Isnin, 19 November 2012

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Diari Anak Timur: Beraya Haji <b>Di Besut</b>

Posted: 30 Oct 2012 09:29 PM PDT

Raya Haji hari ke dua, Ambe, Ayah, Mok Na dan Suami, Along satu family pergi beraya di rumah Mak Long di Kampung Tok Do. Best betul makan tapai pulut kat rumah Mak Long.. sangat manis..pekatnya rasa kat tekak. Nak minta bawa balik ya Mak Long, tapai ni..sedap sangat..

Sedap betul tapai Mak Long


Selepas bertandang ke rumah Mak Long, kami bertolak ke rumah Mak Cik kat Felda Selasih.. dihidang pula keropok lekor.. perut tengah lapar, makan jer.. perjalanan pulang dari rumah Mak Cik kat Selasih, kami singgah tepi jalan Felda Selasih untuk memetik Pucuk Asam Gelugur... di mana pokok gelugur itu direzabkan untuk siapa2 pun boleh mengambilnya... Mak yang pesan suruh kitorg singgah petik pucuk gelugur nak masak gulai ikan katanya...

Makan keropok di rumah Mak Cik Selasih

Petik Pucuk Gelugur

Perjalanan pulang, kami lalu jalan tepi pantai iaitu melalui Pantai Merang.. tekak dah haus, kami singgah pula kedai tepi pantai Merang menikmati Air Kelapa, Ikan Celup Tepung, Udang dan Sotong Celup Tepung dan Keropok Lekor... seronok betul... dah lama tak keluar macam ni bersama keluarga... lain kali boleh singgah lagi.. Insya Allah...

Seronok Lepak Satu Family

Satu Biji Buah Kelapa Mudah.. Best!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads