13 di jabor - Google Blog Search |
Buruh maut tersepit penyodok jentolak Posted: 20 Mar 2011 11:38 PM PDT CHUKAI: Seorang buruh kuari di Hulu Jabor dekat Kampung Jabor Perasing Jaya di sini, maut selepas tersepit penyodok jentolak yang digunakan untuk menolak keluar sebuah lori yang terkandas dalam lumpur, petang kelmarin. Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, Abdul Latif Mat Said, 46, dikatakan enggan keluar walaupun sudah diarahkan dengan alasan sudah biasa berada dalam penyodok jentolak ketika jentera itu sedang bekerja. Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Abdullah Sani Salat, berkata sebelum kejadian, mangsa dari Kuantan, Pahang tiba di tempat kejadian jam 5.15 petang dan masuk dalam penyodok untuk mengambil minyak diesel yang diletakkan di atas sebuah para yang agak tinggi di kawasan kuari itu. Beliau berkata, selepas selesai menurunkan minyak diesel, pemandu jentolak terbabit mahu membantu menolak sebuah lori mengangkut batu yang terkandas dalam lopak air berhampiran tapak kuari itu dan meminta mangsa turun daripada penyodok jentolak itu tetapi dia tetap enggan. "Ketika jentolak berkenaan menolak lori itu, mangsa yang berada dalam penyodok tergelincir dan tersepit antara mata jentolak dan belakang lori itu," katanya. Abdullah Sani berkata, pemandu jentolak dan pemandu lori serta beberapa pekerja yang berada di situ segera membantu mangsa yang parah di kepala. Katanya, polis menahan pemandu jentolak berusia 46 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih dua tahun atau denda. Berita Harian Pekerja kuari maut KEMAMAN – Niat mahu membantu bertukar tragedi apabila pekerja kuari maut selepas tergelincir lalu jatuh daripada jengkaut ketika menolong pemandu lori yang kenderaannya tersangkut dalam lopak air di Kuari Bukit Ketam, Perasing Jaya, Jabor, petang kelmarin. Insiden kira-kira jam 5.30 petang itu mengakibatkan mangsa, Abdul Latif Mat Said, 46, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami pendarahan di kepala. Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, mangsa yang ketika itu berada dalam penyodok besi di bahagian hadapan jengkaut tiba-tiba tergelincir ketika dia menolak bahagian belakang lori yang tersangkut dengan mengguna penyodok besi terbabit. "Kira-kira 15 minit sebelum kejadian, mangsa bersama pemandu jengkaut pergi ke kawasan kuari untuk mengambil tong minyak diesel tetapi ketika tiba di tempat kejadian terdapat lori yang tayarnya tersekat dalam lopak air. "Justeru, pemandu lori terbabit meminta pertolongan daripada pemandu jengkaut dan mangsa kebetulan lalu di situ menolak lorinya menggunakan kenderaan berat itu manakala pemandu jengkaut itu mengarahkan mangsa yang berada dalam penyodok besi supaya turun," katanya. Menurutnya, bagaimanapun, mangsa yang berasal dari Pahang dan menetap di Jabor, enggan turun kerana dia mendakwa sudah biasa dengan situasi berkenaan dan perkara itu disaksikan sendiri oleh pemandu serta kelindan lori terbabit. "Pemandu jengkaut itu tetap mendesak mangsa turun kerana khuatir keselamatannya. Namun selepas lima minit mangsa masih berada dalam penyodok besi dan pemandu terbabit terpaksa menolak walaupun mangsa berada di bahagian hadapan jentera berat itu. "Ketika menolak, tiba-tiba mangsa tergelincir manakala kepalanya cedera teruk kerana terhentak pada bahagian belakang lori sebelum terjatuh," katanya. Difahamkan, pemandu jengkaut terus mengangkat lebih tinggi bahagian penyodok besi hadapan dan segera mendapatkan mangsa, bagaimanapun ketika itu mangsa sudah tidak bergerak dan mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat," katanya. Susulan itu, pemandu jengkaut itu kini ditahan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda. Katanya, kejadian berkenaan bersifat secara tidak sengaja, namun pemandu jengkaut terpaksa ditahan untuk siasatan lanjut. Sinar Harian |
You are subscribed to email updates from di jabor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan