Isnin, 19 November 2012

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


Blog Aku Dan Dunia: Masjid Kristal,<b>Pulau Wan Man</b>,Terengganu

Posted: 22 Jun 2012 08:32 AM PDT

Masjid Kristal atau nama inggerisnya Crystal Mosque ialah sebuah masjid yang terletak di Pulau Wan Man berdekatan dengan Taman Tamadun Islam.
Masjid Kristal 2

Masjid Kristal

Annawawiy&#39;s Site - Patrick Badawi dan kontrak 8 tahun, Tuanku <b>...</b>

Posted: 31 Mar 2008 05:56 PM PDT

"umar faruqi" faruqi03@yahoo.com

Posted on Sunday, March 30 @ 20:07:54 MYT by greenboc
Maklumat Oleh ipacat

"a
Pembolotan projek-projek di Terengganu oleh kroni-kroni Perdana Menteri bukanlah satu rahsia lagi. Projek Monsoon Cup di Pulau Duyung dan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man sememangnya diketahui dikawal selia oleh Patrick Lim. Beliau begitu bebas bermaharajalela di Terengganu kerana mendapat 'endorsement' dari Pak Lah, Khairy dan Idris Jusoh.

Dengan dana yang cukup besar, RM 270 juta untuk pembangunan di Pulau Wan (malah ada sumber mendakwa belanja berkali ganda lebih besar) dan RM 300 juta setahun untuk Monsoon Cup, mereka membahagi-bahagikan duit rakyat itu sesuka hati mereka. Seperti Ali Baba dan 40 penyamun lagaknya.

Namun, rakyat yang dihidangkan dengan segala janji manis dan cerita panglipurlara, kini tidak lagi termakan dengan sandiwara mereka. Satu persatu penyelewengan terbongkar. Bangkai besar yang cuba dikambus mereka, akhirnya bau busuknya terhidu juga.
Dato' Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga Pengerusi Institut Kajian Polisi Negeri (IKPNT) menyatakan bahawa pihak PAS Terengganu mempunyai maklumat tentang beberapa tatacara kewangan yang agak pelik berlaku didalam pengurusan pembangunan Pulau Duyong dan Pulau Wan Man.

"Antaranya adalah penglibatan

Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu(PERMINT) sebagai badan penyaluran Wang Ehsan kepada projek-projek di Pulau Duyong dan Pulau Wan.
"Wang Royalti atau Wang Ehsan tidak masuk kedalam akaun negeri, tetapi disalurkan terus melalui akaun PERMINT kepada projek-projek tersebut," kata Dato' Abu Bakar Chik seperti yang dipetik dalam Tranungkite.

Menurut maklumat yang saya terima dari "tok faqir" yang rapat dengan sumber istana, benarlah bahawa Patrick Lim yang membolot projek-projek Taman Tamadun Islam (termasuk Masjid Kristal) di Pulau Wan Man dan Monsoon Cup di Pulau Duyung, telah menyerahkan pengurusan kedua-dua pulau itu kepada PERMINT.

Persoalannya, bagaimanakan sebenarnya duit yang begitu besar itu diurus dan dibelanjakan? Adakah yang masuk ke dalam poket lebih banyak dari kos perbelanjaan sebenar?

Adapun Patrick Badawi (meminjam gelaran oleh Tun Mahathir) akan terus memonopoli penganjuran Monsoon Cup untuk selama 8 tahun lagi! Ini merupakan perjanjian kontrak yang telah dimeterai Patrick Badawi dengan Idris Jusoh. Oleh itu, Monsoon Cup ini tidak boleh dihentikan kerana terikat dengan kontrak yang dirangka sebegitu rupa, yang sudah tentu telah mengambil kira kepentingan diri masing-masing dalam agenda perompakan duit rakyat.

Bayangkan, RM 300 juta setahun untuk penganjuran Monsoon Cup oleh Patrick Badawi selama 8 tahun! Banyaknya duit yang 'dibahamnya'. Malang sungguh nasib rakyat Terengganu, dirompak harta mereka, digula-gulakan dengan slogan tinggi melangit… namun yang pasti Terengganu terus kekal menjadi negeri kedua miskin di Malaysia selepas Sabah, dan bermakna paling miskin di Semenanjung Malaysia walaupun kaya dengan hasil petroleum!

Namun berita yang agak menggembirakan diberitahu "tok faqir" ialah Tuanku Sultan sekarang ini 'mendesak' agar segala urusan yang berkaitan dengan agama Islam di Terengganu, hendaklah dikembalikan sepenuhnya di bawah baginda. Sejak ia diambil alih kuasanya di zaman Tun Mahathir dulu, rakyat dapat melihat bagaimana hal-ehwal agama khususnya di Terengganu semakin huru hara. Tangan-tangan politik Umno/BN bertindak sewenang-wenangnya dalam urusan berkaitan agama.

Sebagai contoh, JKKK berkuasa menentukan imam, bilal untuk surau dan masjid. JKKK 'berkuasa' memecat mereka, menghalang kuliah-kuliah agama, ceramah dan sebagainya. Mereka rela masjid dimakmur kerbau lembu daripada dimeriahkan dengan majlis-majlis ilmu.

AJK masjid diatur rapi agar puak-puak umno yang dilantik. Walaupun datang masjid hari jumaat sahaja, ia dilantik juga sebagai AJK. Kadang-kadang jadi imam pun, bacaan, makrai, tajwidnya diragui. Malah terbayang-bayang pada belakang tuan imam tu lambang dacing pada t-shirt yang dipakai di sebalik jubah yang dipakainya tu.

Nyata sekali, politik hasad dengki, busuk hati, nafsu mazmumah, dendam kesumat merajai keputusan-keputusan dalam perkara kemaslahatan agama. Akhirnya, berlaku pelbagai kepincangan dalam struktur pembangunan agama dan masyarakat.

Kami berharap dan berdoa, Tuanku Sultan akan terus bertegas dalam soal ini. Sebagaimana kami berdiri dibelakang Tuanku dalam krisis perlantikan MB Terengganu, begitu jugalah dalam soal ini. Jika urusan agama terus berada di tangan manusia yang bertuhankan nafsu dan bersifat munafik, nescaya rakyat dan negeri akan terus dilorongkan ke jurang kebinasaan.

Kami tidak sanggup lagi melihat muka-muka penderhaka itu menjadi penentu dalam soal-soal keagamaan di negeri kami. Hati busuk dan perut kotor mereka itu tidak akan menghasilkan kebaikan dalam segala tindakan yang dibuat. Walau zahir mungkin nampak cantik, tapi di sebaliknya penuh dengan yang buruk dan hodoh. Tengoklah masjid Kristal tu!


Wahai rakyat Terengganu, perjuangan kita masih belum selesai!


Daulat Tuanku!

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads