13 di ketengah jaya - Google Blog Search |
Anak Sungai Derhaka: UMNO Rampas Tanah Melayu Lagi <b>...</b> Posted: 02 Apr 2012 05:00 PM PDT Tanah Generasi ke-2 Felda yang bertempat di Felda Ketengah Jaya, Mukim Paka kini dirampas oleh agensi KETENGAH sebagai sebuah institusi kerajaan yang ditubuhkan di wilayah Terengganu tengah. Hasrat sebenar penubuhan Ketengah adalah untuk membantu dan memajukan negeri Terengganu. Ianya menjadi institusi yang diambil kesempatan oleh para pemimpin Umno-BN sendiri. Kereta beliau ditangkap tetapi tuannya bebas. Pegawai Ketengah pula akhirnya menjadi kambing hitam. Ustaz Satiful Bahri Mamat |
WARIS Akan Serah Memorandum 12 Perkara Kepada <b>KETENGAH</b> <b>...</b> Posted: 26 Mar 2012 11:15 AM PDT
Menurut Pengerusinya Ustaz Roslan Ismail, pihak Ketengah sudah menyatakan persetujuan menerima Memerandum tersebut pada jam 10 pagi. Beliau berkata, Memorandum 12 Perkara tersebut adalah bertujuan mendesak Ketengah mengambil tindakan memperbetulkan haluannya yang kini jauh tersasar dari matlamat asal penubuhannnya. "Kami pihak Waris memandang Visi KETENGAH sangat hebat, bertujuan untuk menjadi peneraju kepada kesejahteraan rakyat di wilayah Terengganu Tengah dalam masa 10 tahun, "setelah hampir 40 tahun dan sebelum ia tersasar lebih jauh lagi dari matlamat asal penubuhannya, kami bertanggungjawb untuk menyampaikan hasrat rakyat iaitu memorandum rakyat kepada pihak KETENGAH,"ujarnya. Menurutnya, antara kandungan Memorandum tersebut adalah mendesak pihak KETENGAH untuk segera mencari alternatif sumber ekonomi kepada penduduk di bandar-bandar yang dibangunkan, agar jurang ekonomi rakyat di sini tidak terus melebar. Katanya, bandar-bandar seperti AMBS, Bukit Besi, Ketengah Jaya, Cerul dan Seri Bandi dan kampung-kampung tradisi sekitarnya jauh ketinggalan berbanding para penduduk di tempat lain. Justeru beliau mengambil kesempatan menyeru semua pihak yang berhajat memberikan sokongan moral kepada WARIS agar dapat bersama-sama pada jam 9.30 pagi berhampiran pejabat pentadbiran KETENGAH. "Memorandum tersebut akan diserahkan pada jam 10 pagi dan saya menjemput semua pihak berkumpul disekitar pejabat KETENGAH pada jam 9.30 pagi,"jelasnya. Beliau turut menjemput pihak media untuk hadir dan membuat liputan pada sidang media yang akan diadakan kira-kira jam 11.30 pagi. Komen: |
You are subscribed to email updates from di ketengah jaya - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan