Isnin, 19 November 2012

13 di seberang takir - Google Blog Search

13 di seberang takir - Google Blog Search


Firdaus Shope: <b>Seberang Takir</b>

Posted: 09 Oct 2012 05:26 PM PDT

Sudah tiga hari berada di Seberang Takir, Terengganu. Jika dilihat pada nama, mungkin tiada apa-apa. Sama sahaja dengan nama-nama tempat lain. Begitulah pandangan kita seandainya kita hanya melihat dengan mata fizikal sahaja. 
Bezanya tidak banyak barangkali. Namun, nikmat berada di tempat-tempat berbeza adalah di antara nikmat yang tidak mampu saya dustakan. Seolah-olah Tuhan mahu membuka mata fizikal saya untuk melihat tempat lain agar untuk disyukuri.
Sebahagian daripada kita, mungkin telah tiba di pelbagai tempat. Di dalam mahupun di luar negara. Pasti cerita-cerita menarik ada padanya. Di situ jugalah pengalaman-pengalaman baharu diperolehi. Benarlah kata pepatah, "Jauh berjalan, banyak pengalaman."
Berada di Seberang Takir dengan misi membangunkan potensi diri serta memandaikan ummah, bukan calang-calang misi. Visi dan misi yang amat dituntut oleh agama sendiri. Tidakkah Tuhan sentiasa menyuruh agar kita melakukan kebaikan dan perubahan? Kebaikan dan perubahan tidak mampu dicapai seandainya kita selesa dengan keadaan yang ada pada hari ini. Jika hari ini sudah satu kebaikan yang telah kita lakukan, kita tidak boleh berasa cukup dengan satu kebaikan tersebut. Kita digalakkan untuk menambah kebaikan tersebut kepada dua, tiga dan seterusnya. 
Analoginya mudah sahaja, kebaikan tersebut tidak mampu ditambah seandainya tidak disertai dengan perubahan. Perubahan sendiri membawa maksud tidak statik, anjal, sifatnya dinamik dan pelbagai lagi. Mudah kata ia perlu 'bergerak.'
Visi besar untuk memandaikan ummah tidak akan tercapai jika diri sendiri tidak mahu berubah dan bergerak. Ummah yang hebat ialah ummah yang lengkap dan dipenuhi dengan kebaikan. Kita tidak senang jika di sekeliling kita dipenuhi dengan keburukan serta kejahatan, bukan? 
Di Seberang Takir inilah titik tolak untuk melakukan perubahan. Perubahan perlu disertai dengan niat yang betul dan baik, disusuli dengan pelan bertindak yang bagus dan akhir sekali mulakan bertindak penuh komited. Sesekali jangan lupa untuk terus berdoa agar segala usaha yang dijalankan disertai dengan 'berkat' dan 'rahmat-Nya.'
Pengalaman berada di Seberang Takir pasti menjadi memori terindah dan ia pasti sukar dilupakan kerana selain pengalaman makan nasi dagang ikan 'tongkol' dan berada di Teluk Ketapang pada waktu petang, saya dianugerahkan pengalaman bertemu dengan insan-insan hebat yang mempunyai visi besar untuk memandaikan ummah.
Semoga visi serta misi tiga hari di Seberang Takir mampu mencipta kebaikan untuk diri dan ummah. Sesungguhnya nikmat berada di sini adalah nikmat untuk disyukuri, bukan untuk dipersiakan.
Seberang Takir, saya pasti kembali lagi!

13 di setiu - Google Blog Search

13 di setiu - Google Blog Search


Rakaman video ceramah Anwar Ibrahim <b>di Setiu</b>: Makna Hijrah <b>...</b>

Posted: 19 Nov 2012 07:14 PM PST

[unable to retrieve full-text content]This entry was posted on November 20, 2012 at 3:14 am and is filed under Malaysia news with tags Anwar Ibrahim. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed You can leave a response, or trackback from your own ...

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Diari Anak Timur: Beraya Haji <b>Di Besut</b>

Posted: 30 Oct 2012 09:29 PM PDT

Raya Haji hari ke dua, Ambe, Ayah, Mok Na dan Suami, Along satu family pergi beraya di rumah Mak Long di Kampung Tok Do. Best betul makan tapai pulut kat rumah Mak Long.. sangat manis..pekatnya rasa kat tekak. Nak minta bawa balik ya Mak Long, tapai ni..sedap sangat..

Sedap betul tapai Mak Long


Selepas bertandang ke rumah Mak Long, kami bertolak ke rumah Mak Cik kat Felda Selasih.. dihidang pula keropok lekor.. perut tengah lapar, makan jer.. perjalanan pulang dari rumah Mak Cik kat Selasih, kami singgah tepi jalan Felda Selasih untuk memetik Pucuk Asam Gelugur... di mana pokok gelugur itu direzabkan untuk siapa2 pun boleh mengambilnya... Mak yang pesan suruh kitorg singgah petik pucuk gelugur nak masak gulai ikan katanya...

Makan keropok di rumah Mak Cik Selasih

Petik Pucuk Gelugur

Perjalanan pulang, kami lalu jalan tepi pantai iaitu melalui Pantai Merang.. tekak dah haus, kami singgah pula kedai tepi pantai Merang menikmati Air Kelapa, Ikan Celup Tepung, Udang dan Sotong Celup Tepung dan Keropok Lekor... seronok betul... dah lama tak keluar macam ni bersama keluarga... lain kali boleh singgah lagi.. Insya Allah...

Seronok Lepak Satu Family

Satu Biji Buah Kelapa Mudah.. Best!!!

13 di jerangau - Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search


Paras Air <b>Di</b> Perak, Selangor, Sarawak Melebihi Tanda Amaran - Sikit

Posted: 12 Nov 2012 11:41 AM PST


KUALA LUMPUR: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta penduduk di kawasan sekitar Sungai Kinta, Tanjung Tualang, Kinta, Perak berwaspada kerana paras air kini melebihi tanda amaran susulan hujan lebat.

We also give some image about paras air di perak selangor sarawak melebihi tanda amaran jps hope you like this, we got this images from arround the web using this related keywords paras air compressor, paras air tasik galilee, paras air sungai, paras air pasang surut, paras air empangan timah tasoh, paras air sungai kelantan, paras air sungai perlis, paras air ketuban normal, paras air sungai mada, paras air, paras air di perak selangor sarawak melebihi tanda amaran jps .

gangguan bekalan air di jerangau berpunca paras air sungai surut paras air di perak selangor sarawak melebihi tanda amaran jps 480x360

gangguan bekalan air di jerangau berpunca paras air sungai surut image by article.wn.com

banjir di hilir perak 181 penduduk dipindahkan perak sinar harian paras air di perak selangor sarawak melebihi tanda amaran jps 400x300

banjir di hilir perak 181 penduduk dipindahkan perak sinar harian image by www.sinarharian.com.my

mangsa banjir di pusat pemindahan kampar berkurangan worldnews paras air di perak selangor sarawak melebihi tanda amaran jps 480x360

mangsa banjir di pusat pemindahan kampar berkurangan worldnews image by article.wn.com

korban banjir lebih 500 pusat bandar bangkok dalam bahaya paras air di perak selangor sarawak melebihi tanda amaran jps 480x360

korban banjir lebih 500 pusat bandar bangkok dalam bahaya image by article.wn.com

Perkaya Bina Sekolah Menengah Tahfiz <b>Di</b> Marang Dan <b>Jerangau</b> <b>...</b>

Posted: 10 Aug 2012 09:09 PM PDT

KUALA TERENGGANU, 10 Ogos (Bernama) — Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Terengganu (Perkaya) bakal memiliki dua buah sekolah menengah tahfiz yang dinamakan Institut Tahfiz Perkaya yang dijangka dibina mulai awal tahun depan.

Yang Dipertua Perkaya Datuk Dr Tengku Mahmud Mansor berkata sekolah tahfiz itu akan dibina di Marang dan Jerangau di Hulu Terengganu dengan setiap sekolah akan menelan kos kira-kira RM2 juta dengan kapasiti 500 pelajar.

Katanya penubuhan sekolah itu diharap dapat membantu anak-anak yang tidak bernasib baik untuk mendapat pendidikan serta diharap dapat menyaingi pelajar lain dengan keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.

"Konsep sekolah yang kita bina ini sama seperti sekolah yang lain iaitu pelajar akan menumpukan pada akademik dan kokurikulum di samping menumpukan kepada tahfiz," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sebelum ini anak-anak yatim yang menghuni asrama Perkaya akan dihantar ke sekolah harian biasa namun selepas sekolah itu siap kelak, Perkaya akan menguruskannya sendiri dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia.

– BERNAMA

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


Keajaiban Dunia <b>di Hulu Terengganu</b> : Wanita Sumbang Mahram <b>...</b>

Posted: 17 Sep 2012 10:59 PM PDT

"Pagi tadi saya pergi beraya di Balai Polis Kuala Berang, dia berbisik kepada saya … Ustaz tahu tak … SUK (Setiausaha Kerja) Bahagian UMNO Hulu Terengganu kena tangkap, (sekarang) ada di lokap. Beristeri dua orang dah, tapi dia lakukan sumbang mahram dengan anak tirinya. Lepas siasat, betul sungguh beranak doh anak tiri tu."

Itu sedutan ceramah Naib Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzaman Abdullah di Kampung Banggol Binjai, Tepoh, Kuala Terengganu pada 9 September lalu.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Hulu Terengganu ketika dihubungi  portal berita pro-PAS, BuletinOnline pada 11 September sekali lagi mengesahkan perkara tersebut dan artikel bertajuk "Setiausaha Kerja UMNO Hulu Terengganu Ditahan Polis" disiarkan pada hari sama, 11 September.

TerengganuToday percaya ketika Ustaz PAS itu menceritakan kisah 'bisikan' tersebut kepada pengikut totok di Banggol Binjai, berkembang hidung dan 'jubur' pemuda PAS itu kerana berjaya menjadi orang pertama dapat menyebarkan berita sensasi itu.

Cerita yang telah tersebar luas di internet itu ada nilainya tersendiri yang seronok untuk dibanggakan lebih-lebih lagi bila melibatkan parti lawan iaitu UMNO.

Sebenarnya, TerengganuToday rasa agak aneh bin ajaib kerana dengan hanya sumber 'bisikan' pun sudah cukup untuk Kamarulzaman Abdullah yang dipanggil Ustaz itu mempercayainya sehingga turut mempengaruhi para blogger atau facebooker cap parti PAS yang sudah sedia bebal dan akal sejengkal termasuklah pengamal media di BuletinOnline.

Tidak hairanlah begitu banyak fitnah dan adu domba bertebaran sejak wujudnya parti PAS di atas muka bumi ini, rupanya sumber 'bisikan' sosek-sosek yang tidak tahu hujung pangkal pun sudah menjadi rujukan utama Ustaz dan penyokong PAS.

Perkara luar tabie sedemikian jika berlaku membabitkan mana-mana pemimpin UMNO, TerengganuToday yakin perbuatan itu tidak disokong oleh ahli serta penyokong parti, yang salah tetap salah dan wajib disiasat serta dihukum jika terbukti bersalah.

Hakikatnya, SUK UMNO Hulu Terengganu bukanlah seorang lelaki sebaliknya jawatan itu sejak lebih lima tahun lalu disandang oleh seorang wanita bernama Kamariah Awang, 37 tahun.

Diulangi, SUK UMNO Hulu Terengganu adalah wanita merangkap seorang perempuan juga dikenali sebagai kaum hawa.

Persoalan, yang menuntut Ustaz PAS, Kamaruzaman Abdullah dan para blogger bebal PAS jawab ialah, bagaimana seorang SUK berjantina perempuan mampu menyebabkan anak tiri perempuannya mengandung dan melahirkan anak?

Cukup unik! Keanehan paling unik di zaman moden ini tidak mungkin berlaku di negeri atau negara lain, hanya ada di Hulu Terengganu gara-gara bengap seorang Ustaz PAS.

Kalau ini bukan fitnah, mungkin penipuan atau pembohongan. Mungkin bagi penyokong PAS, apa saja yang terkeluar dari mulut Ustaz PAS seperti Ketua Pemuda PAS Hulu Terengganu itu merupakan tazkirah agama.

Apa yang misteri, siapa yang berbisik kepada Ustaz PAS itu?

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search


Blog Luqman Zakaria: Kenangan manis KAU dan AKU : <b>Pulau Kapas</b>

Posted: 01 Aug 2012 09:17 AM PDT

kepada pembaca arepnakbebel.com semua. entry ini merupakan entry imbas kembali. aku tak pasti samada aku pernah update pasal nih atau pon tak sebab banyak sangat entry. Singat aku, aku pernah update tapi bila aku search tade pulak. mungkin aku search guna keyword yang salah atau pon entry tuh hilang tanpa khabar. gituh kan. so anyway, pulau kapas ni terletak di terengganu ..ikang ikang ikang!. 
mampu posing jer kat atas banana boat! nak naik yang betul betul punyer tak dapat..kire ok what! kan..ermm.nih merupakan salah satu trip yang aku follow time diploma dulu.Pulau Kapas atau nama mat sallehnye ialah Cotton Island..pengalaman ke pulau kapas memang syok sampai aku di chop sebagai Negro! yelakan..kulit dah la gelap plus sunburn lagi..dah macam kek chocolate jer.
snorkelling! salah satu aktiviti yang kitorang buat kat Pulau Kapas nih..walau pon aku tak pandai berenang macam duyung..aku tetap gigih nak ber snorkelling..bende yang paling extreme aku buat.. pegang tali jer..yang lain semua berenang bak duyung yang cantik..aku pulak setia kat tali tuh jer. T__T.sedih woo..
selain dari snorkelling..kitorang ada main volleyball..seronok giler walaupon tak berapa nak pandai main, kitorang tetap bagi support..cer tengok cuaca..panas terik kot..mana tak makin gelap kulit kulit yang mulus nih! eh! mulus ke? oh yer! snorkelling dan volleyball agak extreme..jadi kitorang tukar game..game ini dinamakan "duyung duyung cantik!! cantek ke??? ".
taraaa! ini lah game duyung duyung tuh..SWEET kan.. >_<! LOL!
kitorang stay kat pulau kapas satu hari jer..lepas tuh..kitorang ronda ronda satu terengganu..makan nasi kukus..pergi melawat masjid kristal..singgah ke mana ntah nama tempat tuh untuk beli keropok losong..keropok losong terengganu..terbaikkk lah! sekali makan..sure nak lagi.oklah..sampai sini jelah aku taip! okbai..Ganu kite!

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


Blog Aku Dan Dunia: Masjid Kristal,<b>Pulau Wan Man</b>,Terengganu

Posted: 22 Jun 2012 08:32 AM PDT

Masjid Kristal atau nama inggerisnya Crystal Mosque ialah sebuah masjid yang terletak di Pulau Wan Man berdekatan dengan Taman Tamadun Islam.
Masjid Kristal 2

Masjid Kristal

Annawawiy&#39;s Site - Patrick Badawi dan kontrak 8 tahun, Tuanku <b>...</b>

Posted: 31 Mar 2008 05:56 PM PDT

"umar faruqi" faruqi03@yahoo.com

Posted on Sunday, March 30 @ 20:07:54 MYT by greenboc
Maklumat Oleh ipacat

"a
Pembolotan projek-projek di Terengganu oleh kroni-kroni Perdana Menteri bukanlah satu rahsia lagi. Projek Monsoon Cup di Pulau Duyung dan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man sememangnya diketahui dikawal selia oleh Patrick Lim. Beliau begitu bebas bermaharajalela di Terengganu kerana mendapat 'endorsement' dari Pak Lah, Khairy dan Idris Jusoh.

Dengan dana yang cukup besar, RM 270 juta untuk pembangunan di Pulau Wan (malah ada sumber mendakwa belanja berkali ganda lebih besar) dan RM 300 juta setahun untuk Monsoon Cup, mereka membahagi-bahagikan duit rakyat itu sesuka hati mereka. Seperti Ali Baba dan 40 penyamun lagaknya.

Namun, rakyat yang dihidangkan dengan segala janji manis dan cerita panglipurlara, kini tidak lagi termakan dengan sandiwara mereka. Satu persatu penyelewengan terbongkar. Bangkai besar yang cuba dikambus mereka, akhirnya bau busuknya terhidu juga.
Dato' Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga Pengerusi Institut Kajian Polisi Negeri (IKPNT) menyatakan bahawa pihak PAS Terengganu mempunyai maklumat tentang beberapa tatacara kewangan yang agak pelik berlaku didalam pengurusan pembangunan Pulau Duyong dan Pulau Wan Man.

"Antaranya adalah penglibatan

Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu(PERMINT) sebagai badan penyaluran Wang Ehsan kepada projek-projek di Pulau Duyong dan Pulau Wan.
"Wang Royalti atau Wang Ehsan tidak masuk kedalam akaun negeri, tetapi disalurkan terus melalui akaun PERMINT kepada projek-projek tersebut," kata Dato' Abu Bakar Chik seperti yang dipetik dalam Tranungkite.

Menurut maklumat yang saya terima dari "tok faqir" yang rapat dengan sumber istana, benarlah bahawa Patrick Lim yang membolot projek-projek Taman Tamadun Islam (termasuk Masjid Kristal) di Pulau Wan Man dan Monsoon Cup di Pulau Duyung, telah menyerahkan pengurusan kedua-dua pulau itu kepada PERMINT.

Persoalannya, bagaimanakan sebenarnya duit yang begitu besar itu diurus dan dibelanjakan? Adakah yang masuk ke dalam poket lebih banyak dari kos perbelanjaan sebenar?

Adapun Patrick Badawi (meminjam gelaran oleh Tun Mahathir) akan terus memonopoli penganjuran Monsoon Cup untuk selama 8 tahun lagi! Ini merupakan perjanjian kontrak yang telah dimeterai Patrick Badawi dengan Idris Jusoh. Oleh itu, Monsoon Cup ini tidak boleh dihentikan kerana terikat dengan kontrak yang dirangka sebegitu rupa, yang sudah tentu telah mengambil kira kepentingan diri masing-masing dalam agenda perompakan duit rakyat.

Bayangkan, RM 300 juta setahun untuk penganjuran Monsoon Cup oleh Patrick Badawi selama 8 tahun! Banyaknya duit yang 'dibahamnya'. Malang sungguh nasib rakyat Terengganu, dirompak harta mereka, digula-gulakan dengan slogan tinggi melangit… namun yang pasti Terengganu terus kekal menjadi negeri kedua miskin di Malaysia selepas Sabah, dan bermakna paling miskin di Semenanjung Malaysia walaupun kaya dengan hasil petroleum!

Namun berita yang agak menggembirakan diberitahu "tok faqir" ialah Tuanku Sultan sekarang ini 'mendesak' agar segala urusan yang berkaitan dengan agama Islam di Terengganu, hendaklah dikembalikan sepenuhnya di bawah baginda. Sejak ia diambil alih kuasanya di zaman Tun Mahathir dulu, rakyat dapat melihat bagaimana hal-ehwal agama khususnya di Terengganu semakin huru hara. Tangan-tangan politik Umno/BN bertindak sewenang-wenangnya dalam urusan berkaitan agama.

Sebagai contoh, JKKK berkuasa menentukan imam, bilal untuk surau dan masjid. JKKK 'berkuasa' memecat mereka, menghalang kuliah-kuliah agama, ceramah dan sebagainya. Mereka rela masjid dimakmur kerbau lembu daripada dimeriahkan dengan majlis-majlis ilmu.

AJK masjid diatur rapi agar puak-puak umno yang dilantik. Walaupun datang masjid hari jumaat sahaja, ia dilantik juga sebagai AJK. Kadang-kadang jadi imam pun, bacaan, makrai, tajwidnya diragui. Malah terbayang-bayang pada belakang tuan imam tu lambang dacing pada t-shirt yang dipakai di sebalik jubah yang dipakainya tu.

Nyata sekali, politik hasad dengki, busuk hati, nafsu mazmumah, dendam kesumat merajai keputusan-keputusan dalam perkara kemaslahatan agama. Akhirnya, berlaku pelbagai kepincangan dalam struktur pembangunan agama dan masyarakat.

Kami berharap dan berdoa, Tuanku Sultan akan terus bertegas dalam soal ini. Sebagaimana kami berdiri dibelakang Tuanku dalam krisis perlantikan MB Terengganu, begitu jugalah dalam soal ini. Jika urusan agama terus berada di tangan manusia yang bertuhankan nafsu dan bersifat munafik, nescaya rakyat dan negeri akan terus dilorongkan ke jurang kebinasaan.

Kami tidak sanggup lagi melihat muka-muka penderhaka itu menjadi penentu dalam soal-soal keagamaan di negeri kami. Hati busuk dan perut kotor mereka itu tidak akan menghasilkan kebaikan dalam segala tindakan yang dibuat. Walau zahir mungkin nampak cantik, tapi di sebaliknya penuh dengan yang buruk dan hodoh. Tengoklah masjid Kristal tu!


Wahai rakyat Terengganu, perjuangan kita masih belum selesai!


Daulat Tuanku!

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

13 di kemasik - Google Blog Search

13 di kemasik - Google Blog Search


TEGANUKI TA: IKBN <b>Kemasik</b> turut beri manfaat kepada masyarakat <b>...</b>

Posted: 03 Oct 2012 11:56 PM PDT

Oleh: Suriati Ali


Kewujudan Institut Kemarihan Belia Negara (IKBN) Kemasik, Kemaman bukan saja menawarkan kursus berkaitan kepada pelajar malah turut memberi faedah kepada masyarakat setempat berikutan menawarkan kursus-kursus kemahiran jangka pendek dan berpeluang menggunakan kemudahan di institut itu.

Menteri Belia dan Sukan, Dato' Seri Shabery Cheek, berkata apa yang ditawarkan kepada penduduk, terutama suri rumah dan ibu tunggal seperti kursus memasak, menjahit, membuat kek dan pastri itu mampu mengubahkan graf kemiskinan keluarga kepada kehidupan lebih selesa.

"Selain itu, kemudahan peralatan sukan, dewan asrama turut boleh diguna pakai oleh masyarakat luar sebagai inisiatif melahirkan individu sihat dan gemar bersukan," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian IKBN Kemasik, Kemaman, hari ini.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan IKBN itu sempena sambutan Hari Keputeraan ke-50 baginda.

Penubuhan IKBN tersebut merupakan satu bukti kecaknaan kerajaan terhadap golongan belia di negara dalam usaha menyediakan pelbagai latihan dalam memberi nilai tambah kepada golongan itu.

Dato' Seri Shabery turut memberitahu melalui IKBN Kemasik golongan belia mampu mencipta kejayaan dan kecemerlangan dalam bidang kemahiran dan mampu menempatkan diri dalam sektor perindustrian yang berkembang pesat di negara pada masa ini.

"Kita berharap dengan kemudahan seperti ini dapat dimanfaat golongan muda untuk menempatkan diri mereka di dalam bidang perindustrian dan kerjaya-kerjaya lain apatah lagi di IKBN Kemasik turut menawarkan fokus kerjaya yang jarang dikenali sebelum ini iaitu kedi.

" Ia dikendalikan di bawah Akademi Kemahiran Belia Golf yang kini telah pun melahirkan kira-kira 50 kedi dan telah mendapat pekerjaan di seluruh kelab golf di negara.

 "Selain itu, bidang-bidang seperti perhotelan juga merupakan satu bidang yang semakin mendapat tempat di dalam industri dan saya berharap pada masa akan datang IKBN dapat membina sebuah hotel latihannya sendiri yang dilengkapi dengan kemudahan terbaik serta menjadi tanda aras kepada sekolah-sekolah perhotelan lain," katanya.

 

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


Jaguh-jaguh Silat SK <b>Bukit Besi</b> ~ SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT <b>...</b>

Posted: 18 Nov 2012 04:08 AM PST

Seiring dengan sekolah yang beperwatakan silat, ramai jaguh-jaguh silat berjaya dilahirkan di Sk Bukit Besi, sehingga ade yang ke peringkat kebangsaan. Di bawah bimbingan guru silat merangkap guru kaunseling, hampir setiap tahun melahirkan wakil ke pertandingan peringkat kebangsaan. Tahniah diucapkan










ads