Rabu, 23 Januari 2013

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


RuMAh Teres <b>di PAka</b> berhampiran kawasan perindustrian <b>...</b>

Posted: 12 Jan 2013 08:31 PM PST

Publish date: January 13, 2013 4:31 am
Contact Name: yus
Price: RM1000
Region: Terengganu
Location: kuala terengganu
Phone: 012 9863732
Tags:

salam semua..

saya ada sebuah rumah teres di paka untuk disewakan

-keutamaan kepada student praktikal di kawasan kerteh/paka-
-juga kepada staff2 syarikat-
- kemasukan disember 2012 / januari 2013-
-rumah tersebut mempunyai, tv, mesin basuh dan peti sejuk-

berminat, boleh call saya… 012 9863732 / 016 421 2409- yus

Share: Twitter | Facebook | Email

Report bad use or Spam

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


Travelog Ateh : Tempat Menarik <b>di</b> Terengganu (Tahun Melawat <b>...</b>

Posted: 06 Jan 2013 02:31 AM PST

Sebelum nie dah ceritakan tempat yang sangat-sangat menarik untuk dilawati di Negeri Terengganu nie seperti di Pasar Payang, Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal dan Muzium Negeri. Kali nie kita menjelajah lagi ker daerah-daerah di Negeri Terengganu yang merupakan tempat tarikan pelancong.
Hmm...siapa-siapa yang datang ker Terengganu tak sah kalau tak singgah di Masjid Terapung. Ada yang mengambil peluang ini untuk berhenti rehat dan solat di Masjid Terapung.  Masjid Terapung juga dikenali sebagai Masjid Tengku Zaharah sempena nama ibunda Al Marhum Sultan Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Kat sini anda semua boleh melihat sendiri keunikkan yang ada pada Masjid Terapung. Ianya dibina di atas air. Semasa air pasang, Masjid ini akan kelihatan terapung-apung dengan dikelilingi oleh sebuah tasik yang mana airnya terus mengalir ke laut berhampiran. Di belakang Masjid pula terdapat taman rekreasi yang sesuai untuk aktiviti riadah di petang hari. Kaki Photo gemar mengambil gambar sekitar Masjid nie selain menjadi tempat untuk wedding photoshoot.
Melangkah lebih jauh, kita kembali semula ker bandar Terengganu dimana Cik Putih ingin perkenalkan satu lagi warisan sejarah di Terengganu iaitu Kampung Cina (China Town). Kampung Cina ini terletak di muara Kuala Terengganu. Ianya amat unik dan cantik kerana jalannya bukannya ditutupi dengan turap tar tetapi batu bata yang berwarna warni. Banyak kedai-kedai Cina sepanjang melalui jalan kampung ini. Yang istimewanya disini terdapat kedai yang menjual tembikar dan barang-barang dari negara China yang sesuai sekali dengan suasana kawasan Kampung Cina. Terdapat juga beberapa lorong yang menyimpan pelbagai sejarah antaranya Lorong Tau Kay Wee Sin Hee, Lorong Mesra Alam, Lorong Warisan Dunia dan lain-lain lagi. Sesetengah lorong ini memaparkan ukiran tembaga wajah untuk semua exco kerajaan negeri yang berasal dari sini, dan terdapat lorong yang meletakkan barang-barang yang antik contohnya pondok telefon dan penumbuk batu yang digunakan pada zaman dahulu untuk menghasilkan beras oleh Kedai Lim Peng Gee.
Jalan ker China Town adalah sehala dan dari situ bolehlah singgah ker I-City Terengganu. I-City terletak di Pulau Warisan dimana Pulau ini sebenarnya ialah pulau buatan manusia yang terletak di belakang Kampung Cina dan bersebelahan Pasar Besar Kedai Payang. Pulau Warisan menjadi mercu tanda yang baru selepas Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man. Di tengah pulau warisan ini terdapat sebuah terusan untuk memudahkan bot-bot seperti perahu dan penambang untuk ke pulau ini. Sebuah jeti untuk servis River Cruise mengambil dan menghantar pelancong yang menyusuri sungai Terengganu juga terdapat di terusan air ini. Pulau ini menjadi satu destinasi singgah aktiviti menyusur sungai yang bermula dari Taman Tamadun Islam.


Kunjungan anda ke Terengganu tidak akan lengkap tanpa lawatan ke Kota Lama Duyung. Kota Lama Duyung terletak di Pulau Duyong kira-kira tujuh kilometer dari pusat Bandar. Reka bentuk Kota Lama Duyong ini mirip Istana Kecil Raja Melayu tetapi diperkayakan lagi dengan memasukkan unsur-unsur pengaruh seni bina asing seperti Corinthian atau Mesir terutama pada tiang dan dinding batu. Rumah ini memperlihatkan jenis rumah tradisional Melayu Terengganu iaitu Bujang Berepeleh, Lima Bungkus dan Potong Belanda dengan ukiran sobek di sekeliling beranda. Di dalam Kota Lama ini dipamerkan artifak-artifak lama seperti tembaga dan barang-barang dapur yang pernah digunakan suatu ketika dahulu. Selain itu, terdapat juga hasil kraftangan dan kisah mengenai Kota Lama Duyong ini.

Sumber : Cik Tom , Berbaloi di Terengganu kita , Anak Negori, Alami Terengganu Image from Google etc.

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


(GAMBAR) Tebing Runtuh <b>Di Kemaman</b>, 8 Kereta Dikhuatiri Tertimbus

Posted: 26 Dec 2012 12:02 AM PST

Lapan buah kereta tertimbus apabila tebing jalan masuk utama Jabor-Jerangau ke Jalan Air Puteh di kilometer 139 di Kemaman runtuh, berikutan hujan lebat berterusan di kawasan itu, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt. Che Suza Che Hitam berkata tebing jalan setinggi 12 meter itu runtuh kira-kira 3.30 pagi ini lalu menghempap kenderaan-kenderaan terbabit yang diletakkan di kawasan berkenaan.

"Kita khuatir kemungkinan ada orang yang tidur di dalam kereta yang tertimbus itu," katanya.

Che Suza berkata jalan itu tertimbus sepanjang kira-kira 50 meter dan pihaknya telah menghubungi Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi membantu kerja-kerja membersihkan kawasan yang tertimbus menggunakan jentolak.

Katanya kejadian itu berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan pergerakan tanah di kawasan itu. SUMBER

13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: Pelancong Vietnam `pulang&#39; ke <b>Pulau Bidong</b>

Posted: 22 Jan 2013 09:10 PM PST

Oleh: Aida Abd Rahman

Seramai 300 pelancong dari Vietnam dijangka pulang ke bekas penempatan mereka suatu masa dulu - Pulau Bidong, sebaik sahaja pulau itu mula dibuka kepada pelawat, pada Mac ini.

Pelancong berkenaan bakal mengunjungi pulau yang terletak 40 kilometer dari bandar Kuala Terengganu menerusi usaha dan kerjasama Dewan Perniagaan Cina Terengganu (DPCT) sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, berkata pelancong dari Vietnam berkenaan berhasrat untuk melawat lokasi yang pernah menjadi kem pelarian mereka sebelum kawasan itu ditutup dan diserahkan kepada Kerajaan Terengganu pada 1991.

"Kehidupan mereka kini sudah berubah dan senang. Mereka datang semula untuk melihat monumen seperti kubur dan sebagainya yang terdapat di situ.

"Kerajaan negeri membenarkan mereka yang kebanyakannya dari Amerika Syarikat membuat lawatan ke pulau itu sebaik sahaja pulau itu dibuka kepada pelawat bermula Mac nanti," katanya, baru-baru ini.

Datuk Abdul Rahin berkata, kerajaan negeri akan memastikan pelancong dapat mematuhi peraturan dan mekanisme yang ditetapkan bagi mengelakkan pencemaran alam, memulihara serta mengekalkan keindahan khazanah berharga di pulau itu.

Katanya, kerajaan memperuntukkan RM200,000 bagi membersih dan mengekalkan keindahan alam semula jadi, flora dan monumen bersejarah di situ tanpa melakukan nilai tambah kepada bahan peninggalan lama itu.

"Untuk membangunkan monumen yang menjadi mercu tanda yang mengambil kira etnik serta asal usul pelarian Vietnam di Pulau Bidong sebagaimana cadangan, kita menerima bantahan daripada G to G (antara kerajaan dengan kerajaan).

"Dalam hal ini, kita bercermat dalam aspek itu supaya tidak mengeruhkan keadaan. Setakat ini, kita benarkan mereka datang untuk menziarahi kubur dan monumen yang terdapat di situ sahaja," katanya.


di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


Jawatan kosong 2012 <b>di</b> Suruhanjaya Perkhidmatan <b>Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 14 Oct 2012 04:52 PM PDT

jawatan kosong 2012 Terengganu

Jawatan Kosong 2012:Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPN.TR) telah ditubuhkan pada 10 Ogos 1959 di bawah Fasal 56 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama) (Pindaan) Tahun 1959.Di bawah Perkara 56 (9) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu (Bab Yang Pertama)(Pindaan)Tahun 1956, Suruhanjaya bertanggungjawab terhadap perlantikan,  pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen dan menjalankan kawalan tatatertib anggota perkhidmatan yang di bawah bidangkuasanya.

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPN.TR) dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan yang berikut:-

1. Pembantu Pertanian G17

2. Renjer Hutan G17

3. Pengawas Hutan G11

4. Setiausaha Pejabat N27

Tarikh akhir permohonan adalah pada 12 Nov 2012

Sila klik sini untuk maklumat penuh dan sumber iklan jawatan kosong 2012 ini.
Sila klik sini untuk permohonan secara online.

———————————————————————————————-

Jgn ketinggalan utk mendapatkan pemberitahuan jwtn kosong di negeri anda.Isikan langganan email di sini
->> http://bit.ly/QH82aX

———————————————————————————————–

Jawatan Kosong 2012

You can leave a response, or trackback from your own site.

13 di chukai - Google Blog Search

13 di chukai - Google Blog Search


Errah Najwa: Sekitar Banjir <b>di</b> Kampung Bukit Mentok, <b>Chukai</b> <b>...</b>

Posted: 28 Dec 2012 08:58 PM PST

Banjir 25.12.2012~29.12.2012
Banjir terburuk setelah berpuluh-puluh tahun di kawasan Chukai, Kemaman. Ini kawasan depan rumah aku, Kampung Bukit Mentok. 3 hari elektrik ditutup disebabkan paras air yang semakin meningkat ke paras bahaya. Semalam baru on elektrik dan hari ni air dah semakin surut. Syukur Alhamdulillah. Operasi membasuh dan mengemas rumah pulak.

ads