13 di dungun - Google Blog Search |
Pakej Percutian Bersatu Dengan Alam <b>di</b> Sungai Perlis, <b>Dungun</b> <b>...</b> Posted: 04 Apr 2013 03:07 AM PDT Saya baru balik dari trip di Sungai Perlis, Dungun, Trengganu. Pergh! Tempat ni memang mengkagumkan. Saya pergi ikut kawan saya yang merupakan anak jati Kampung Syukur, Dungun - saudara Awang Ghani. Awang Ghani bawa saya ke Sungai Perlis yang berdekatan dengan Kampung Syukur dan di sana saya telah berjumpa dengan suatu kawasan yang menawarkan spesifikasi yang cukup baik untuk satu percutian bersama dan bersatu bersama alam untuk seisi keluarga.Saya cukup teruja dengan tempat ini sampai saya buat pakej percutian yang saya namakan: PAKEJ PERCUTIAN BERSAMA ALAM DI SUNGAI PERLIS, DUNGUN TRENGGANU Apa yang ada di Sungai Perlis, Dungun? 1. Sungai Perlis adalah salah satu cabang daripada Sungai Dungun. Terdapat beberapa kawasan perkhemahan yang telah dikenalpasti oleh jurupandu tempatan. Salah satu yang menakjubkan ialah di lokasi yang bakal anda lawati apabila menyertai pakej percutian di atas. 2. Tempat percutian ini masih dalam kategori 'anak dara', belum banyak diteroka oleh orang ramai. Oleh itu kawasan persekitaran tempat percutian ini sangat segar dan sangat menenangkan. Di malam hari bila pandang ke langit, bulan dan bintang nampak sungguh luarbiasa, terangnya sangat mengasyikkan (kalau hari tak hujan la hee) 3. Salah satu tarikan utama Sungai Perlis ialah merupakan satu lokasi lubuk air tawar mega yang cukup luarbiasa dan belum banyak diteroka berbanding dengan lokasi-lokasi lubuk air tawar di Dungun. Ikan kelah, sebarau, tengas dan lain-lain bersaiz mega masih banyak terdapat di sini. 4. Sungai Perlis sungainya sangat mengkagumkan, kawasan mandiannya sangat luas, hampir bersaiz kolam renang olimpik. Airnya sangat jernih boleh namapk semua benda! 5. InshaAllah anda akan dapat makan ikan-ikan sungai yang sangat segar dan bersaiz besar di sana dan jika ada rezeki boleh bawa ikan balik ke rumah juga. InshaAllah anda dan keluarga yang rasa ringan kepala apabila pula semula ke kota-kota setelah berkhemah dan bercuti di bawah pakej percutian ini. Dengan ini saya menjemput anda semua untuk satu Pakej Percutian Bersatu Bersama Alam di Sungai Perlis, Dungun seperti berikut: 1. Jangkamasa Trip - 3H2M i. Sesiapa yang dapat kumpul minimum 6 perserta (grup anda sendiri) anda boleh memilih mana-mana tarikh yang anda sukai antara antara April – Oktober, 2013. ii. Trip 1 - 19 April (9 pagi) – 21 April, 2013 (1 tgh) ii. Trip 2 - 26 April (9 pagi) – 28 April, 2013 (1 tgh) 3. Tempat berkumpul: Di Rest House Kampong Pasir Raja, Dungun. Segala urusan perjalanan ke tempat berkumpul diuruskan sendiri oleh perserta. Sekiranya perlu anda boleh bermalam di Rest House Pasir Raja, Dungun. 4. Waktu berkumpul: 9 pagi di Rest House, Pasir Raja, Dungun. 5. Perjalanan : Dari jeti Kampong Syukor akan ke Sungai Perlis lokasi memancing menaiki bot selama 3 jam. 6. Jurupandu Utama: Awang Ghani dan Tengku Ibrahim, orang tempatan dari Kampung Syukor, Pasir Raja, Dungun. Mereka juga ketua bot. 7. Bilangan: Minimum 6 org, Mak 40 org 8. Kos: RM 250 seorang 9. Makan & Minum: Bawa makanan sendiri, cth beras, bawang, minyak dan sebagainya. Akan disediakan tong gas, dapur masak, kuali dan periuk besar. Akan disediakan juga khemah besar untuk memasak dan melepak. 10. Barang-barang dan Peralatan : Bawa khemah sendiri. Bawa alatan memancing sendiri. 11. Hasil Pancingan : Apa yang ditangkap bolehla di bawa pulang masing-masing. Ais akan disediakan. 12. Target Ikan : Ikan Kelah, Sebarau, Tengas dll. ... 13. Deposit: Perlu menyerahkan deposit sebanyak RM150 utk memudahkan urusan perjalanan trip sebelum 12 April, 2013 bagi Trip 1 dan sebelum 19 April, 2013 bagi Trip 2. Kepada yang berminat boleh hubungi saya 012-6242760 atau reply di forum ini. No. Akaun CIMB - 0516 – 0011 – 04 - 4521 Nama - Mohd Ashik Bin Abdul Rahman PERHATIAN Trip akan berjalan sekiranya ahli mencukupi. Sekiranya ahli tidak mencukupi atau cuaca tidak mengizinkan maka trip akan dibatalkan. Deposit akan dipulangkan 100%. Terima Kasih & Selamat Bercuti Saya baca di Pancing Net terjumpa pula posting di sana yang bercakap mengenai Sungai Perlis. Memang betul seperti apa yang diperkatakan bahawa memang Dungun terdapat banyak Lubuk Mega, terutamanya Sungai Perlis. Ikan-ikan memang mega-meg di sana - http://www.pancing.net/index.php?topic=825.0 |
You are subscribed to email updates from di dungun - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan