Sabtu, 19 Mei 2012

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


life of ctZue: Saya ada passport..Awk ada..?

Posted: 15 May 2012 03:23 AM PDT


Kalo korang nak tau kan..nak masuk satu tempat ni kat dalam kawasan kuala terengganu, perlu menggunakan passport jugak. Kalo takde passport kira ko takleh masuk. Ngengada betul la tempat tu. Penat je aku g wat passport.
Ni la rupanya passport tu.

Passport nak masuk Taman Tamadun Islam la.. :P

 Siap kena cop lagi masa nak masuk dan keluar.
Sebenarnya sabtu last week kenduri sambut menantu sepupu kami kat Padang Midin. So dah alang2 mak abah dah ada kat kuala terengganu, kami bawak la berjalan ke Taman Tamadun Islam, dekat je dengan rumah kenduri. En.asben pon tak pernah masuk lagi, so aku la jadi tourist guide..Eleh..Padahal tourist guide pon tak reti gak...hiks.
Eh, nak cite pasal kenduri sambut menantu kat belah terengganu jap. Adat kat belah sini, kalo kenduri sambut menantu, orang kampung memang datang jumpa menantu dan bagi duit. So, keluarga belah kedah macam : Oooo memang macam ni eh.. aku jawab: Ha'ah..memang pon. so menantu yang dapat banyak duit..kaya jap sepupu aku..hehe
 Paling kiri dan kanan adalah adik beradik tapi macam dah macam kembar.

 Masa ni kaklang, yang paling kanan tu, suruh anak dara dia yang amekkan gamba. tu yang jauh sikit..hehe

Ok..berbalik kepada cerita passport tadi.
Taman Tamadun Islam ni terletak di Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang, Kuala Terengganu.
Entrance fee for Monument Park:
Children ( Age 7-12 years): rm8
Children (Age 6 and below): free
Ada jugak river cruise.Mula2 kami ingta nak amek package sekali dengan river cruise. tapi sebab kami datang tu dah petang dalam pukul 4 lebih, bila la nak ber"cruise" lagi sebab nak pusing momunent dalam tu lagi, terus tak jadi.
Ticket fee for  river cruise:
Children ( Age 7-12 years): rm10
Children ( Age 4-6 years): rm5
Children (Age 4 and below): free
Kalo korang nak tau lagi detail pasal river cruise dan taman tamadun islam ni, please check this out . Tak kuasa aku nak tulis panjang2 pasal ni.
Kat dalam Monument Park tu, kita boleh pilih nak ronda naik apa, samada basikal, buggy car ataupun train. eh, nak berjalan pon boleh, tapi ko akan berpeluh sampai ke kaki la..hahaha
 abah dan mak. Oh..passport kaler biru yang mak pegang tu adalah untuk senior citizen dan children.
 Yang ni tak salah aku replika masjid kat jawa Tengah kot.
Actually banyak gamba monumen yang aku tak sempat nak amek. laju gak la dengan gerak2 goyang2 lagi kan. Tak kuasa dah. Ada beberapa tempat yang tren tu akan stop dan ko boleh masuk tempat tu. Contohnya macam kat Taj Mahal. Kemain dah sampai India. hahaha. Kat atas tu ada replika taj mahal dan bawah tu tempat pameran dan video. Masa tayangan video tu aku dah lena2 dan sebab macam tengok wayang je kan. tambah pulak penat. bila habis tayangan, lampu bukak, mata aku pon merah2. batu bangun tido maa..
 
 Taj mahal. Aku amek gamba curik2..tehee
 Yang ni pulak kat dalam kubah As-Sakhrah, baitul Muqqaddis, Palestin. Jauh mak abah jalan :P
 Agak musykil aku camne en.asben boleh muat dalam ni... :P sayang, ilusm

Dah penat meronda dalam monument park tu, wajib lah singgah ke masjid kristal. Mak dan abah nak sembahyang asar, aku dan en.asben dah siap jamak kat homestay. So sementara tunggu mak abah semayang, kami bergambar sakan la. 

 macam poskad je aku tengok gamba ni

 Jeles. so aku menyibuk tengah2 mereka..haha

 Masa untuk pulang kemaman.

Apa masalah awk ni..hahaha :P

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Penjenayah Mati Ditembak | Qalish.com

Posted: 19 May 2012 10:44 AM PDT

19/05/2012 21:00:00

Please note that to view this content requires you to have Javascript enabled, and the Flash plugin (get it at http://get.adobe.com/flashplayer/) or HTML 5 compliant browser able to MP4.

Seorang lelaki yang diburu polis kerana terbabit dalam pelbagai jenayah termasuk kes bunuh di Taman Melawati, ibu negara baru-baru ini, mati ditembak di Lebuh Raya Pantai Timur, LPT awal pagi tadi.

Dalam kejadian di susur masuk tol Jabor itu, seorang anggota polis Unit Peronda Lebuh Raya LPT turut cedera terkena tembakan.

DATUK SHARIFUDIN ABDUL GHANI/KETUA POLIS PAHANG
"Suspek ini apa yang ada pada dia adalah sejenis pistol semi auto 9mm jenis Bareta dan juga lesen memandu, alamatnya di bandar Sentul."

Suspek dikenali sebagai Chang Hong Kim, 39 tahun dari Bandar Sentul, Kuala Lumpur.

Dia sebelum itu bertindak menembak dua anggota polis yang memeriksa keretanya di susur masuk tol Lanchang menghala ke Kuantan.

Tembakan itu bagaimanapun tersasar.

Dia kemudian merampas kenderaan polis dan bertindak melarikan diri.

Sebuah kereta peronda lebuh raya yang kebetulan melalui kawasan kejadian bertindak mengejar suspek.

Ketika tiba di KM 113.6, suspek sekali lagi merampas sebuah kereta Waja dan melarikan diri ke arah tol Jabor.

Suspek bagaimanapun berpatah balik arah Kuala Lumpur selepas menyedari polis membuat sekatan di tol Jabor.

Sebaik tiba di KM 249.2, penjenayah berkenaan menghentikan kenderaan dan melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah polis.

Seorang anggota polis, Lans Koperal Mohd Jarizan Md Jid cedera di tangan kanan akibat terkena tembakan.

Suspek yang turut terkena tembakan di lengan kanan, disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.


TV3 Stesyen TV Portal Pertama

Tags: , ,

Lagi Berita: Penjenayah ditembak mati, polis cedera

Posted: 19 May 2012 02:16 AM PDT

KUANTAN - Seorang penjenayah yang melarikan kenderaan polis ditembak mati dalam satu kejadian tembak-menembak di KM 249.2 dekat Jabor di sini, awal hari ini.

Suspek, Chiang Hon Hing, 39, berasal dari Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur mati akibat terkena tembakan di perut.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata, suspek sebelum itu bertindak melarikan kenderaan anggota peronda trafik Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), di jalan susur masuk ke tol Lanchang menghala ke Kuantan.

"Kira-kira 1.10 pagi, dua anggota peronda trafik LPT telah membuat pemeriksaan ke atas kereta suspek yang berhenti di tepi jalan susur masuk tol Lanchang menghala ke Kuantan.

"Semasa pemeriksaan, tiba-tiba suspek mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan tembakan ke arah anggota polis berkenaan tetapi tidak mengenai anggota peronda terbabit," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, suspek kemudiannya melarikan kenderaan polis itu manakala sebuah lagi kereta peronda LPT yang melalui kawasan berkenaan bertindak mengejar suspek yang menghala ke Kuantan.

"Sampai di KM 113.6, suspek telah berhenti di tepi LPT dan menyamun sebuah kereta Proton Waja yang dinaiki dua lelaki. Kedua-dua lelaki berkenaan tidak dicederakan," katanya.

Sharifuddin berkata, suspek terus melarikan diri sehingga ke Tol Jabor dan apabila ternampak sekatan jalan raya di situ, dia bertindak berpatah balik menghala ke arah Kuala Lumpur.

Katanya apabila tiba di KM 249.2 dekat Jabor, suspek memberhentikan kenderaannya yang dipercayai mengalami kerosakan dan ketika diperiksa oleh anggota peronda trafik LPT, dia bertindak melepaskan tembakan yang mengenai tangan kanan Lans Koperal Mohd Jarizan Md Jid.

"Polis berjaya menembak mangsa di bahagian perutnya dan disahkan mati ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan (HTAA)," katanya.

Beliau berkata, polis turut menemui sepucuk pistol jenis Baretta, yang digunakan suspek dalam kejadian berbalas tembakan itu.

"Siasatan awal mendapati suspek terbabit dalam beberapa kes jenayah sebelum ini seperti curi kereta dan dadah. Kereta jenis Honda yang digunakan suspek di Lanchang itu juga adalah kenderaan curi yang dilaporkan hilang malam tadi," katanya.

Sementara itu, Mohd Jarizan ketika ditemui di HTAA berkata, dia bersyukur kerana selamat dalam kejadian tembak-menembak itu. - Bernama

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


English Campaign peringkat daerah ~ SEKOLAH KEBANGSAAN <b>...</b>

Posted: 12 May 2012 08:34 AM PDT

English Campaign peringkat daerah telah diadakan di SK Jerangau. SK Bukit Besi telah terpilih bagi kategori action song, dan walaupun tidak mendapat sebarang tempat tapi kita telah memberikan persembahan yang baik dan boleh dibanggakan.







































ads