13 di pulau wan man - Google Blog Search |
Mulan Maseirra: Part IV Holiday Masjid Kristal Posted: 03 Jan 2013 08:40 PM PST Assalamualaikum wbt.... Subhanallah... Cantik betul Rumah Allah nie... Terpegun sekejap... Masjid Kristal, Terengganu... Sedikit sejarah pembinaan masjid ini: Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelanconganTaman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu. Masjid Kristal telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 8 Februari 2008 jam 6.00 petang. Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membacaal-Quran elektronik. nota kaki : walaupun kita kagum dengan seni bina masjid-masjid yang indah, tapi harus diingat salah satu tanda kiamat adalah menghiasi masjid dengan berlebihan.... (tazkirah pada tengahari ini) |
You are subscribed to email updates from di pulau wan man - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan