Jumaat, 11 Januari 2013

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


teganuku: 3 Sekolah <b>Di Hulu Terengganu</b> Belum Dibuka - Ahmad <b>...</b>

Posted: 02 Jan 2013 03:41 PM PST

Sebanyak 27 daripada 30 buah sekolah yang tidak dapat memulakan hari pertama sesi persekolahan 2013 kelmarin ekoran banjir di negeri ini mula dibuka semula semalam.

Tiga buah sekolah lagi iaitu Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Ampuan Intan dan SK Bukit Tadok di Hulu Terengganu belum boleh dibuka kerana sekolah berkenaan masih digenangi air.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Ahmad Razif Abd. Rahman memberitahu, cuaca yang semakin baik membolehkan sebahagian besar sekolah yang terbabit banjir dibenarkan dibuka semalam.

"Cuaca hari ini (semalam) dilihat semakin baik dan saya harap semua sekolah berkenaan dapat dibuka semula esok (hari ini)," katanya ketika membuat lawatan di SK Wakaf Mempelam dekat Kuala Terengganu semalam.

Kelmarin, 30 buah sekolah melibatkan 12,000 pelajar di Terengganu tidak dapat memulakan penggal baharu persekolahan ekoran banjir gelombang kedua yang melanda negeri itu.

Menurut Razif, ibu bapa boleh menghubungi sekolah atau Pejabat Pelajaran Daerah untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai sekolah anak-anak mereka.

Sementara itu, Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara memaklumkan sehingga pukul 9 malam tadi hanya 41 mangsa masih ditempatkan di dua pusat pemindahan.

Daripada jumlah itu, 20 mangsa ditempatkan di Dewan Sivik, Batu 24, Hulu Terengganu manakala 21 mangsa lagi ditempatkan di pusat pemindahan di Setiu

Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads