13 di pulau perhentian - Google Blog Search |
4D3N <b>di Pulau Perhentian</b> | Dari KacaMata IYRIN Posted: 03 May 2013 12:00 AM PDT Based on the previous entry, dah dapat teka tak? Yes..I went to Perhentian last week. Baru pertama kali sampai ke sana. Pantai nya ..MasyaAllah, cantik sangat. Airnya jernih dan biru. Coral pun banyak yang cantik-cantik. Tak payah nak pergi jauh-jauh pun. Padahal dekat sini lagi cantik dari tempat lain. Kebetulan I outstation last week di Kuala Terengganu. Alang-alang dah sampai sana, tu yang terus sambung perhentian. Untuk ke Pulau Perhentian ni, kena ambil jeti di Kuala Besut. Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Besut kira-kira 2 jam. Btw, kitorang tak book apa-apa pun dari sini. Kira main gamble je. Semuanya kami handle sendiri. Nasib baik pergi hari bekerja iaitu hari Rabu. Jadi memang tak ramai orang. Kalau yang planning nak pergi weekend better book awal-awal. Takut tak ada tempat tinggal pula nanti. Tambang boat dari Jeti ke Pulau Perhentian RM70 seorang untuk pergi-balik. Tapi sebab ada rakan di sana, I dapat diskaun sikit. Dapat jimat lagi di situ. Jangan lupa kena bayar lagi RM5 seorang untuk caj pemuliharaan. eh..choki-choki sape plak tu Sementara tunggu bot ke Perhentian, sempat lunch dekat kedai tepi jeti. Boleh tahan sedap dan murah pula tu. Pukul 2 lebih bot dah mula bergerak ke Perhentian. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30-45 minit. Laut masa tu lebih tenang. Jadi laut kurang bergelora dan duduk dalam bot lebih selesa tanpa hendakan dari ombak. Selepas beberapa minit, sampai sudah ke Long Beach. Dekat Perhentian ni ada 2 pulau iaitu Perhentian Kecil dan Perhentian Besar. Kami memilih untuk bercanda di Perhentian kecil sebab orang cakap view lagi lawa dan sesuai untuk orang muda. Apa yang sesuai sangat tu, later I cerita. Sampai di Long Beach, kene amik teksi bot pula sebab bot besar tak boleh masuk. Hanya bot-bot kecil saja boleh hantar sampai ke tepi pantai. Yang ni seorang kena RM2. Disebabkan tak book mana-mana chalet, jadi bermula la expidisi mencari tempat tinggal. Chalet dekat long beach banyak yang murah-murah dan memang sesuai untuk backpackers. Mostly below RM100. Our first target D' Rock Garden sebab nampak chalet ni menarik dan atas bukit lagi. We were lucky sebab masih ada bilik kosong untuk satu malam saja. Esok kena cari bilik lain pula. Kalau weekdays orang kita memang kurang yang ramai foreigner je. Rate untuk bilik Rock garden ni agak murah. RM70 untuk bilik kipas dengan seaview. Nama pun duduk dekat pulau, amik bilik kipas pun dah ok sebab nak rasa angin pantai and malam-malam boleh tahan sejuk juga.
View from our room. Bukak-bukak sliding door je nampak laut. Selak-selak langsir nampak laut. Sangat berbaloi rasanya duduk dekat sini. Kebetulan malam tu fullmoon, view bertambah cantik lagi. Nampak laut bersinar-sinar di sinari dengan cahaya bulan..cewah Next time datang kene tinggal chalet ni lagi. Cantik sangat-sangat tengok laut yang jernih dan biru terbentang depan mata. Macam dalam postcard my friend cakap. Lepas dah check-in dan merehat kan diri, masa untuk explore pulau pula. Sunblock kena pakai wei sebab panas terik. Memang boleh burn nanti kulit. Bila dah burn, adoiiii....pedih nya hanya diri sendiri yang tahu. Ada baca dekat blog orang cakap view lawa dekat kincir angin. So kami pun terus menuju ke sana. Nak sampai sana kena la hiking sikit. Lebih kurang setengah jam baru sampai atas. Lencun satu badan sebab naik bukit tu sangat curam. Tapi bila dah nampak permandangan ni, terus hilang rasa penat. #siapakatapulaumalaysiatakcantik view from the top. Breathtaking Kalau rajin turun la bawah tu. Tengok semput tak semput nak naik balik.. I semput nokssss Sini warna laut bukan biru lagi..tapi turquoise ok..turquoise ...mana nak dapat Nasihat I, klau boleh datang la masa siang-siang lagi. Kalau nak tunggu sunset memang bergelap la nak turun balik sebab tak ada lampu pun dan jalan agak bahaya dan curam. Tuuuuu dia kincir angin. Tapi tak berfungsi dah pun. Duduk atas ni memang best sambil layan view kita layan angin sekali. Sepoi-sepoi bahasa It was indeed the most amazing view. Tu la..sebelum ni sibuk sangat nak ke luar negara sampai tempat sendiri pun tak pandang. Kali ni nak banyak kan bercuti dalam negara pula la. Banyak lagi tempat tak explore. Selepas penat hiking, sampai-sampai bawah terus terjun ke laut. Panas pun panas la. Sapa boleh tahan tengok laut yang jernih cenggitu. Rugi la kalau tengok je. Mesti rasa nak mandi bekorbar-kobarnya. Dari segi makan pula, kat sana ada banyak juga kedai. Tapi kitorang tak pernah makan kat kedai long beach pun. Selalu makan kat kedai Ewan's sebab sedap dan paling penting ade Wifi. Harga agak mahal sikit tapi portion nya agak banyak. Kedai Ewan's ni terletak dekat CoralBay. Jadi kena jalan sikit untuk kesana. Tak jauh pun. Lebih kurang dalam 10 minit cam tu je. Sambal udang kat sini memang terbaik. Walaupun I alergic, tapi bedal jugak beb sebab sedap sangat. Untuk ke sana dari Long beach, kena ikut laluan di Blacktip. Follow je road tu and first kedai yang nampak tu la Ewan's. Sayur campur comel je letak dalam mangkuk kecik ni. Masa 1st day makan tu rasa sayur campur ni sedap sangat. Tapi second day rasa kurang sikit dari 1st day tu. Sekarang tiba la masa I nak reveal sebab apa Perhentian Kecil ni lebih happening dan sesuai untuk orang muda sebab bila malam Long Beach bertukar menjadi ...... One big dance floor... Ini kat Blacktip. Memang seronok chill tepi pantai sambil layan lagu dan tengok orang main api ni..perghhh For the second day, terpaksa pindah chalet dan duduk di Moonlight. Bilik kipas dapat RM60 dan bilik terlalu simple. Tapi tak kisah la..nama pun backpackers kan. Moonlight ni elektrik hanya available dari 7pm-7am sahaja dan hanya terima walk-in. Booking memang tak layan der. Waktu siang tu tak payah la duduk dalam bilik. Lebih baik jalan-jalan atau lepak kat beranda je sebab panas. Sementara tunggu bilik sedang dikemaskan. Motif gamba ni? Activiti untuk hari ke-2 ni lebih santai dan lepak di tepi pantai saja. Rasa masa cepat sangat berjalan. Tengok-tengok dah nak malam dah. Apa lagi..chasing sunset laaa.. Hari ketiga pun tukar chalet lagi. Kali ni decide untuk tinggal di CoralBay sebab malam view lebih tenang dan rileks di sana. Walk-in ke ShariLa siang tu dan nasib baik ada bilik yang available dekat sana sebab malam sebelum tu tanya bilik dah fully book. Bilik di sini lebih selesa dan harga pun memang la lebih mahal dari chalet yang duduk sebelum ni. Standard room RM140 dengan aircond dan kipas siap ada water heater dan HBO. Kalau duduk sini, baik amik pakej snorkling dengan resort ni saja sebab jauh lebih murah dari yang ada kat luar sana. Untuk snorkling short trip, harga di ShariLa hanya RM25 saja. Kalau kat Long Beach sampai RM40 seorang. Fuhhh... Cantik kan bilik dekat shariLa ni. Tenang gitu. Third day ni pun hanya chill di pantai saja. Hanya hari terakhir tu je pergi snorkling. Snorkling memang terbaik la sana. Coral sangat cantik dan lively. Bermacam-macam jenis dan bentuk ada. First time dapat tengok coral secantik itu tambah pula kena sinaran cahaya matahari..memang awesome. Dapat tengok nemo dan banyak lagi ikan yang berwarna-warni. Part yang paling seronok sekali, first time dapat tengok dan bermain dengan penyu dalam laut. It was the most memorable experience so far. Opss..ini bukan penyu..ini dugong hampir-hampir lemas Misi mencari penyu dan shark. Nasib baik tak jumpe shark. Kalau tak kejung dah I tengah-tengah laut tu. Happy sangat dapat jumpa penyu. Balik tu satu badan burn sebab snorkling di tengah hari. Tepat pukul 4 terus ke jeti untuk pulang dengan perasaan yang sangat berat. No wander la orang banyak kali datang sana sebab bila dah pergi sana, mesti rindu nak datang balik. Macam ada saka memanggil-manggil suruh datang balik..ok..tak kelakar pun. Perbelanjaan di pulau tak mahal sangat. Dalam 4H3M tu habis dalam RM250 seorang termasuk tempat tinggal dan bot. ok..kita jumpa lagi Perhentian. Btw, jom follow instagram I 'iyrinlatip' will upload banyak lagi gambar dalam instagram. |
You are subscribed to email updates from di pulau perhentian - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan