13 di rantau abang - Google Blog Search |
<b>Rantau Abang</b> | Blues Riders Posted: 06 Dec 2011 07:00 PM PST Setiap tahun antara bulan Jun hingga September, Rantau Abang akan dipenuhi oleh orang ramai seakan-akan wujudnya satu pesta besar-besaran. Kerana inilah musim penyu mendarat untuk bertelur. Ia merupakan satu tarikan kepada para pelancong baik dari luar mahupun dari dalam negeri Terengganu untuk berkunjung dan melihat dengan lebih dekat lagi. Adalah menjadi idaman setiap pengunjung untuk melihat sendiri dengan mata kepala akan realiti penyu dan telur-telur yang dikeluarkan. Menurut sejarah dan cerita beberapa orang tua yang berasal dari sini, memang pada asalnya di sini terdapat dua ketul batu besar yang betul-betul menyerupai penyu. Adalah dipercayai bahawa batu yang berbentuk penyu itu merupakan 'ibu penyu' (raja) bagi segala penyu. Oleh sebab itu, maka pada setiap tahun (Jun - September) penyu-penyu dari seluruh dunia datang mendarat di pantai ini bagi menghormati 'ibu' mereka. Adalah dipercayai sehingga sekarangpun masih wujud 'ibu penyu' ini (warna hitam), satu terdapat di dalam air di tepi pantai tersebut dan dipercayai juga hanya orang-orang yang tertentu sahaja yang dapat melihat pada waktu-waktu yang tertentu. Manakala satu lagi terletak di atas bukit tidak jauh dari pantai (berwarna putih). Begitulah adanya cerita orang-orang tua yang lama tinggal di situ mengenai sebab musabab mengapa penyu-penyu di seluruh dunia bertumpu ke Pantai Rantau Abang. Wallahualam. Penyu-penyu di sini adalah di bawah kawalan atau jagaan Jabatan Perikanan Negeri Terengganu. Penyu-penyu yang terdapat di sini adalah dari jenis Belimbing, Lipas, Karah, Agar dan Tutong Laut. Penyu merupakan satu tarikan para pelancong untuk mengunjungi negeri Terengganu. Penyu juga pernah menjadi logo Persidangan Pelancongan Asia Pasifik (PATA) dan juga logo Hotel Pantai Primula di Kuala Terengganu. Rantau Abang adalah satu tempat yang paling unik kerana telah menjadi pusat pendaratan penyu daripada segenap lautan di dunia dan menjadi satu-satunya tempat pendaratan Penyu Belimbing. Dalam keghairahan pengunjung dari seluruh dunia hadir untuk menyaksikan telatah reptilia itu dan penduduk tempatan berpesta apabila tiba musimnya setiap tahun, hanya segelintir sahaja yang sedar bahawa spesis yang paling unik ini berada dalam bahaya kepupusan. Menyedari hakikat ini, Jabatan Perikanan telah mengambil langkah dengan menetas, menternak dan seterusnya melepaskan kembali anak-anak penyu ke laut dari semasa ke semasa sebagai langkah menghadapi ancaman kepupusan penyu itu. Kerajaan Negeri Terengganu telah meluluskan satu enakmen di Dewan Undangan Negeri untuk mewartakan Pantai Rantau Abang sebagai kawasan perlindungan kepada semua jenis penyu yang mendarat di pantai itu. Dengan harapan semua telur yang diperolehi akan dieram dan dipelihara. Apabila cukup waktu yang ditetapkan, anak-anak penyu akan dilepaskan ke laut supaya dalam jangka waktu yang tertentu anak-anak penyu tadi akan dewasa dan kembali bertelur. Sejenak di Rantau Abang amat membanggakan dan semoga ianya tetap menjadi pilihan bagi penyu-penyu mendarat dan kekal sebagai tempat tarikan para pelancong. Keindahan Pantai Rantau Abang juga telah digambarkan dalam lirik lagu "Rantau Abang" dendangan Allahyarham Datin Rafeah Buang. Hamparan permaidani indah Lirik melirik permata nilam Bintang bertabur mengapa suram Moral Value: And when it rains on your parade, look up rather than down. Without the rain, there would be no rainbow. |
You are subscribed to email updates from di rantau abang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan