Isnin, 28 Mei 2012

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


Gambar Sekitar Pembinaan UiTM <b>Bukit Besi</b> | <b>Bukit Besi</b> Blog

Posted: 21 May 2012 08:16 AM PDT

Salam satu Malaysia. Pada 15 Mei lalu saya telah mengunjungi ke tapak pembinaan UiTM Bukit Besi di Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Ketika itu saya sedang bercuti dan saya mengambil kesempatan tersebut untuk meninjau kawasan pembinaan UiTM di Bukit Besi yang hampir separuh siap itu.

Namun saya agak kecewa kerana tidak dapat masuk ke seluruh kawasan UiTM untuk mengambil gambar kerana pengawal keselamatan di situ mengatakan pihak pengurusan tidak membenarkan orang luar dan orang tidak berkenaan memasuki kawasan itu tanpa kebenaran. Saya hanya dibenarkan masuk sekiranya ada surat pelepasan atau kebenaran dari pihak pengurusan. Saya akur dan hanya mengambil gambar-gambar yang tidak seberapa itu daripada luar.

Di bawah ini saya kongsikan beberapa gambar UiTM Bukit Besi yang di ambil dari jarak jauh.

UiTM Bukit Besi sebenarnya terletak di Tasik Puteri Bukit Besi dan Kelab Golf Bukit Besi, sekiranya anda ingin ke sini, anda akan melalui tepian tasik dahulu sebelum sampai ke UiTM. Lokasi tersebut agak sukar dicari sekiranya anda pertama kali ke sini kerana bangunan UiTM berselindung di sebalik bukit di Tasik Puteri Bukit Besi.

Carian Popular Terkini:
  • gambar uitm dungun terengganu

Tags: , ,

Category: Personal

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Punca Kemalangan Jalan Raya Berlaku Di Malaysia | <b>Bukit Besi</b> Blog

Posted: 22 May 2012 08:29 AM PDT

Kemalangan jalan raya adalah satu peristiwa atau tragedi yang sangat ngeri yang biasanya melibatkan perlanggaran antara kenderaan di jalan raya. Kemalangan jalan raya biasanya mengakibatkan kecederaan dan kematian. Di Malaysia, peratus kemalangan jalan raya semakin meningkat setiap hari dan negara kita juga adalah salah satu negara yang mencatatkan kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kematian yang agak tinggi.

Punca Kemalangan Jalan Raya Berlaku

Apakah punca kemalangan jalan raya berlaku? Punca pertama berlakunya kemalangan adalah disebabkan kecuaian pemandu itu sendiri samaada memandu dalam keadaan mabuk, mengantuk dan sebagainya. Namun ada juga diantara kes yang berlaku kemalangan adalah bukan kesilapan pemandu tetapi berbagai kebarangkalian berlaku. Faktor cuaca dan keadaan jalan raya juga boleh mengakibat kemalangan berlaku.

Sila lihat video Punca Kemalangan Jalan Persekutuan yang saya kongsikan di bawah untuk tatapan anda.

Berhati-hati di jalan raya dan ingatlah orang yang tersayang.

Sumber video Punca Kemalangan Jalan Persekutuan daripada Kementerian Kerja Raya Malaysia

Tags: ,

Category: Berita, Umum

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads