Sabtu, 29 September 2012

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Lantak HANGPA la...: Cuma kerana RM50

Posted: 24 Sep 2012 09:05 PM PDT

Tidak berbaloi! Gara-gara merompak beg tangan seorang wanita yang hanya mengandungi wang tunai RM50, seorang penganggur berdepan hukuman 14 tahun penjara dan sebatan atau denda jika disabitkan kesalahan selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Bagaimanapun, tertuduh, Mohd Zulkifli Hamzah, 29, dari Felda Kerteh 4, Ketengah, Jaya, Dungun, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas pertuduhan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana merompak.

Tertuduh mengaku tidak bersalah telah merompak beg duit milik Salina Mohd Rafi, 25, yang turut mengandungi kad pengenalan pada 10 November 2010 kira-kira jam 10 malam di Jalan Limbong Paka, Dungun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurliyana R.Azmi di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, Rozianti membenarkan dia diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula di Mahkamah Sesyen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads