13 di ketengah jaya - Google Blog Search |
Prospektus Penyenaraian FGVH Dilancarkan Khamis | Bicara hati <b>...</b> Posted: 27 May 2012 03:49 AM PDT Prospektus Penyenaraian FGVH Dilancarkan Khamis PM Lancar Prospektus Penyenaraian FGVH Khamis depan MOHD ISA merasmikan Hari Kesihatan FELDA Wilayah Terengganu dan sambutan Hari TB Sedunia Peringkat Negeri Terengganu sambil disaksikan Dr Anwa di FELDA Ketengah Jaya, Dungun, semalam. DUNGUN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan prospektus penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Kuala Lumpur Khamis depan. Menyatakan demikian, Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, pelancaran itu bagi membolehkan FGVH disenaraikan ke Bursa Malaysia. "Cuma tinggal beberapa hari saja lagi untuk Datuk Seri Najib melancarkan kempen penyenaraian FGVH serta proses penerimaan tempahan di mana 20 peratus sahamnya menjadi milik peneroka yang berjumlah 112,635 orang. "Manakala 17 peratus lagi sahamnya dipegang oleh badan amanah jemaah menteri yang menjaga Felda," katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan sambutan Hari Kesihatan Felda Wilayah Terengganu dan sambutan Hari Tibi Sedunia peringkat negeri Terengganu di Ketengah Jaya dekat sini, Sabtu. Mohd Isa berkata, daripada 20 peratus saham milik peneroka itu yang mendapat untung, ia akan diagihkan kepada semua 112,635 peneroka berkenaan. Katanya selain itu Felda juga mengagihkan saham kepada kerajaan-kerajaan negeri dan yang menjadi amalan Felda, saham-saham juga akan diagihkan kepada institusi-institusi pelaburan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tabung Haji dan lain-lain. |
You are subscribed to email updates from di ketengah jaya - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan