Selasa, 8 Januari 2013

13 di gong kedak - Google Blog Search

13 di gong kedak - Google Blog Search


teganuku: Rosmah, Rombongan Bergotong Royong Bersihkan <b>...</b>

Posted: 04 Jan 2013 11:03 AM PST

Penduduk di Taman Desa Damai dan Taman Desa Darul Iman Gong Badak melalui detik gembira apabila dikunjungi isteri Perdana Menteri Datin Paduka Seri Rosmah Mansor serta menyampaikan sumbangan wang ehsan RM500 setiap keluarga semalam.

Seorang penduduk  Mustafa Husin adalah antara 77 keluarga dari taman berkenaan yang terpaksa bermalam di pusat perpindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak selama empat hari.



"Saya dan keluarga seperti bermimpi menerima tetamu isteri Perdana Menteri, orang yang sangat dihormati dan dikagumi diseluruh negara.

"Datin Paduka Seri Rosmah seorang yang sangat merendah diri dan berhemah, saya dan isteri sangat terharu dan seperti bermimpi isteri Perdana Menteri telah bergotong royong membersihkan rumah ini bersama pemimpin negeri yang lain," katanya.

Mustafa yang tinggal berlima bersama isteri dan tiga orang anak mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kerajaan negeri yang sangat mengambil berat masalah rakyat yang ditimpa musibah.

Rosmah disambut oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan isteri To' Puan Seri Hajah Norliza Mahmud.


Hadir sama, yang Dipertua PPPM Cawangan Terengganu, Tengku Datin Seri Ramlah Azizah Sultan Ismail Nasiruddin Shah; Timbalan YDP PPPM Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah; Timbalan YDP Pahang Dato' Seri DiRaja Tunku Soraya Sultan Haji Ahmad Shah dan isteri Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Kenamaan lain yang hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan arisan neegeri, Datuk  Abdul Rahin Mohd Said; Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu , Mohd Sarif Hasan; Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu, Zuhaimi Omar dan Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Wan Nawawi Wan Ismail.

Rosmah yang juga Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) ke negeri ini untuk menyertai program gotong royong membersih kediaman mangsa yang dilanda banjir baru-baru ini.

Seramai 500 orang sukarelawan PPPM cawangan Terengganu, sukarelawan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (Sesma), Institut Latihan Perguruan (IPG) Dato' Razali Ismail, Bomba dan Penyelamat serta penduduk setempat

Teganukita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads