13 di kijal - Google Blog Search |
T E G A N U K I TA: Giant <b>di Kijal</b> tidak mempunyai tunggakan hutang Posted: 07 Dec 2011 08:38 PM PST Oleh: Suriati Ali Kerajaan negeri menolak dakwaan pembangkang yang menyatakan pengusaha atau pemilik Pasar Raya Giant di Bandar Baru Kijal, Kemaman tidak mampu membayar sewa dan mempunyai tunggakan hutang yang tinggi. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said berkata, dakwaan wakil pembangkang YB Mohd Wahid Endut (Wakaf Mempelam-Pas) adalah tidak benar sama sekali dan hanya ingin mengelirukan rakyat. "Kerajaan negeri menerima bayaran sewa secara bulanan dan apa yang membanggakan pengusaha pasar raya itu sudah membayar sewa bagi bulan November pada 3 haribulan melalui RHB Bank Berhad bernombor 505874. "Sambutan pelanggan terhadap pasar raya itu semakin menggalakkan sehingga mampu mencatatkan jualan RM500,000 sehari," katanya dalam sidang DUN hari ini. Katanya, Pasar raya Giant itu merupakan cawangan ketiga di negeri ini setakat ini selepas kewujudan Giant di Padang Hiliran, Kuala Terengganu dan pasar raya TMC di Mesra Mall Kerteh. "Giant Bandar Baru Kijal merupakan penyewa terbesar di lokasi yang bakal dibangunkan sebagai pusat tekstil itu. "Pembangunan di tanah seluas kira-kira 160 hektar itu yang membabitkan kos keseluruhan kira-kira RM100 juta, turut menarik perhatian sebuah gedung tekstil terkenal untuk membuka cawangannya di lokasi ini," katanya. |
You are subscribed to email updates from di kijal - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan