di negeri terengganu - Google Blog Search |
puluhan ribu rakyat berkumpul <b>di</b> himpunan black out <b>...</b> - Omak Kau!!!! Posted: 23 May 2013 11:37 AM PDT Markas PAS Kuala Ibai, Kuala Terengganu, dibanjiri puluhan ribu rakyat pelbagai bangsa tua dan muda yang berbaju hitam sempena Perhimpunan Black out "505" Peringkat Negeri Terengganu. Selain DSAI, Timbalan Presiden PAS Tuan Hj Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS, Dato' Hj Husam Musa, Pengerusi PKR Negeri Terengganu merangkap ADUN Bandar,YB Azan Ismail, ADUN Batu Buruk YB Dr Syed Azman dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah turut hadir. Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas, sekiranya tangkapan yang dibuat ke atas beberapa pemimpin Pakatan Rakyat di bawah Akta Hasutan sebagai 'petanda' amaran untuk membuatkannya takut, beliau tidak gusar bahkan akan terus berjuang. "Kalau nak buat penangkapan bagi 'signal' (petanda) untuk saya takut? Saya akan tetap akan berjuang," kata Anwar di hadapan kira-kira 30,000 hadirin di ceramah 'Black 505 di perkarangan Markaz Pas, Kuala Ibai, Kuala Terengganu malam tadi. Semalam, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, Pengerusi NGO Asalkan Bukan Umno (Abu), Haris Ibrahim dan aktivis PAS Tamrin Ghafar ditahan secara berasingan dipercayai berhubung himpunan membantah penipuan pilihan raya yang akan berlangsung Sabtu ini. Anwar menyifatkan kehadiran puluhan ribu di pelbagai ceramah dengan jumlah yang meningkat sebagai bukti keberanian rakyat menentang penipuan sistem pilihan raya yang dijalankan. Tegas Anwar, tujuh himpunan 'Suara Rakyat Suara Keramat di Kelana Jaya, Pulau Pinang, Ipoh, Kuantan, Johor Bahru, Seremban dan Terengganu berlangsung secara aman dan tertib.Ganu_505 Sebaliknya, kenderaan milik penyokong Pakatan Rakyat yang hadir ke himpunan dirosakkan termasuk disimbah asid. Justeru katanya, siri himpunan Black 505 di seluruh negara yang menyambut kemuncaknya pada program Suara Rakyat 505 di Padang Timur, Petaling Jaya Sabtu ini akan tetap diteruskan. "Kerana ini sahaja mesej yang jelas, terutama di kalangan anak-anak muda. Ini pertarungan saudara. Kami hanya pemangkin kecil dalam proses ini. "Kalau saudara biarkan penipuan berlaku, tidak ada jaminan sama sekali pilihan raya akan datang peraturan dan undang-undang akan berubah. Anak muda harus bangkit. Pertarungan ini menentukan masa depan anak muda," kata Anwar disambut tepukan gemuruh hadirin. "25 haribulan ini kita hadir. Kita tak boleh terima penipuan SPR dan keputusan yang diumumkan. Jangan anggap ini perhimpunan terakhir. "Kalau kita mula beri 'signal' berundur sekiranya berlaku penangkapan, maka berakhir perjuangan dan kita kalah dalam pertarungan ini," kata Anwar disambut teriakan 'Reformasi' ribuan rakyat Terengganu. |
You are subscribed to email updates from di negeri terengganu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan