13 di wakaf tapai - Google Blog Search |
- T E G A N U K I TA: Program Gerbang Kerjaya <b>di</b> IKBN <b>Wakaf Tapai</b> <b>...</b>
- Teganuku..segalanya <b>di</b> sini..: Kerajaan Buka Kawasan Industri <b>...</b>
- Hari Raya 'idul Adha <b>di</b> Kg <b>Wakaf Tapai</b>
T E G A N U K I TA: Program Gerbang Kerjaya <b>di</b> IKBN <b>Wakaf Tapai</b> <b>...</b> Posted: 05 Nov 2011 07:13 PM PDT Oleh FAUZI MOHD Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai, akan manganjurkan Program Gerbang Kerjaya dan Hari Bertemu Pelanggan pada 12 November ini. Timbalan Pengarahnya, Khalib Umat, berkata program sehari di institut berkenaan bertujuan mendedahkan remaja mengenai kursus-kursus di IKBN di samping pelbagai maklumat mengenai kerjaya. Dalam satu kenyataan, beliau memberitahu, program yang turut melibatkan penyertaan pihak industri itu membolehkan pencari kerja melalui sesi temuduga yang akan diadakan. Katanya, program itu turut diisi dengan pameran kursus IKBN, pameran syarikat swasta, ceramah peluang kerjaya dan permohonan kemasukkan ke IKBN Wakaf Tapai sesi 2012. "Pengunjung juga berpeluang melawat ke bengkel kemahiran yang terdapat di IKBN Wakaf Tapai bagi memberikan gambaran kursus serta kemudahan yang ada di institut itu," ujar beliau. Sehubungan itu, Khalib berharap belia di negeri ini tidak melepaskan peluang yang disediakan khusus buat mereka. |
Teganuku..segalanya <b>di</b> sini..: Kerajaan Buka Kawasan Industri <b>...</b> Posted: 17 Jan 2012 12:16 PM PST Kerajaan memberi tumpuan untuk membuka kawasan industri yang berpotensi di negeri ini apabila kawasan sedia ada sudah mencapai tahap maksimun bagi pembangunan baru. Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Dato' Toh Chin Yaw berkata, kerajaan tidak berhasrat meluaskan kawasan perindustrian yang sudah mencapai tahap maksimun seperti di Gong Badak sebaliknya mencari tapak lain yang lebih berpotensi. "Kawasan Peindustrian Gong badak mempunyai keluasan 109.73 hektar dan pada dasarnya sudah capai tahap maksimun untuk pembangunan baru namun masih ada ruang bagi mana-mana syarikat beroperasi di situ," katanya. "Sekarang kita memberi tumpuan ke kawasan Batu Rakit sebagai tapak baru dalam industri pembangunan di samping dua kawasan industri lain iaitu di Bukit Kor dan Wakaf Tapai, Marang," katanya. Tambahnya, mana-mana pelabur atau syarikat mempunyai pilihan, jika melibatkan kayu kayan kawasan Wakaf Tapai paling sesuai. Katanya, kerajaan bersedia membantu mana-mana syarikat yang ingin membuat pelaburan di negeri ini asalkan ia membantu menawarkan pekerjaan kepada anak tempatan di samping meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri. Teganukita Full content generated by Get Full RSS. |
Hari Raya 'idul Adha <b>di</b> Kg <b>Wakaf Tapai</b> Posted: 14 Nov 2011 04:47 AM PST Mase hari raya qurban baru2 nie, aku balik la ke kg halaman iaitu Kg Tambak Baru, Wakaf Tapai yang terletak kira- kira 20 km dari Kuala Terengganu.. Kalau ikutkan, tokki suruh datang ke situ bersama dengan ma utk masak daging aqiqah sepupu saya..Tapi olaeh kerana ma sibuk dengan tugasan membuat muffin dan cupcake utk orang kawen, maka, aku, abah n semua adik beradik sahajalah yang pergi ke sane..hehe.. Pada awal2 sampai, aku memang agak bosan berikutan xdek kerja yang nak dibuat..Angah tolong abah dekat dapur, menyiang daging yang telah disembelih bersama dengan bapa saudara kami..huhu..sebelum tu, tokki dan abah la yang menyiang daging tu tapi oleh kerana ade orang datang, abah menyuruh angah menggantikan tempatnye.. Oleh kerana belum ade lagi tugasan utk aku, maka kucing nilah yang menjadi mangsa pertama utk koleksi gambar aku..hehehe.. Gambar kat sebelah ni adelah gambar aku di sebuah perigi yang terdapat di rumah tokki..ni kat belakang rumah la,tempat aku n y lain2 memasak menggunakan dapur kayu..perigi ni memang telah dibuat oleh tokki aku mase2 mula2 die meneroka tanah kat sni...tokki aku tu dulu memang seorang yang handal la dalam membina perigi..biasenye kalau rumah orang lain perigi tak jadi, die la yang pergi tolong buat..hehehe.. Kat sebelah ni pulak mase aku snap mase tokki n abah siang daging..nampak tak kaki lembu kat dlm gmbr tuh?? hehe Gambar kat atas nie mase tokki start menumis segala rempah2 n bahan2 utk menggulai daging...aku jaga kat bahagian sup tulang..hehehe.. Kat atas ni gambar tok aku...die la yang jage adik aku mase kat Sarawak dulu...naik kapal terbang tuh..hehehe... Dah penat2 memasak, sekarang mase untuk berehat pulak..hehehe.. rehat di bawah pohon ape ntah..aku pon tak igt dah..hehehe Gambar kat atas ni pulak aku snap mase tgh masak gulai daging tuh..hehehe...menggunakan kayu api, menyangga periuk menggunakan ketulan batu-bata yang terdapat di sekitar rumah..hehehe
|
You are subscribed to email updates from di wakaf tapai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan