Jumaat, 15 Mac 2013

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


teganuku: Lebih 10,000 Sertai Perarakan Maulidur Rasul <b>Di Dungun</b>

Posted: 10 Feb 2013 04:59 PM PST

Kemeriahan sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Dungun di Padang Astaka dekat sini diwarnai acara perarakan sejauh empat kilometer melibatkan lebih 50 kontinjen mewakili pelbagai agensi termasuk masyarakat tempatan, pagi Jumaat lalu.

Program tahunan itu selain memperingati sambutan kelahiran junjungan Rasulullah SAW, ia juga dilihat sebagai simbol kepada perpaduan umat Islam yang kini semakin terhakis berikutan perbezaan fahaman politik.


Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Daerah Dungun 2013 dianugerahkan kepada Muda Abdullah, 74, iaitu bekas wakil rakyat di kawasan Dun Jerangau (1979-1990).

Pengerusi jawatankuasa pemilihan tokoh Maulidur Rasul Peringkat Daerah Dungun 2013, Datuk Wira Rosli Mat Hassan berkata, Muda dipilih setelah melihat sumbangannya terhadap masyarakat setempat. Rosli berkata, Muda atau lebih dikenali sebagai Cikgu Muda dalam kalangan penduduk Dungun seorang pemimpin yang sentiasa merendah diri dan amat disenangi oleh masyarakat.

"Beliau seorang pemimpin yang menunjukkan kepimpinan yang sederhana dan tiada isu melibatkan peribadi.

"Pemimpin beginilah yang kita perlukan dan sebab itu, beliau dipilih sebagai Tokoh Maulidur Rasul kali ini," katanya.

Pelbagai anugerah yang diterima Antara jawatan yang pernah disandang Cikgu Muda termasuk Timbalan Ketua Umno Bahagian Dungun (1986-1990), Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kebajikan Negeri (1986-1990), Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri selain pernah menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK), Ahli Mangku Negara (AMN) dan Jaksa Pendamai (JP).

Tokoh wanita pula dianugerahkan kepada Ketua Wanita Umno Kampung Padang Jambu, Tuan Wook @ Nafisah Chik yang juga Bendahari Kehormat Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Dungun.

Acara perarakan juga turut dimeriahkan lagi dengan penyampaian anugerah kontinjen terbaik yang menjadi milik Majlis Perbandaran Dungun bagi kategori agensi kerajaan dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tanjung Pagar pula menjuarai kategori JKKK.

Masing-masing membawa pulang hadiah tunai RM3,000 dan piala. Sekolah Menengah Teknik Vokasional Dungun pula muncul johan kategori sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi awam, manakala kategori sekolah rendah diungguli oleh Sekolah Kebangsaan Batu Tujuh.

Hadir sama, Pegawai Daerah, Mohd Akil Mat' Ahli Parlimen Dungun, Datuk Matulidi Jusoh; Adun Rantau Abang, Datuk Zaa'bar Mohd Adib; Adun Bukit Besi, Datuk Din Adam dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Zulkifli Abu Bakar

Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads