13 di batu rakit - Google Blog Search |
Wakaf Chagak: Sambutan <b>Di</b> Luar Dugaan… Posted: 18 Sep 2012 05:54 AM PDT WAKAF CHAGAK, BATU RAKIT – Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Batu Rakit, Dr Mohamad @ Abdul Wahab Ngah mengucapkan setinggi tahniah di atas kehadiran para tetamu ke majlis Sambutan Hari Raya dan Hari Malaysia di Dewan Bestari Wakaf Chagak pada 16 September 2012 baru-baru ini. Beliau yang telah diberi kesempatan oleh parti selama dua penggal (1990 – 1999) merasa bangga dengan kehadiran tetamu lebih kurang 1,500 orang, termasuk berbagai peringkat usia dari kanak-kanak hingga dewasa, apabila diberitahu oleh beberapa jawatankuasa sambutan. Beliau yang pernah menjawat jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Negeri (EXCO) merasa kagum terhadap sokongan padu masyarakat yang memungkinkan satu tanda kearah kemenangan Barisan Nasional di DUN Batu Rakit pada pilihanraya akan datang, bisiknya kepada beberapa tetamu yang hadir bersama pada majlis tersebut. Tetamu awal hadir sebaik majlis bermula jam 10.00 pagi ialah Haji Md Ali Abdullah, Ketua Penyelia, Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) DUN Batu Rakit dan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Setiu, Datuk Haji Abd Rahman Mat Yasin. Majlis anjuran bersama JKKK, Komuniti 1Malaysia dan KRT Wakaf Chagak sebagai aktiviti setiap tahun berakhir tepat 2.00 petang. |
You are subscribed to email updates from di batu rakit - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan