Khamis, 10 Mei 2012

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


Gempar, Katak Merah <b>di</b> Laman Rumah

Posted: 30 Apr 2012 08:04 PM PDT

Katak berwarna merah yang ditemui anak Kamsah, Mohd Fakrul Ikwan di halaman rumah mereka, semalam.

Inilah Katak Merah Costa R.ica yang dipaparkan dalam laman web indonesia.mongabay.com yang menyerupai katak merah yang ditemui keluarga Kamsah.

MARANG – Sebuah keluarga yang tinggal berdekatan bangunan rumah kedai Majlis Daerah Marang (MDM) di Wakaf Tapai dekat sini, terkejut apabila anak mereka yang berumur sembilan tahun menemui spesies baru katak berwarna merah di halaman rumah mereka.

Menurut ibu kanak-kanak terbabit, Kamsah Ludin, 38, sejak tinggal di kawasan berkenaan beberapa tahun lalu, dia tidak pernah menemui katak sebegitu.

"Kami terkejut selepas Mohd Fakrul Ikwan (anak) memberitahu ada seekor katak berwarna merah di halaman rumah.

"Selepas haiwan seberat lebih kurang 15 gram itu berjaya ditangkap bapanya, kami menyimpannya di dalam sebuah bekas," katanya.

Menurut Kamsah, katak kecil sepanjang kira-kira dua sentimeter dan berwarna merah itu kelihatan amat menarik.

"Tertarik dengan warnanya, kami menyimpannya untuk tatapan mereka yang ingin melihatnya," katanya semalam.

Maklumat yang diperoleh daripada beberapa laman web di internet semalam, mendapati katak berwarna merah itu ada persamaan dengan spesies katak merah ditemui di Costa Rica, Brazil berdasarkan warna dan bentuknya.

Bagaimanapun, laman web indonesia.mongabay.com itu tidak mengandungi maklumat lanjut dan terperinci mengenai katak merah yang dinamakan sebagai 'Katak Merah Kosta Rika' itu.

Selain itu, dalam Biology–blog.com, blogger terbabit menyifatkan spesies itu berasal dari pergunungan Haiti, Hawaii dengan nama saintifiknya 'Eleutherodactylus audanti'.

Namun, maklumat terperinci mengenai spesies katak merah itu juga tidak dinyatakan lebih lanjut.

Mengulas lanjut, Kamsah berkata, dia akan menyimpan haiwan amfibia itu dan bersedia memberikan jika ada pihak yang ingin mengkaji spesies baru ditemui itu.
sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads