13 di jerangau - Google Blog Search |
badruddin ghazali: Terengganu Century Ride Posted: 17 Sep 2012 03:51 PM PDT apa itu century ride? kenapa orang beriya-iya nak habiskan century ride? ha... century ride itu maksudnya kayuhan sejauh 100 batu/ lebih kurang 160km. century ride ni juga merupakan acara yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat sukan berbasikal amatur/tak berapa pro macam saya ni lah. kalau dah pro team, continental team ke ape diorang masuk tour lah. tapi harus diingat, menghabiskan 160km dalam masa yang ditetapkan (dalam 7-8 jam cut off time) bukan sesuatu yang mudah yang semua orang boleh buat. sejarah century ride di malaysia ni bermula kira-kira 7 tahun lepas dengan penganjuran acara tahunan Century Ride Malaysia di Ipoh. kemudian Kuantan pun menganjurkan Kuantan Century Ride pada 25 Mei 2012 yang lepas dimana saya jadi AJKnya. dan seterusnya Terengganu pula anjurkan TCR 2012 pada 16 September baru-baru ini. kalau dah masuk dan habis century ride ni kami panggil centurion lah. geng sepeda malaysia pre-TCR 2012 saya dan teman-teman berbasikal dari kuantan (Geng Sepeda Malaysia) sepakat untuk join TCR ni sejak sebelum puasa lagi. so dah register bayar apa semua, bulan puasa tu rajinlah training. memandangkan TCR ni jatuh pada hujung raya, maka saya ni tak berapa nak training lah raya-raya ni. dapat sekali je training Kuantan-Jabor-Neram-Kuantan (lebih kurang 60km rolling dan bukit) dan beberapa siri training kat bypass. dengan weekend kena balik rumahnya, weekdays sibuk nak habiskan puasa 6 nya, petang hujan sampai ke malamnya, memang tak training lah. haha. Road To Terengganu dari rumah kami sepakat bertolak dari kuantan pada hari sabtu selepas dah buat adjustment kereta mana nak naik. sebab cuti 3 hari dan masih raya, so ramai jugaklah terpaksa tarik diri sebab hal keluarga dan lain2. jadi dari kuantan kami gerak 2 kereta dengan 6 bijik basikal, dan beberapa kereta lagi yang kesana dengan famili. Pitstop Nasik Dagang Mat Jeri alhamdulillah mat jeri, bos kayuh dari maran jemput kami semua dari kuantan, KL, raub dan maran singgah makan nasik dagang di rumah beliau di jerangau. jadi kat jerangau tu kami kumpul lah semua kawan2 kayuhan makan nasik dagang sama-sama sambil bincang strategi nak bagi habis Sub 4. apa2 pun nasik dagang mat jeri memang best! dari Jerangau kami shoot terus ke KT untuk ambil goodie bag dan beli powerbar. ingatkan nak bawak snickers je buat bekal sebab biasanya lepas 100km konfirm lapar. tapi sebab ramzi kata snickers tak jalan, kena powerbar jugak, maka terbelilah beberapa bijik powerbar. Rumah Tumpangan Kermit alhamdulillah lagi setel lagi hal penginapan. kami singgah bermalam di rumah kermit kat KT, tak sampai 1km pun dari tempat starting point. so memang puas hati lah. dah tu Engku dari geng rangka KL jemput makan nasik dagang dengan laksam lagi malam tu kat homestay diorang. makan lagi lah untuk carbo loading nak kayuh jauh esok ni. TCR 2012 kami start jam 7 pagi lagi berkayuh. jalan dia mmg awesome, polis jaga semua traffic light biar kami lepas dulu. tempat pun cantiklah view menarik. saya ikut peloton sampai lepas bandar KT je lepas tu tak larat dah nak ikut peloton. meter pulak tak detect masa tu so clueless lah berapa speed dan jarak dah ditempuhi. so guna meter pernafasan jelah. kayuh setakat tak mengah je, dalam 30kmj gitu. then slowly cari orang untuk kita "cangkuk" dapat 2-3 orang jadi dah. saya ni memang tak larat kalau kayuh sorang, at least kena ada orang lain yang kayuh sekali baru larat nak kayuh. selepas 6 jam 9 minit akhirnya sampai jugak ke finishing line. perasaan bila lalu bawah timing sensor, bila sensor tu berbunyi beep beep adalah sangat best. tak terucap dengan perkataan. alhamdulillah. alhamdulillah |
You are subscribed to email updates from di jerangau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan