Ahad, 28 Ogos 2011

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Glamorous MrJocko: Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 Sudah <b>Di</b> Buka?

Posted: 24 Aug 2011 10:30 PM PDT

Time nak raya ni ramai yang berkira-kira duk pilih jalan mana nak pilih untuk balik kampung.
Korang tau tak Lebuhraya Pantai Timur di jajaran Pakej 11 dan 12 sudah dibuka oleh pihak lebuhraya. Korang bleh dapatkan info di sini Lebuhraya Pantai Timur. Kalau tak silap, Pakej 11 dan Pakej 12 ni sebahagian daripada pembukaan lebuhraya pantai timur fasa 2. Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 bermula dari Karak sehingga Jabor.
"Sukacitanya dimaklumkan jajaran Pakej 11 dan Pakej 12 akan dibuka secara rasmi kepada orang awam pada 22hb Ogos 2011. Untuk makluman, pakej 11 dan Pakej 12 telah diwartakan sebagai Jalan Persekutuan pada 15hb Mac 2011. Sehubungan itu, orang awam dibolehkan menggunakan jajaran lebuhraya dengan melalui Persimpangan Bukit Besi sehingga Persimpangan Ajill bagi Pakej 10. Seterusnya melalui Persimpangan Telemong ke Persimpangan KualaTerengganu bagi Pakej 11 dan Pakej 12"
Pun gitu, kalau korang dari Kuala Lumpur nak balik ke Kuala Terengganu atau ke Kelantan, korang cuma boleh drive Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 dan kluar di Jabor. Seperti biasa, tetapi buleh masuk kembali di persimpangan Bukit Besi dan menyambung semula guna lebuhraya sehingga ke Temelung.


Nampaknya kalau macam ni, setakat hari ni, hanya orang sekitar Cherating, Kemaman dan sekitarnya akan dapat benefit dengan pembukaan lebuhraya pantai timur fasa 2 ni. Kami yang duk Kelantan, terpaksa ikut jalan lama :(.
So, balik raya tahun ni, rasanya kena balik ikut Bentong, Raub, Gua Musang, Kuala Krai dan Machang. Cam biasa. Nak ikut lebuhraya pantai timur belum siap sepenuhnya. Harap-harap tahun depan sempat la siap. Ramai yang boleh guna kemudahan lebuhraya pantai timur ni.

MrJocko.com

Duniaku <b>Di</b> Sini: Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 2 Dah Boleh <b>...</b>

Posted: 18 Aug 2011 08:11 PM PDT

Antara perkara yang perlu ditittik beratkan waktu nak balik raya nanti semestinya perjalanan yang selamat dan kalau boleh masa perjalanan yg singkat. This year (next week dah pun) kami sekeluarga akan beraya di Terengganu. Sejak kebelakangan ni kami sering menggunakan laluan Jabor - Bukit Besi - Jerangau. Alhamdulillah perjalanan lebih singkat berbanding daripada laluan Kuantan - Kemaman - Dungun - Marang - K.Trg. Tapi, sekiranya LPT Fasa Ke-2 siap sepenuhnya, Insyaallah masa perjalanan kami akan lebih singkat. Mama ada terbaca kat blog  Teganuku, katanya MB Trg, Datuk Seri Ahmad Said dah pun umumkan bahawa sebahagian daripada LPT Fasa Ke-2 ni dah boleh digunakan seminggu sebelum menjelang  Aidilfitri iaitu minggu depan la kan..Alhamdulillah!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads