13 di wakaf tapai - Google Blog Search |
Jefridin buat laporan palsu | N9 Kini - Portal Berita Negeri Sembilan Posted: 04 Jul 2012 04:15 AM PDT Kuala Terengganu, 04 Julai : Seorang tukang masak dijatuhkan hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini selepas mengaku bersalah membuat laporan polis palsu kecurian motosikalnya. Jefridin Manan Sebaliknya, motosikal berkenaan digunakannya untuk melakukan rompakan bersenjata di sebuah kedai emas di Wakaf Tapai, Marang, pada November tahun lalu. Tertuduh, Jefridin Manan , 31, dari Jalan Tok Lam, di sini, yang juga pemilik motosikal berkenaan adalah antara lima suspek termasuk tiga anggota polis yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes samun Kedai Emas Swee Heng di Taman Bestari, Wakaf Tapai, pada 28 November 2011. Majistret Abdul Hayyi Salim membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu. Mengikut pertuduhan, Jefridin didakwa dengan sengaja membuat laporan palsu dengan niat menyebabkan penjawat awam menggunakan kuasanya yang sah di sisi undang-undang yang mendatangkan bencana kepada orang lain di Balai Polis Kuala Terengganu kira-kira jam 1.15 tengahari pada 10 Disember 2011. Bagi kesalahan itu, Jefridin boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda, manakala Jefridin yang berbaju-T warna merah jambu tidak diwakili peguam. Mengikut fakta kes, pegawai penyiasat bertugas mendapati tertuduh membuat laporan polis palsu kerana berdasarkan siasatan dijalankan, motosikal jenis Honda Icon tidak dilaporkan hilang, sebaliknya digunakan Jefridin sendiri dalam kejadian rompakan yang menggunakan senjata api. |
You are subscribed to email updates from di wakaf tapai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan