Sabtu, 10 Mac 2012

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


teganuku: Rumah Saudara Baru Terbakar <b>Di Besut</b>

Posted: 18 Feb 2012 07:20 AM PST

Rumah yang didiami satu keluarga saudara baru di Projek Perumahan Rakyat Termiskin PPRT) di Kampung Belaoh, Keruak, Hulu Besut musnah dalam kebakaran malam Jumaat.

Ketika kejadian kira-kira 8.30 malam itu, keluarga berkenaan tiada di rumah kerana sedang belajar mengaji Al-Quran tidak jauh dari situ.

"Seorang jiran yang tinggal berdekatan rumah kami beritahu berita buruk itu ketika kami sekeluarga sedang asyik mempelajari Al-Quran di rumah mentua saya. Kami lalu bergegas pulang," kata ketua keluarga berkenaan, Mohd Redzuan Yee Abdullah, 27.

Beliau berkata setibanya di rumah yang mereka duduki sejak 17 tahun lalu, mereka hanya mampu melihat rumah mareka sedang dijilat api tanpa dapat menyelamatkannya.

Mohd Redzuan berkata sebelum kejadian, beliau terdengar bunyi letupan yang kuat dari arah rumahnya namun menyangka ia adalah bunyi mercun.

"Kami tinggal sehelai sepinggang. Segala dokumen penting seperti surat beranak dan kad pengenalan di samping dua motosikal serta duit turut musnah," katanya.

Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Jertih dihantar untuk memadam kebakaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads