13 di marang - Google Blog Search |
Kemaskini - HOT NEWS Di DALAM ! BN 5-0 <b>di Marang</b> TIDAK <b>...</b> Posted: 17 Apr 2013 10:33 AM PDT Artikel ini saya tulis selepas membaca kenyataan penuh yakin dari calon BN Datuk Yahya Khatib Mohamad yang juga bakal pencabar kerusi Parlimen Marang menentang Haji Hadi - "Kami semua akan bersatu menentang Abdul Hadi. Kami bukan sahaja mahu memastikan kemenangan di kerusi masing-masing tetapi juga berusaha mengetepikan pengaruh Abdul Hadi," SINAR. Target BN 5-0 di Marang sebenarnya TIDAK MUSTAHIL malah dari pengamatan saya ianya tidaklah sesukar sebagaimana persepsi yang digambarkan. Maksud saya, Marang sebagai kubu 'kuat' Hadi... mungkin ramai yang beranggapan BN 5-0 di Marang sebagai slogan penyedap hati saja. Biar saya tulis disini - HADI TIDAK KUAT MANA PUN DI MARANG. Tak percaya ? Saya jarang buat kenyataan direct sebegitu kalau tidak ada bukti yang menyokong. Cuba perhatikan keputusan PRU12 bagi kawasan Marang dibawah - Majoriti cuma 2747 saja. Cuba perhatikan pula keputusan2 4 DUN di Marang - Saya buat analisis secara mudah tapi logik supaya anda tak perlu nak pecah kepala membuat pengiraan tambahan. Majoriti Parlimen Marang 2747 dan majoriti DUN Ru Rendang pula 2686. Kedua2nya dimenangi oleh Hadi, Jadi tidak salah kalau saya rumuskan, keputusan di Ru Rendang adalah yang paling kritikal kerana kemungkinan besar majoriti yang dimenangi Hadi di peringkat Parlimen Marang datang dari kawasannya sendiri, Ru Rendang. Secara mudah, jika majoriti Pas di Ru Rendang dapat dikurangkan dengan besar, besar kemungkinan majoriti Pas di peringkat Parlimen juga akan berkurangan dengan angka yang sama. Atau dengan kata lain - jika Pas tewas di Ru Rendang, Pas juga akan tewas di Parlimen Marang kerana keseluruhan majoriti Marang yang datang dari Ru Rendang akan terhapus ! Tidak mustahil kan ? Jika benar Hadi begitu kuat dan kebal di Ru Rendang, bagaimana mungkin calon BN mampu dapat 41% dari jumlah yang mengundi. Disebalik persepsi kekebalan Hadi di Ru Rendang, beliau cuma mampu meraih 59% sokongan saja. Lebih sedikit jer dari setengah ! Tidak susah kan ? Cuba ambilkira FAKTA ini pula - Pas telah TIDAK BERLAKU ADIL sepanjang kempen Pilihanraya 2008 dari segi - MENGHALANG proses demokrasi berlangsung dengan pelbagai halangan yang mengHADkan kempen secara terbuka dipihak BN. KLiK . Bendera tidak dibenarkan, ceramah dihalang, ancaman pulau memulau malah ketahap menghalang pengundi yang disyaki penyokong BN dari keluar mengundi ! Dan disebalik segala KEZALIMAN itu, Hadi cuma mampu raih 59% undi saja ! ? ? Masih anggap Hadi kuat / kebal di Ru Rendang @ Marang ? Bayangkan kalau Hadi @ Pas sanggup bertanding secara ADIL kali ini ..... tidak lagi secara PENGECUT sebagaimana PRU12 dulu dengan segala halangan seperti yang saya sebut diatas, TIDAK MUSTAHIL Pas akan tewas di Ru Rendang dan seterusnya menafikan Pas kerusi Parlimen Marang ! MASALAHNYA, tanda-tanda semakin jelas yang Pas akan ulangi juga sikap PENGECUTnya di Ru Rendang untuk PRU13 ini. KLiK. Tadi siang keadaan masih sama - TIDAK ADA satu pun bendera BN sepanjang jalan besar 3 km di DUN Ru Rendang. Walaupun perkara ini telah LAMA berlaku, berulang setiap kali Pilihanraya ... saya cuba bersangka baik terhadap hadi. Mungkin Hadi TIDAK TAHU wujudnya segala KEZALIMAN menafikan hak demokrasi kepada BN di kampungnya sendiri, mungkin juga Hadi TIDAK PERASAN yang tidak ada bendera, banner atau sebarang kempen terbuka oleh BN dikampungnya sendiri SETIAP KALI Pilihanraya berlangsung. Sekali lagi saya ulang, analisis ini dibuat secara mudah tapi logik dengan menggunakan fakta yang tampak paling relevan mampu memberi kesan besar pada keputusan undi disamping konsep Ceteris Paribus. Anda sudah percaya yang BN 5-0 diMarang tidak lagi mustahil ? TERKINI 2:00 AM - Ada sumber dalaman PAS beritahu yang Mustafa Ali jadi calon di Ru Rendang ! Jika benar, apakah MUSTAHIL BN menang 5-0 di Marang ? ? YES ! YES ! I LIKE ..... PPS - Oya satu lagi fakta - Bilangan pengundi berdaftar di DUN Ru Rendang kali ini ialah 22701 .... hampir 4000 pengundi baru. Jika ianya melibatkan pengundi muda, peluang BN LEBIH CERAH ! Graf Ketaksuban Akut semakin menurun dengan pengundi muda. Semakin terbuka minda pengundi,semakin cerah peluang BN. |
You are subscribed to email updates from di marang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan