Selasa, 25 Jun 2013

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


<b>Hulu Terengganu</b> lebih maju selepas LPT 2 siap | Terengganu Today

Posted: 15 Jun 2013 08:46 PM PDT

Lebuh Raya Pantai Timur

Lebuh Raya Pantai Timur

Kerajaan sedang merancang beberapa program pembangunan bagi daerah Hulu Terengganu sebaik siapnya Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2) menghubungkan Kuantan ke Kuala Terengganu, tahun depan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata jika lebuh raya itu siap mengikut jadual, projek-projek tertangguh seperti pusat penjaja buah-buahan di Kampung Gaung akan dibangunkan dengan segera.

"Kita yakin dengan siapnya lebuh raya itu, orang ramai terutamanya pelancong ke Tasik Kenyir akan tertumpu kepada Hulu Terengganu kerana ia berada di laluan lebuh raya berkenaan.

"Kita juga akan lihat balik pusat pendidikan yang tertangguh seperti politeknik di sini yang terbengkalai. Begitu juga Pekan Ajil di mana kita akan susun semula rangkaian perniagaan di situ dengan lebih sempurna," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas majlis penyampaian sumbangan pakaian Hari Raya kepada anak-anak yatim tahun tiga hingga enam sekolah-sekolah rendah daerah Hulu Terengganu anjuran Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim (Perkaya) di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 99 orang anak yatim dari 42 buah sekolah rendah di daerah itu telah menerima sumbangan tersebut. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads