13 di setiu - Google Blog Search |
Ladang ISHARP <b>Di Setiu</b> Bakal Jadi Pengeluar Udang Terbesar <b>...</b> Posted: 14 Feb 2012 03:38 PM PST SETIU, 13 Feb (Bernama) — Terengganu bakal menjadi pengeluar udang terbesar negara apabila ladang akuakultur udang bersepadu (iSHARP) di Kampung Nyatuh di sini, beroperasi sepenuhnya dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi. Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, dalam tempoh percubaan ini, ladang yang mempunyai keluasan 1,000 hektar itu telah mengeluarkan hasil sehingga 6.0 tan metrik, iaitu lebih 1.0 tan metrik daripada sasaran awal. "Kejayaan itu akan menutup mulut pembangkang yang selalu mengutuk projek berkenaan selama ini." "iSHARP apabila beroperasi sepenuhnya mampu menyediakan antara 700 dan 1,000 peluang pekerjaan, terutama kepada anak-anak tempatan," katanya kepada pemberita ketika melawat ladang itu di Kampung Nyatuh di sini Isnin. Yang turut hadir pada lawatan itu Ketua Pegawai Eksekutif iSHARP Abu Bakar Ibrahim. Ahmad berkata ladang iSHARP dibangunkan oleh Blue Archipelago Berhad khusus untuk menternak udang secara teratur dan terkawal. Katanya kewujudannya ladang udang itu antara lain bagi menggalak perkongsian pihak swasta, kerajaan Terengganu dan kerajaan Malaysia bagi merangsang gugusan akualkultur udang secara moden. "Ia juga bagi menghasilkan pengeluaran udang bermutu tinggi dan diperakui secara konsisten sesuai untuk pasaran premium serta memajukan jenama udang Malaysia di pasaran antarabangsa," katanya. Beliau berkata, kerajaan Terengganu meluluskan pembangunan iSHARP sebagai salah satu projek berimpak tinggi negara. Pada fasa pertama ini, katanya 216 kolam ternakan beroprasi sepenuhnya pada tahun ini dengan kapasiti pengeluaran 2,100 tan metrik udang setahun. Fasa kedua pada tahun hadapan bakal mempunyai 400 kolam ternakan udang yang mampu mengeluarkan 3,920 tan metrik udang setahun. "Apabila siap sepenuhnya, hasil pengeluaran iSHARP dijangka mencecah nilai pasaran RM78 juta setahun dan udang ini akan dieksport ke luar negara," katanya. Dengan kemampuan kapasiti 15 tan metrik sehari, Ahmad berkata kilang pemprosesan udang yang akan dibangunkan pada 2013 berupaya menembusi pasaran premium seperti Eropah, Jepun, Amerika Syarikat dan juga Timur Tengah. Katanya, pusat pembenihan udang yang akan siap di bangunan itu, mampu mengeluarkan satu bilion benih udang setahun, cukup untuk menampung keperluan iSHARP dan juga penternak kecil di Pantai Timur. Beliau berkata, fasa pertama dan kedua mampu mewujudkan tidak kurang 700 pekerjaan separuh mahir, terlatih dan pengurusan yang mana keutamaan diberi kepada rakyat negeri itu. "Pada masa ini, 48 kolam telah mengeluarkan hasil udang dan seramai 108 pekerja telah memulakan tugas di iSHARP iaitu 85 peratus daripada mereka adalah anak Terengganu," katanya. Katanya pekerjaan yang diwujudkan itu mampu menjana pendapatan RM12 juta setahun dan secara langsung mampu meningkatkan kegiatan ekonomi penduduk setempat. – BERNAMA Advertisement |
You are subscribed to email updates from di setiu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan