13 di jabor - Google Blog Search |
Cerita Tentang Apa sahaja ? » Orang asli <b>di</b> Terengganu Posted: 10 May 2012 08:10 AM PDT Terengganu adalah antara negeri yang menjadi penempatan orang asli yang berasal daripada kumpulan Negrito, dan Senoi. Contohnya orang asli Semoq Beri merupakan kelompok Senoi dan Bateq pula daripada kelompok Negrito. Puak orang asli ini mmpunyai bentuk fizikal yang berbeza antara satu dengan puak yang lain. Berdasarkan sumber JHEOA, 2007 di negeri hitam putih ini terdapat lebih kurang 733 orang penduduk orang asli yang tinggal di tiga perkampungan iaitu Kampung Sungai Pergam di Ulu Jabor, Kemaman, Kampung Sungai Berua yang terletak di Kuala Berang, Hulu Terengganu dan Kampung Sungai Sayap, Besut yang terdiri daripada suku kaum Semaq Beri dan Bateq. Kumpulan orang asli ini rata-ratanya berpegang kepada budaya, adat resam dan kepercayaan masing-masing. Seandainya anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan orang asli di Terengganu, sila layari laman berikut: 1) http://newpaces.com/forum/topic/670 |
Tak sempat pulang ke kampung ~ Kemalangan Jalan Raya Posted: 05 May 2012 11:20 PM PDT Inalillahi wainailaihi rojiun DUNGUN - Hasrat seorang guru pulang ke kampung menziarahi ahli keluarga berakhir dengan tragedi apabila kenderaan dinaiki tiga sekeluarga itu terbabit dalam satu kemalangan dekat sini, lewat petang kelmarin. Kejadian di Kilometer 87.2 Jalan Jerangau-Jabor dekat sini itu dipercayai berlaku apabila kereta Proton Persona dipandu Ahmad Bukhari Mohd Nordin, 30, dipercayai masuk ke laluan bertentangan ketika cuba memotong sebuah kenderaan lain di hadapannya, sebelum berlanggar dengan sebuah pacuan empat roda dari arah bertentangan. Ahmad Bukhari berasal dari Wakaf Bharu, Kelantan dan mengajar di Sekolah Menengah (SM) Agama Hasanah, Rompin Pahang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan AMBS akibat cedera parah pada bahagian dalaman serta patah paha. Isterinya, Wan Asmahani Wan Ismail, 31, jururawat di Hospital Muadzam Shah, Pahang yang patah tangan kanan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut. Manakala anaknya, Marisa Maisara yang baru berumur tujuh bulan cedera ringan. Pemandu pacuan empat roda, Zainal Ibrahim, 45, dari Seri Bandi, Kemaman hanya cedera ringan. Isteri Zainal, Haslina Md Yahya, 42, cedera dipinggang manakala anaknya, Syazanajihah, 20, penuntut sebuah Politeknik dan Mohd Syariz, 11, hanya cedera ringan. Mayat arwah Ahmad Bukhari kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk pemeriksaan lanjut sebelum dituntut ahli keluarganya untuk dibawa pulang ke kampung halamannya di Rompin, Pahang. Dalam tragedi berasingan, seorang pelajar menemui ajal selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 13 Jalan Tokkah-Jerangau. Kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang Amirul Aiman Shamsuddin, 14, terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar sebatang pokok. Mangsa yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Serai kemudiannya dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Dungun oleh penduduk kampung dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan. Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kemalangan tersebut dan kes masih dalam siasatan pihaknya. Al-Fatihah Sumber: |
You are subscribed to email updates from di jabor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan