Khamis, 3 Januari 2013

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Musim Tengkujuh <b>di Kuala Terengganu</b> | ! Bukan Sekadar Rupa

Posted: 23 Dec 2012 01:23 AM PST

 

Assalamualaikum.

 

Harini nak tulis entri panjang. Lama dah tak tulis panjang-panjang. Busy punya pasal. Korang baca tau sampai habis. kahkah.

 

Aku dapat info dari orang kampung, sekarang kat kampung selalu hujan. Boleh dikatakan setiap hari hujan. Biasa la musim tengkujuh kan.

 

IMG-20121223-WA000

 

Gambar diatas sekitar pukul 11-12 tengahari. Ada budak kampung kasi kat aku. Langit gelap gelita. Memang lebat gila la hujan time nie katanya. Takde apa yang aku fikir bila kat kampung hujan lebat camnie melainkan banjir.

 

Banjir Motif ejaan Terengganu jadi Terenggani.

 

Dungun dah banjir. Kuala Terengganu aku rasa tak banjir lagi. Kalau banjir pun aku tak bimbang sangat sebab kawasan rumah aku kalau banjir tak pernah air naik atas rumah. Paling teruk pun jalan masuk ke rumah dinaiki air paras betis. Then air naik sampai 2 3 anak tangga sahaja. Masalah sekarang nie cuma masalah kami nak kena alih kenderaan depan jalan besar jela. Ni yang aku tak sabar nak balik kampung nak tengok air banjir nie. kahkah.

 

Suka la pusing-pusing kampung orang tengok banjir.Tapi yang paling aku suka bila musim banjir kat kampung aku adalah

 

  • Makan ubi rebus dengan air kopi sambil tengok budak-budak main air banjir. Belakang rumah kami ada ubi kayu. Kitorang memang dah tanam siap-siap lagi ubi kayu tu untuk stok musim banjir. Bila musim hujan nie mulalah perut lapar nak makan je. So, time nilah ubi kayu sangat berjasa. Pergi belakang rumah cangkul ubi kayu then rebus makan bersama air kopi dengan family dekat luar rumah. Seronok. Sambil makan sambil gosip.

 

  • Makan ikan darat. Biasa makan ikan laut je. Tapi bila musim banjir boleh makan ikan darat. Ikan haruan gulai fevret aku kot. Apatah lagi belut yang dipanggang garing-garing memang sedap. Biasa aku tak ambik port pun tangkap ikan darat ini. Abang aku yang suka tangkap. AKu suka makan. Kadang aku yang sembelih. Aku suka sembelih belut. Ambil pisau tajam pastu kerat 10. Siap. kahkah. Keli aku gerun sikit nak sembelih pasal ada sengat.

 

ikan daratAku download kat facebook abang aku.

 

  • Main rakit buluh @ rakit batang pisang. Zaman muda-muda haritu banjir je terus pergi belakang rumah cari buluh dengan batang pisang nak buat rakit. Selagi tak siap rakit, selagi tu tak naik atas rumah. Padahal banjir depan rumah tu paras dada je pun. Bukan main nak buat rakit bagai kan. Suka hati kita la. !! kahkah.

 

Rasa macam sekarang nie jugak nak balik kampung. Nak mengharung air banjir and nak buat benda yang aku sebut kat atas.

 

yang ikhlas,
- anak kampung_

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads