13 di pulau wan man - Google Blog Search |
Muzium Terengganu: Muzium Terbesar Malaysia | Cuti Malaysia Posted: 29 May 2013 05:00 PM PDT Menjejak sejarah Negeri Terengganu, Cuti Malaysia ke Muzium Terengganu atau lebih masyhur dengan nama Muzium Losong. Terletak di Pulau Wan Man dalam daerah Losong, Muzium Terengganu ini merupakan muzium paling besar di Malaysia. Untuk kesini, jika berkenderaan awam, anda boleh menggunakan perkhidamatan Bas Bandar dari Dataran Syahbandar. Biasanya lawatan ke Muzium Terengganu akan disertakan dengan lawatan ke Taman Tamadun Islam yang terletak bersebelahan.
Sebaik melangkah masuk ke kawasan Muzium, Cuti Malaysia terpegun dengan keluasan bangunan Muzium ini, jauh besar dari Muzium Negara di Kuala Lumpur ini. Cuti Malaysia juga cukup tertarik dengan senibina tradisional tapi menggunakan simen konkrit bagi bangunan yang banyak menyimpan khazanah negeri Terengganu ini. Keadaan senibina ini dengan suasana sekeliling yang redup ditemani Sungai Terengganu dipinggir Muzium ini menyebabkan anda tak rasa macam berada di Muzium pun. Lanskap pun cukup menarik disini. Jalan-jalan menghirup udara di luar pun dah cukup best, belum masuk lagi. Muzium yang cukup besar ini menyimpan pelbagai khazanah Negeri. Mari kita tinjau ke dalam pula. Muzium terbesar di Malaysia ni memang padat dengan bahan pameran khususnya berkaitan warisan dan tradisi Negeri Terengganu. Antaranya ialah; Menarik di Muzium Negeri Terengganu
Antara yang menarik perhatian Cuti Malaysia ialah Batu Bersurat yang dijumpai di Kuala Berang dan juga seni pembuatan songket, tembaga, batik dan sutera. Time ni dah terbayang pilihan sutera yang pelbagai di pasar Payang heheh. Antara yang turut dipamerkan ialah permainan tradisional masyarakat Melayu seperti Terompah Gergasi, Congkak dan sebagainya. Galeri Petroleum juga best, banyak benda baru dipelajari. Baru lah dapat bayangkan apa yang berada di loji penapisan Minyak yang terletak di Kerteh on the way nak ke Kuala Terengganu. Galeri Hidupan Laut dan Bianatang liar juga menarik minat pengunjung denngan bahan pameran haiwan sebenar yang diawet. Nampak macam betul tau. Bagus infotainment macam ni untuk anak-anak zaman sekarang kan. Cuma satu jer yang tak best, pengunjung tidak dibenarkan menangkap gambar sepanjang berada dalam Muzium. So layan dulu gambar gambar di sekitar Muzium Negeri Terengganu sahajalah. Gambar Muzium Negeri Terengganu |
You are subscribed to email updates from di pulau wan man - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan