13 di kuala terengganu - Google Blog Search |
Pengayuh beca <b>di Kuala Terengganu</b> dapat sumbangan Hari Raya <b>...</b> Posted: 27 Aug 2011 06:59 PM PDT Posted on August 28, 2011, Sunday KUALA TERENGGANU: Seramai 68 pengayuh beca di daerah ini, semalam menerima duit raya sebanyak RM300 setiap seorang sumbangan daripada kerajaan negeri Terengganu. Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, program itu merupakan kali ketiga diadakan dalam usaha membantu pengayuh beca. "Saya sedar bahawa pengayuh beca di sekitar sini rata-ratanya merupakan golongan warga emas dan mereka ini sudah berpuluh-puluh tahun bekerja mengayuh beca. "Dengan pemberian sumbangan ini saya harap mereka dapat membuat persiapan Hari Raya dan menyambutnya dengan lebih ceria," katanya kepada pemberita di sini. Sementara itu, seorang penerima, Ngah Ismail, 63, dari Pasir Panjang, di sini, berkata, beliau akan menggunakan sumbangan itu untuk membeli barangan sebagai persediaan menyambut Syawal. Rakannya, Ngah Abdullah, 66, berkata, wang yang diterimanya akan digunakan sebaik mungkin untuk kegunaan beliau sekeluarga. "Sebagai penarik beca, pendapatan pun tak menentu lebih-lebih lagi keadaan sekarang yang sudah banyak berubah dan tubuh badan pun sudah tidak sekuat dahulu. "Wang sumbangan daripada kerajaan negeri ini, bolehlah pak cik gunakan untuk beli barangan dapur," katanya. — Bernama |
You are subscribed to email updates from di kuala terengganu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan