13 di rantau abang - Google Blog Search |
Penyair iDANRADZi@BlogSpot: J.M Aziz Posted: 30 Jan 2012 12:12 AM PST Oleh: Djazlam Zainal Penyu Menangis Siapalah Tahu * Anak muda berlagu sayang Sesak nafasnya sesak Retak hatinya retak Lenyap ditelan derauan ombak Anak muda berlagu sayang Kelabu matanya kelabu Sayu jiwanya sayu * telah dijadikan lagu oleh penyanyi nombor 1 Malaysia Puisi Penyu Bergurau senda di rantau adik Siapa tahu matanya kelabu Telurnya berlubang segar Demikianlah nyanyian Kesian Dia * Kasih sayang tiada sempadan Buah hati timbangan badan Kesian dia Serakit sirih seumbut pinang Kalau boleh pinjamkan selendang Kesian dia Biduk sebuah kita bermudik Kesian dia Serakit sirih seumbai pinang Ombak kasih datang bertandang Kesian dia Serakit sirih seumbai pinang * telah dijadikan lagu oleh penyanyi nombor 1 Malaysia Berkolek Bersajak ( 1 ) * Aku berkolek Aku bersajak Aku berkolek dan vbersajak 19 Mac 1972 * telah dijadikan lagu oleh penyanyi lagu-lagu puisi Ibrahim Bachik Sepi Itu Indah Serakit puisi seumbai madah Di bawah jendela pantai terbuka Puteri penyu bermadah Putih kebiru-biruan Puteri penyu bermadah Sebutir Bintang Sebutir bintang timur Sebutir bintang timur Sebutir bintang timur Sebutir bintang di langit pagi Berita Harian 23 April 1989 J.M. Aziz, nama sebenarnya Abdul Aziz bin Abdul Rahman dilahirkan pada tahun 1934 di Hujung Tanjung Seberang Takir, Kuala terengganu. Anak kelima daripada enam orang adik beradik. Bapanya terkenal sebagai seorang penyanyi kasidah manakala ibunya penyanyi lagu-lagu rakyat. Bermula dengan profesi sebagai polis hutan, J.M. Aziz terarah kepada puisi. Suatu dugaan yang maha berat diuji kepada beliau apabila beliau di korantin kerana penyakit kusta di Sungai Buluh, Selangor pada tahun 1965. Sejak itu kehidupan J.M. Aziz berubah. Beliau terus menggunakan nama Jiwa Merana tanda kesengsaraan yang membelenggu dirinya. Melihat keadaan itu, sasterawan A. Samad Said mengubahnya menjadi J.M. yang memberi maksud jiwa merana tetapi lebih manis bagi mengikis rasa deritanya yang terlampau. Begitulah asalnya nama itu menjadi sinonim kepada J.M. Aziz. II Biar pun J.M. Aziz pengkisah kepada lautan, malah pernah digelar penyair laut, namun beliau juga sinonim dengan panggilan penyair ' penyu menangis '. Ini gara-gara lagu yang didendangkan oleh allahyarham Sudirman, ' Penyu Menangis Siapalah Tahu ' mengetop dan menjadi siulan. Mengapakah lagu itu begitu ngetop sedangkan ia hanya sebuah senikata yang dicuplik daripada puisi? Sebenarnya, ' Penyu Menangis " adalah suara hati penyair buta ini yang mana ia adalah akibat derita penyakit kusta yang dihadapinya. Suara batinnya sungguh luar biasa. J.M. Aziz dilahirkan di perkampungan nelayan di pantai timur Malaysia yang kaya dengan kemiskinan itu. Membayangkan itu, saya terus terbayang kisahnya ' Gadis Pantai ' novel karangan Pramoedya Ananta Toer, yang mana mengisah penderitaan gadis pantai di tangan Bendoro. Derita itu dirasainya, kerana ayah dan saudara maranya adalah pelaut yang miskin. Biarpun kehidupannya agak sederhana, namun ia tidak mengubah nasib biarpun bertungkus lumus sebesar mana sekali pun. Ikan-ikan segar, pari atau ketuka, udang dan sembilang laut, sotong, kepah dan ketam segar akan jatuh ke tangan orang tengah, tempat nelayan mengambil wang pendahuluan untuk membeli jala, membetulkan perahu yang bocor, pecah, ataupun bagi membeli beras, minyak, asam garam, dan membeli pakaian anak-anaknya yang mahu ke sekolah. Tompokan jiwanya terus terusan merana dengan hal ehwal kehidupannya yang bertompokan hutang itu. Sebuah tragedi bangsa merdeka yang dilaungkan akan diberi jambatan emas hingga ke akhirat. Tetapi dengarlah lagu yang mereka dendangkan! Dalam lagu ' Nyanyian Ombak ' nyanyian Zubir Ali dengan groupnya Harmoni, Zubir menyinis, " laut lebih mengerti/ dari mereka yang berkata/ selembut puisi . " J.M. Aziz tulus menyanyikan derita batinnya disamping menyampaikan khabar derita saudara-saudaranya pelaut pantai timur. Di manakah keadilan yang diharapkan. Orang yang bertungkus lumus mencari penghidupan, terus menerus dilanda kesusahan. Orang yang hanya menadah hasil perih terik nelayan, bisa lumayan hidup dan senyumannya yang melebar. Mereka berdasi baru, cantik dan tidak seperti kaumnya yang berdasi buruk, hapak dan pengap. III J.M. Aziz setia dengan alamnya. Keseluruhan puisi yang dihasilkan adalah berlatar belakangkan laut, nelayan, dan sekitar penderitaan pelaut. Dengan gaya puisi tradisi, yang mengharmonikan syair, pantun dan gaya Melayu, penyair ini cukup membesarkan negerinya Terengganu. Rasanya, penyair yang paling banyak menyerlahkan negeri kelahirannya adalah J.M. Aziz. Sudah tentu kerana kecintaannya kepada kehidupannya yang melarat itu dan santun bangsanya yang terus terusan hanya melihat kesengsaraannya dengan senyum mendada. Dan dengan puisinya yang girang dan kelihatannya senang dan santai, tambah menyatakan bahawa penyair ini sebenarnya sedang gembira dengan kesengsaraan. IV Pada awal 1990an, saya sempat bertandang ke rumahnya untuk membuat sedikit tinjauan bagaimana kehidupan penyair ini terus berlangsung. Saya sebagai staff sebuah institusi pendidikan Melayu terbesar iaitu Institut Teknologi MARA, Shah Alam ( sekarang Universitas Teknologi MARA ) Semoga ia tercatat dalam sejarah penulis. Wajah ceria penyair besar ketika mudanya pada tahun 1952 Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from di rantau abang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan