Khamis, 9 Jun 2011

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


Penduduk Kampung <b>Di Dungun</b> Gempar Terserempak Harimau | Darul Iman

Posted: 01 Jun 2011 04:17 PM PDT

DUNGUN, 1 Jun (Bernama) — Penduduk Kampung Jambu Bongkok di sini, yang gempar dan bimbang dengan penemuan seekor harimau bersama anaknya di belakang sebuah klinik desa di situ semalam, memohon pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.

Efendi Husin, 39, yang terserempak harimau betina itu pada 6 petang ketika mencari daun kayu untuk kambingnya, berkata beliau tidak berani lagi untuk ke situ.

Seorang lagi penduduk, Jusoh Awang, 45, berkata sejak penemuan itu, penduduk kampung sudah tidak berani menggunakan jalan di situ.

"Ini kerana sudah lebih 15 ekor lembu mati dibaham harimau. Saya berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan segera," katanya.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said turut menyatakan kebimbangannya dan berharap Jabatan Perlindungan Kehidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengambil tindakan proaktif.

Pengarah Jabatan Perhilitan Terengganu Yusoff Shariff berkata mereka akan memasang perangkap haiwan itu petang ini.

– BERNAMA

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads