13 di pulau bidong - Google Blog Search |
T E G A N U K I TA: Pelancong Vietnam `pulang' ke <b>Pulau Bidong</b> Posted: 22 Jan 2013 09:10 PM PST Oleh: Aida Abd Rahman Seramai 300 pelancong dari Vietnam dijangka pulang ke bekas penempatan mereka suatu masa dulu - Pulau Bidong, sebaik sahaja pulau itu mula dibuka kepada pelawat, pada Mac ini. Pelancong berkenaan bakal mengunjungi pulau yang terletak 40 kilometer dari bandar Kuala Terengganu menerusi usaha dan kerjasama Dewan Perniagaan Cina Terengganu (DPCT) sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, berkata pelancong dari Vietnam berkenaan berhasrat untuk melawat lokasi yang pernah menjadi kem pelarian mereka sebelum kawasan itu ditutup dan diserahkan kepada Kerajaan Terengganu pada 1991. "Kehidupan mereka kini sudah berubah dan senang. Mereka datang semula untuk melihat monumen seperti kubur dan sebagainya yang terdapat di situ. "Kerajaan negeri membenarkan mereka yang kebanyakannya dari Amerika Syarikat membuat lawatan ke pulau itu sebaik sahaja pulau itu dibuka kepada pelawat bermula Mac nanti," katanya, baru-baru ini. Datuk Abdul Rahin berkata, kerajaan negeri akan memastikan pelancong dapat mematuhi peraturan dan mekanisme yang ditetapkan bagi mengelakkan pencemaran alam, memulihara serta mengekalkan keindahan khazanah berharga di pulau itu. Katanya, kerajaan memperuntukkan RM200,000 bagi membersih dan mengekalkan keindahan alam semula jadi, flora dan monumen bersejarah di situ tanpa melakukan nilai tambah kepada bahan peninggalan lama itu. "Untuk membangunkan monumen yang menjadi mercu tanda yang mengambil kira etnik serta asal usul pelarian Vietnam di Pulau Bidong sebagaimana cadangan, kita menerima bantahan daripada G to G (antara kerajaan dengan kerajaan). "Dalam hal ini, kita bercermat dalam aspek itu supaya tidak mengeruhkan keadaan. Setakat ini, kita benarkan mereka datang untuk menziarahi kubur dan monumen yang terdapat di situ sahaja," katanya. |
You are subscribed to email updates from di pulau bidong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan