terapung dan makan pagi di marang.. sori la kalau menyusahkan readers utk faham cerita :) peacee!





en gie singgah solat asar di masjid terapung ~ cantik pemandangan kat sini. ramai orang datang bersolat dan berehat. kawasan berhampiran ada tempat jual2 baju dan cenderamata.

oleh sebab mama xdibenarkan masuk kawasan masjid atas alasan yang xboleh disangkal sesiapa pun maka kami dua beranak terus mencari toilet. misi nya nak salin cd sofia. sofia berpeluh sakan masa ni. cuaca pun boleh tahan terik walaupun dah lebih 5pm

 
 

 tengah hari sebaik check out kami ke pasar payang di kuala terengganu. mulanya ingat xnak beli apa2 sebab bajet mesti harga mahal time cuti sekolah.. last bila dah jalan2 mula la tangan belek itu ini sambil angkat2 kening kat en gie hehehehehehe

mama dapat tudung saji *jauh2 kau pegi beli tudung saji hahahahahaha* yang cantik sebab ada anyaman, brooch tudung,

sofia dapat tshirt elmo dan tudung bling2

ayah borong makanan :D buah salak, dodol, keropok keping, lagi apa ntah ..

otw balik sempat singgah kelulut beli keropok leko yang sedap. makan panas2 best! terbaikkkk

 

 ni pulak cerita pagi tadi, kami bersarapan dekat je dengan guest house. saya makan nasi lemak berkongsi dengan cik sofia. en gie makan nasi dagang.

lepas makan, en gie dan en roy pegi site siapkan keje. kaum ibu dan anak balik bilik rehat2 tengok tv. hahahahaha best2 nikmat weii perut kenyang lepak diam2 dalam bilik ada air cond. mata layu jer, tapi sibuk belek hadiah sedar2 dah pukul 12 lebih. sofia tido lagi so cepat2 la kemas kain baju. kutip segala apa yang patut. buang sampah. elok je mama nya siap bertudung sofia pun terjaga hihihiihi bagus2!

mandikan sofia yang sibuk tanya ayah.. ayah belum balik la. entah kat site lagi ke xpun dah otw balik. saje malas nak mesej. yang penting siapkan barang2 dulu kalau xnanti lambat check out leceh la plak

sebaik check out kami ke pasar payang. 'memberi' wang kepada peniaga2 yang cantik dan peramah disana huuuhuuhuhu cantik la songket tenun kat situ.. harga pun boleh tahan mahal. padan la dengan hasil tenun yang superb tu

 
 
 
 

sinopsis : sarapan pagi di marang : en gie pegi site di rusila : check out 1+pm : shopping di pasar payang : bertolak balik : solat asar masjid terapung : singgah pantai kelulut beli keropok lekor : makan malam di balok : selamat tiba di kuantan

xoxo

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

aizamia3: Disebalik percutian <b>di Marang</b>, Terengganu (part 1)

Posted: 14 Jun 2011 07:03 PM PDT

Kali ni biarlah gambar berbicara..

09 Jun 2011 (Khamis)


Berhenti rehat di Kuantan..

10 Jun 2011 (Jumaat)


Tema geng PTT hubby kali ni - BIRU (psstt: kenapa mesti color biru)


Penginapan di Kuantan.. bersebelahan Hotel Seri Malaysia, Marang


Celebrate birthday 'boss' geng Samurai PTT


Sesi suai-kenal..

psstt: Ada lagi.. tunggu..

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


GROSIR <b>PAKA</b> IAN ANAK DAN BABY TERMEWAH DAN TERMURAH <b>DI</b> BANDUNG :!

Posted: 27 Mar 2011 12:00 AM PDT

July 15th, 2011 , 0 views

Kunjungi Website Kami di :

http://www.pusatgrosirbandung.com

http://www.pusatgrosirpakaiananak.com

http://grosirsaffron.multiply.com

Hubungi : Tamy
Phone : (022) 70529882
HP : 0813-9412-3824
E-mail : tam y.rose@gmail.com );

Computer, Iklan Electronic  

Tips to make computers and laptops are becoming more durable


Sometimes we unconsciously underestimate the little things that happen on laptops and computers. Then it what it is?. Read and practice the following tips:

1. Uninstall programs that are never used, especially if the program takes a big hard drive memory and pops during start-up computer / notebook. Why should it be uninstalled? because the memory space also affect the performance of PC / Netbook, so .... workload dropped to a laptop into while you minimize the program or data on disk. Please use the Software TuneUp Utilities to assist you in monitoring programs that are not used within a certain period.

2. Set the battery power on Power Saver! this will save battery power usage on laptops, so battery life becomes longer. Use a UPS on your computer! to anticipate the occurrence of damage to the hard drive when a power failure suddenly.

3. Activate the screen saver on the computer! it is meant for PHOSPHORIC on the monitor screen is not reduced because it displays the same color continuously while the computer is idle. But if you use the LCD, it does not have to worry about because most LCDs have systems Automatic Screen Saver.

 4. And the most important thing is to install ANTIVIRUS and extendability UPDATE!


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di setiu - Google Blog Search

13 di setiu - Google Blog Search


79 Pati Ditahan Dalam Operasi 14 Jam <b>Di Besut</b> | Darul Iman

Posted: 03 Jun 2011 11:59 PM PDT

BESUT, 2 Jun (Bernama) – Seramai 79 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan dalam operasi 14 jam oleh Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sekitar daerah Besut dan Setiu bermula 2 petang semalam.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan Terengganu Bakri Sulaiman berkata kebanyakan Pati ditahan kerana tinggal melebihi tempoh dibenarkan, manakala yang lain tidak memiliki dokumen pekerjaan.

Dalam operasi itu, seramai 78 Pati Indonesia berusia lingkungan 19 dan 40 tahun ditahan di kawasan projek pembinaan sekitar Hulu Besut, Setiu, Kuala Besut dan Jerteh.

"Seorang Pati, yang turut ditahan, berasal dari Filipina, berumur 34 tahun pula didapati mempunyai kad pengenalan palsu," katanya sambil menambah seramai 24 anggota dan pegawai Imigresen serta dua pegawai JPN terlibat dalam operasi itu.

Mereka kemudian dihantar ke Pusat Penempatan Pati di Ajil.

Bakri berkata operasi akan diteruskan bagi memastikan semua Pati yang bekerja di tapak pembinaan di seluruh negeri itu mematuhi syarat serta tidak melanggar undang-undang.

– BERNAMA

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di jerangau - Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Jun 2011 05:56 AM PDT


Persatuan Belia <b>Felda Jerangau</b>: Majlis Penutup PRAGMA 2011

Posted: 25 Jun 2011 06:03 AM PDT

Gambar Kenangan...Semua peserta dan keluarga angkat bergambar kenangan sebelum berangkat pulang

Setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan. Begitulah juga dengan peserta Program Anak Angkat dan Khidmat Masyarakat (PRAGMA 2011) dari Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (SESTER) yang berpisah dengan keluarga angkat setelah 3 hari berkampung di Felda Jerangau. Walaupun 3 hari merupakan tempoh yang singkat namun hubungan yang terjalin akan tetap di kenang sebagai satu rantaian pahit manis kehidupan.Majlis penutup telah disempurnakan oleh YB dato' Haji Din bin Adam, ADUN Bukit Besi ini turut dihadiri oleh Penolong Kanan SESTER, En. Jamil bin Sakmim, Timbalan Pengerusi JKKR, En. Ramly bin Ibrahim. Kami warga Felda Jerangau mengucapkan terima kasih di atas kesudian menjadikan kampung kami sebagai destinasi program yang bermakna ini. Besar harapan kami agar program yang murni seperti ini akan terus dapat dijalankan untuk masa-masa yang akan datang

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Pemandu Bimbang Gelagat Mat Rempit <b>Di Kuala Terengganu</b> - Teganuku..

Posted: 11 Jul 2011 11:40 AM PDT


Kelakuan mat rempit, yang menunggang motosikal secara berbahaya di bandar raya ini, semakin menjadi-jadi sehingga menimbulkan kebimbangan para pemandu kerana ia mengancam keselamatan dan nyawa pengguna jalan raya lain.

Pemandu kenderaan dan penunggang motosikal terutamanya kalangan wanita berasa risau dan takut dengan gelagat mereka, yang biasanya melakukan aktiviti bahaya mereka setiap petang hujung minggu.

Seorang pemandu, Halimah Abdul Wahab, 50, berkata dia berasa bimbang setiap kali ingin ke kedai terutamanya di kawasan bandar berikutan ramai mat rempit yang terlalu berani melakukan aksi-aksi bahaya.

"Saya memang risau dan takut setiap kali memandu ke bandar. Ada masa saya terpaksa memberhentikan kereta untuk memberi laluan kepada mereka yang terlalu ramai. Kadangkala mereka menunggang secara berkumpulan lebih daripada 50 buah motosikal," katanya kepada Bernama di Kuala Terengganu

Ada di kalangan mat rempit yang bertindak di luar dugaan seperti menunggang motosikal dari arah bertentangan semata-mata untuk keseronokan, katanya.

Halimah berkata dia sangat tidak selesa dengan keadaan sedemikian dan berharap pihak berkuasa dapat memperketatkan kawalan bagi mengekang masalah itu.

"Keadaan seperti ini bukan sahaja membahayakan keselamatan masyarakat tapi ia juga memberikan imej buruk kepada pelancong yang datang melawat negeri ini," katanya.

Pengunjung dari Pahang, Siti Nur Syuhada Mohamed Rahim, 21, yang merupakan penuntut sebuah universiti awam di utara tanah air, turut mempunyai pandangan sama.

Katanya dia terkilan melihat terlalu ramai mat rempit di jalan raya tidak menghiraukan keadaan sekeliling.

Siti Nur Syuhada, yang pertama kali berkunjung ke Terengganu, terkejut melihat ramai golongan muda tidak kira lelaki atau perempuan menghabiskan masa dengan sia-sia dengan merempit.

"Perkara ini memberi imej yang negatif kepada Terengganu sendiri. Saya harap pihak berkuasa di sini dapat mengambil tindakan perlu untuk mengatasi masalah ini, selain mengambil tindakan, mungkin boleh tambah pusat riadah untuk golongan ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di ajil - Google Blog Search

13 di ajil - Google Blog Search


PERJALANAN PERTAMA KE <b>AJIL</b>...

Posted: 21 Mar 2011 07:08 PM PDT

"Kelopak, Jantung, Kelopak, Jantung, Kelopak, Jantung.. Kelopak, Kelopak, Kelopak, Jantung, Jantung, Jantung... Kelopak! Kelopak! Jantung, Kelopak! Kelopak! Jantung, Kelopak! Kelopak! Jantung.. KELOPAK!"

Haa.. pandai2 lah lagukan supaya bunyi kompang ye..

Sudah lama betul aku menantikan saat2 aku boleh menjejakkan kaki ke Ajil atas sebab2 yang sangat munasabah - Majlis perkahwinan Abe Gmie!

Abe Gmie ni adalah rakan sekerja aku dan sememang nya dah lama aku menantikan saat2 seorang gadis terpikat kepada Abe Gmie. Akhirnya, pada tanggal cuti sekolah yang lalu.. termeterai lah ikatan sah antara Abe Gmie dan Diyana.

***

Bila aku dengar berita yang Abe Gmie nak menikah, aku automatik jadi teruja! Pernah tahun lepas, aku dan cik puan kpp nak cuba kenen2 kan Abe Gmie dengan seorang kawan cik puan kpp.. namun, langkah Abe Gmie lebih pantas. Abe Gmie menggunakan kaedah FACEBOOK!

Ye.. Abe Gmie "mengorat" isterinya melalui FACEBOOK.. woooohooooo!

***

The day before majlis, aku dan cik puan kpp dah sediakan apa yang patut. Itenari dan Peta perjalanan pun aku dah sediakan berdasarkan panduan jangka masa sampai ke sesuatu tempat.  Sebab peta terlalu besar.. aku copy google maps dan save dalam laptop. Dengan laptop2 sekali aku angkut. Hotel pun aku dah booking. Dan, macam biasa, tugasan cik puan kpp adalah mengemas baju dan segala mak-nenek kelengkapan yang perlu

"OK Yang, plan nya macam gini", aku tulis atas kertas sambil explain sikit2. Lagipun, cik puan kpp bukan nya nak dengar sangat pun.

5:00 pagi : Bertolak daripada rumah

6:30 pagi : Berhenti di BHP selepas tol Gombak

8:30 pagi : Rehat di R&R Temerloh

10:00 pagi : Rehat dan tukar baju di R&R Gambang

10:30 pagi : Masuk jalan Jabor-Al Muktafi Billah (selepas tol Jabor)

1:00 tengahari : Sampai Ajil - Rumah Abe Gmie

2:30 petang : Bertolak ke BGRC (Bukit Gambang Resort City)

5:30 petang : Check-in Hotel dan rehat

Malam : Dinner di BGRC

Esok paginya selepas sarapan : Water Park

Macam gitu lah lebih kurang..

Amazingly, perjalanan kami was almost an identical one.. to the one yang aku tuliskan atas kertas. Cuma, ada adjustment here and there especially untuk tempat2 persinggahan tersebut. The timing almost perfect! Kagum pula aku. 

Problem aku cuma satu, hari nak bertolak tu lah aku kena cirit-birit! Aduh, memang terseksa jiwa raga den! 

Perjalanan yang sangat panjang tu memang memenatkan. Hendak2 pula kena ikut jalan "lama" dimana kiri kanan nya penuh dengan kepala sawit. Di tambah pula dengan isu jalan yang berlubang2. Sekejap gedegup sana, gedegup sini. Memang tak tenteram. Ditambah lagi, bila nak memotong... tiba2 depan ada lubang. Memang haru!

Skill memandu di jalan lama sangat penting. Skill yang paling diperlukan ialah kebolehan mengagak distance kereta daripada arah bertentangan dan judgment untuk memotong. Kena sentiasa alert sebab ada kala nya orang yang cuba memotong tu tak celus dan mereka akan mula menghimpit kenderaan disebelah untuk masuk semula ke dalam lane. So, kena sentiasa memandang cermin dan gunakan guts feeling dalam sebarang tindakan. Agak2 tak confident untuk memotong, jangan... diulangi JANGAN memotong! Silap2 haribulan.. na'uzubillah..

OK, sepanjang perjalanan alhamdulillah tidak ada saat2 yang mencemaskan dan akhirnya kami berjaya sampai ke Ajil dengan selamat. 

Dah sampai, aku terus parking. Terserempak dengan beberapa orang rakan2 ofis yang on the way balik dah. Aku pun menuju ke khemah orang kahwin. Abe Gmie sedang sibuk melayan tetamu2 yang hadir.. kebanyakkan nya datang daripada jauh - ada rakan sekerja, ada ex-U dan ramai lagi lah. Aku suspek, semua orang sama teruja nya dengan aku atas perkahwinan Abe Gmie ini! Memang telah lama dinantikan.

Makanan ala buffet. Memang simple sahaja. Semuanya berasaskan daging lembu. Sup tulang, Gulai kawah daging, Labu masak lemak air, Ikan masin, Sambal belacan, Air sirap (air wajib orang kahwin) dan Nasi Putih. Memang sangat simple. Tapi, rasanya sangat compliment each other. Provided that, kena ambil semua lauk dan mesti ambil ikan masin serta sambal belacan tu. Memang best!

Cuma, tak boleh la aku nak melantak banyak sangat disebabkan oleh problem perut yang aku sebutkan tadi. Sekejap2 cik puan kpp akan jeling2 manja.. suruh aku stop dan beringat2kan perut yang mengelodak itu.

Lepas berborak2 dengan kawan2 lain yang ada.. aku gi bergambar dengan pengantin dalam rumah. Pengantin perempuan memang dok dalam rumah aje. Aku tak tau lah samada adat di Ajil macam gitu ke, atau pengantin perempuan malu nak mingle2 dengan kawan2 Abe Gmie. Kata cik puan kpp.. "Mungkin adat kat sini macam itu agaknya. Pengantin perempuan dok dalam rumah je". Entahlah.. wallah hu'alam..

Orang nya lawa.. pandai Abe Gmie memilih di Facebook ye!! hehe..

Oleh itu, aku ucapkan..

SELAMAT PENGANTIN BARU ABE GMIE & DIYANA

SEMOGA BERBAHAGIA!

AMIINNN..

Jam 2:00 petang, aku pun mengorak langkah untuk ke BGRC...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di kemasik - Google Blog Search

13 di kemasik - Google Blog Search


Pemuda PAS DUN <b>Kemasik</b>: Lensa Kamera <b>Di</b> Ops Al Falah II <b>di</b> UPU <b>...</b>

Posted: 26 Jun 2011 08:00 PM PDT

Sebahagian dari Muslimat DUN dan UPU FELDA Kerteh 5 tekun mendengar taklimat gerak kerja.

Dari kiri ; Pengarah PAS DUN Kemasik, Ustaz Alias Abdul Hamid, Setiausaha DUN, Roslan Endut, Pengarah UPU FELDA Kerteh 05, Ariffin Yusof di sessi taklimat gerak kerja Ops Al Falah di Surau Mujahiddin.

Saudara Ibni Hajjal, Pengarah UPU Tok Kaya, Kemasik turut hadir.

Ustaz Alias sedang menyampaikan sumbangan kepada seorang pesakit semasa sessi ziarah ke rumah.

Timbalan Pengarah DUN Kemasik, Amri Mamat sedang menyampaikan sumbangan kepada seorang warga FELDA Kerteh 05.

Pengarah PAS DUN Kemasik sedang menyampaikan sumbangan kepada seorang peneroka yang mengalami penyakit parkinson ketika menziarahnya di rumah.

Ustaz Maznan Chik dari Darul Syifa Cawangan DUN Kemasik sedang memberi kursus pendinding kepada para petugas Muslimat DUN Kemasik di Surau Mujahiddin.

Roslan Endut, Setiausaha PAS DUN Kemasik bersama Pengarah UPU FELDA Kerteh 05, Ariffin Yusoff.

Pasukan yang berjaya melangkah ke separuh akhir bergambar sebelum perlawanan bermula.

Pengarah PAS DUN Kemasik, Ustaz Alias (berdiri, 5 dari kanan) dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim (berdiri, 4 dari kanan) dan AJK - AJK UPU FELDA Kerteh 05 bersama pasukan yang berjaya masuk ke perlawanan akhir.

Ketua DPPKK, Pengarah PAS DUN Kemasik dan Setiausaha PAS DUN Kemasik sebelum acara penyampaian hadiah kepada para pemuda.

Pengarah PAS DUN Kemasik, Ustaz Alias Abdul Hamid sedang memberi ucapan kepada para pemuda yang menyertai pertandingan futsal.

Ketua Orang Muda Geng Kita Kawasan Kemaman, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim sedang memberi ucapan aluan kepada para pemain dan penyokong.

Pasukan yang muncul sebagai Juara bergambar bersama Pengarah PAS DUN Kemasik.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman sedang menyampaikan hadiah kepada salah seorang Pengurus Pasukan.

Pengarah PAS DUN Kemasik sedang menyampaikan hadiah kepada seorang Pengurus Pasukan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


SMK <b>Wakaf Tapai</b>: Latihan Dalam Perkhidmatan SMKWT tahun 2011

Posted: 04 May 2011 09:04 PM PDT

Pada hari Khamis lalu, 28 Mei 2011 SMK Wakaf Tapai telah mengadakan lawatan penanda aras ke Sekolah Menengah Vokasional Kangar, Perlis. Rombongan kami tiba di sana pada hari Jumaat, 29 Mei 2011 jam 9.30 pagi.

Rombongan guru dan staf sokongan SMK Wakaf Tapai tiba di SM Vokasional Kangar, Perlis.

Sebahagian barisan guru SMK Wakaf Tapai.

Semasa taklimat di bilik media SM Vokasional Kangar, Perlis. Ini antara barisan guru perempuan dan staf sokongan SMK Wakaf Tapai.

Barisan guru lelaki SMK Wakaf Tapai.

Sebagai tanda kenangan pengetua SMK Wakaf Tapai, En Mohd Nasir Mohd Yusof menyampaikan cenderamata kepada pengetua SM Vokasional Kangar, Perlis.

Sesi lawatan ke perpustakaan SM Vokasional Kangar, Perlis.

Salah satu sudut di ruangan perpustakaan.

Di dalam bilik mesyuarat SM Vokasional Kangar, Perlis.

Rombongan di bawa melawat ke bilik sejarah SM Vokasional Kangar, Perlis.

Di akhir majlis, pengetua SM Vokasional menyampaikan cenderamata kepada pengetua SMK Wakaf Tapai sebagai kenangan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di kijal - Google Blog Search

13 di kijal - Google Blog Search


Unit Promosi Kesihatan Kemaman: Karnival Kesihatan Mukim <b>Kijal</b>

Posted: 13 Jul 2011 04:34 PM PDT



KARNIVAL KESIHATAN BERSAMA MASYARAKAT PERINGKAT MUKIM KIJAL.

Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kijal Pemangkin Kerjasama Meningkat Tahap Kesihatan Penduduk.

Kijal - Karnival Kesihatan bersama Masyarakat yang julung-julung kali diadakan di Kijal telah mendapat sambutan lebih daripada 500 penduduk Kijal. Program yang telah dianjurkan oleh Penel Penasihat Kijal telah berlangsung selama 3 hari bermula dari 6 Julai dan berakhir 9 Julai telah dirasmikan oleh Dr. Iza Noor Ruaida bt. Deraman, Pegawai Perubatan dan Kesihatan Klinik Kesihatan Kijal mewakili Pegawai Kesihatan Daerah Kemaman.

Dr. Iza dalam ucapannya telah melahirkan perasaan amat gembira diatas kerjasama dari ahli-ahli panel penasihat klinik, agensi-agensi kerajaan dan penaja dalam mempastikan kejayaan program ini. Beliau amat bersyukur walaupun banyak halangan telah ditempuhi namum akhirnya program ini telah mencapai objektifnya. Beliau berkata tujuan utama karnival ini adalah bagi mempromosi program-program kesihatan dan mendapat penglibatan yang aktif dari semua pihak terutama masyarakat Kijal dalam penjagaan kesihatan yang baik. Pelbagai kemudahan dan perkhidmatan kesihatan yang diberikan oleh pihak kerajaan sepatutnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat setempat.

Karnival ini merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan oleh panel penasihat yang terdiri pemimpin-pemimpin masyarakat dan individu yang merupakan badan penasihat kepada Klinik Kesihatan kijal. Program ini juga sebagai satu sahutan kerajaan bagi mendekati dan memahami kehendak masyarakat dan seterusnya memberi perkhidmatan "turun padang" kepada penduduk.

Terdahulu dalam ucapan pengerusi panel penasihat, En. Mohd Yusof Muhamad telah menyeru kepada penduduk agar dapat menjaga kesihatan dan membuat pemeriksaan secara berkala di kemudahan kesihatan yang telah disediakan. Masalah penyakit akan timbul mengikut perubahan usia seperti penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung dan sebagainya. "Jika tiada kesedaran yang tinggi dalam penjagaan kesihatan dan amalan hidup yang sihat maka penyakit-penyakit ini akan mudah dihidapi oleh kita"

Pada Majlis ini beliau bersama pengerusi panel penasihat dan penghulu mukim Kijal telah menyempurna majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang hadiah yang dipertandingkan. Pelbagai aktiviti telah diadakkan seperti Forum Kesihatan, ceramah kesihatan, senamrobik, pameran kesihatan, persembahan kebudayaan, pertandingan rumah sihat, pertandingan mewarna, pertandingan memasak, pakaian beragam, sukaneka, bola jarring dan bola sepak. Selain itu masyarakat Kijal juga berpeluang menjalani pemeriksaan darah bagi pemeriksaan penyakit Filiriasis (untut) dan pameran mengenainya yang disediakan . Menurut Dr. Iza program pemberian ubat filiriasis telah dijalankan sejak bulan April yang lepas di Kawasan Kijal dan Ulu Chukai bagi membasmi penyakit ini. Beliau berharap penduduk di kawasan mukim ini dapat memberi kerjasama dalam program filiriasis terutama dalam pengambilan ubat dan pemeriksaan darah yang dijalankan disebelah malam di kawasan mukim ini.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads