13 di wakaf tapai - Google Blog Search |
Buletin Online: Siasat dan Hukum Mereka Yang terlibat Membunuh <b>...</b> Posted: 01 Sep 2012 04:49 AM PDT MARANG – PAS melahirkan simpati kepada keluarga seorang peniaga kedai runcit yang terbunuh dalam kejadian tembakan pada jarak dekat di Kampung Bukit Cempedak, Wakaf Tapai, Marang pada 27 ogos la Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, haji Muhyiddin Abdul Rashid berkata Badan Perhubungan PAS Terengganu dan PAS Kawasan Marang bersama merasa kesedihan yang dialami oleh keluarga Mat Keya Jusoh. "semoga Allah memberi kekuatan kepada keluarga ini, supaya tabah dan bersabar ,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika menziarahi keluarga terbabit pada Ahad 30 Ogos. Beliau juga berharap pihak berkuasa polis dapat membuat siasatan rapi dan seadil-adilnya dan dapat mengenal pasti mereka yang terlibat dalam kejadian bunuh itu. "Kita harap pihak polis dapat membuat siasatan yang adil dan rapid an mengenalpasti mereka yang terlibat dan meghukum mereka yang bersalah,"jelasnya. Dalam Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.30 malam itu, mangsa pembunhan, Mat Keya Jusoh, 54, sedang bermain dam berhampiran kedainya bersama seorang rakan, Allias Lemas, 51, sebelum didatangi sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki tiga suspek. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, Perodua Viva berwarna putih itu berhenti antara jarak lima meter sahaja dari tempat mangsa bermain dam sebelum salah seorang daripada mereka memberitahu ingin mencari 'Pok Mat'. "Salah seorang suspek bertanyakan kepada mangsa adakah dia 'Pok Mat' dan mangsa yang sememangnya dikenal dengan nama itu dalam kalangan rakan serta orang kampung mengiakan sahaja. "Bagaimanapun, hanya beberapa saat selepas mangsa mengaku yang dia adalah 'Pok Mat', dua das tembakan dilepaskan oleh salah seorang suspek menyebabkan mangsa terus rebah sebelum mereka memecut kereta meninggalkan lokasi kejadian," katanya. Manoharan berkata, mangsa yang cedera parah di bahagian rusuk dihantar penduduk kampung ke Hospital Kuala Berang untuk mendapatkan rawatan susulan. Turut bersama beliau menziarahi keluarga mangsa adalah Pengarah Majlisn Tindakan Pengkalan Berangan, Ustaz Abdullah Suhaimi Zakaria . Justeru, Haji Muhyiddin menyeru kepada semua pihak untuk mkembali kepada Islam dan kerajaan menguatkuasakan undang-undang Hudud dan Qisas bagi membendung kadar jenayah yang semakin meningkat. Beliau berkata hanya dengan Islam dapat menyelamatkan manusia sekiranya kembali kepada Islam. "masalah jenayah, masalah dadah, gejala sisal dan masalah akhlak akan dapat diselesaikan sekiranya kita kembali kepada Islam, "samada dari segi perundangannya, dari segi pendidikannya dan hubungan sesame masyarakatnya, kita sangat yakin akan selesai (sekiranya Islam dilaksanakan),"tambahnya |
You are subscribed to email updates from di wakaf tapai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan