Rabu, 8 Jun 2011

13 di jerangau - Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search


"Rangos" Menu Kambing <b>di</b> MARDI <b>Jerangau</b>..[Belated Syawal] | ! MrIx

Posted: 17 Oct 2010 05:25 PM PDT

Semalam Arini ni (17 Okt 2010), masa berlalu tanpa disedari .Bulan Oktober merupakan bulan terakhir IX praktikal di MARDI Kuala Terengganu ni. Semalam Arini Hari Ahad, Terengganu-Kelantan-Kedah merupakan hari bekerja. Pepagi lagi Tuan Haji (Pengarah MARDI Terengganu) bersama Encik Kamaruddin, Encik Ghani dan 4 orang pelajar praktikal (yang ditugaskan untuk menyelesaikan bancian eKasih ni...)

Semalam Arini gak selepas jer 'meeting. ngan boss besar mintak laporan minggu lepas, kami pu keluar la macam biasa .Tuan Haji tu mintak Encik Din gantikan beliau untuk hadiri Jamuan Raya di MARDI Jerangau..kalau bab jalan-jalan ni kami suka sangat la...IX bersama classmate yang praktikal skali tu...Bersama 'driver' Abang Khairul.

 Jamuan 'belated' Syawal + Majlis Perpisahan Pegawai bersara + Tamat Latihan budak praktikal sana, Ruby & Alin<<---alang-alang kebetulan jer....  Juadah jamuan ni:- Kambing Gulai, Kambing Panggang, Sup Daging Kambing, Buah Naga, Ayam masak Merah, Ulam-ulaman...(4 ekor kambing dikorbankan...ishk2....)
Haha..penuh pinggan IX cabul senduk dengan lauk pauk percuma tu....IX paling suka Buah Naga tuu..... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DUNIA ITU: Buruh maut langgar pengadang

Posted: 06 Jun 2011 04:27 AM PDT

JERANGAU – Hasrat seorang buruh pulang ke rumah untuk berehat bersama keluarga selepas minum teh bersama rakan di sebuah warung kopi berdekatan, berakhir dengan tragedi apabila dia terbunuh setelah motosikal ditunggangi terbabit dalam kemalangan dekat sini, petang kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 2.30 petang di Kilometer 112.7 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Fasa II Kampung Jerangau itu dipercayai berlaku apabila mangsa, Jefri Mohamad, 30, dari Felda Jerangau dalam perjalanan pulang selepas bertemu rakannya di Felda Jerangau Sungai.

Sebaik sampai di tempat kejadian, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan lalu merempuh pengadang jalan.

Akibat rempuhan itu, mangsa dikatakan melambung atas jalan lalu mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan dia dipercayai mati serta merta di tempat kejadian.

Kejadian disedari orang ramai sebaik melihat mangsa terbaring kaku di sisi motosikalnya, sebelum mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada ahli keluarga untuk urusan pengebumian.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kejadian dan kes masih dalam siasatan pihaknya.

Sinar Harian
6 Jun 2011

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads