Isnin, 27 Februari 2012

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


Maulidur Rasul <b>di Kemaman</b> meriah Maulidur Rasul di <b>...</b> - Darul Iman

Posted: 20 Feb 2012 04:46 PM PST

Oleh SAPEE MAT JUNUS utusanterengganu@utusan.com.my

CUKAI 20 Feb. – Sambutan Maulidur Rasul sudah menjadi tradisi dalam masyarakat Islam sebagai memperingati peristiwa besar keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Sambutan itu juga diadakan sebagai simbol memuliakan baginda dengan berusaha mengikuti ajaran dan panduan yang telah ditinggalkan.

Lazimnya, sambutan diisi dengan ceramah di surau-surau dan masjid atau di sekolah-sekolah mengenai sirah atau sejarah kehidupan Rasulullah, di samping perarakan yang menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat.

Di Terengganu, sambutan yang digerakkan oleh pelbagai pihak dan sambutan terbesar di negeri ini berlangsung di daerah Kemaman baru-baru ini.

Di Kemaman, acara kemuncaknya diadakan perarakan yang dimeriahkan dengan penyertaan kira-kira 40,000 penduduk setempat.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengetuai perarakan yang mencatatkan penyertaan terbesar dalam tradisi perarakan setiap tahun yang dianggapnya sebagai cerminan perpaduan yang semakin kukuh.

Katanya, sambutan kali ini adalah di luar jangkaan kerana kebiasaannya ia dalam lingkungan 30,000 penyertaan.

"Program ini juga adalah sebahagian daripada usaha kita menjalin kesepakatan sebagaimana diajar oleh Rasulullah SAW," katanya pada sidang media selepas mengetuai perarakan bermula di Padang Astaka dan mengelilingi bandar Cukai.

Turut serta, isteri beliau, Toh Puan Seri Norliza Mahmud; Ahli Parlimen Kemaman Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Datuk Mohamed Awang Tera; ADUN Kemasik, Ir. Rosli Othman; ADUN Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar dan Pegawai Daerah, Mohamad Kamil Othman.

Perarakan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu dewasa sejauh tujuh kilometer, institusi pendidikan sejauh lima kilometer dan tabika dua kilometer mengelilingi bandar Cukai.

Sementara itu, beberapa penduduk tempatan dan pelancong asing ketika ditemui menyuarakan rasa gembira dan teruja melihat perarakan itu.

Pelancong Holland, Eline Trudy, 50, berkata, dia kagum melihat masyarakat Islam di negara menyambut kelahiran Rasulullah melalui perarakan yang berwarna-warni.

"Saya kagum dengan pelbagai perayaan agama dan budaya masyarakat pelbagai kaum di negara ini," katanya.

Bagi penduduk tempatan, Syed Mohd. Saharzi Syed Alwi, 42, berkata, dia gembira kerana berpeluang bersama puluhan ribu anggota masyarakat dalam sambutan ini.

"Walaupun terpaksa berjalan sejauh tujuh kilometer, saya tidak merasa penat malah terasa begitu seronok," ujarnya.

Nurhayati Yusuf, 25, berkata, dia rasa amat gembira kerana turut berada dalam suasana penuh meriah.

"Tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya mengadakan sambutan yang sebegini hebat dengan menggabungkan 40,000 warga Kemaman dan ini suatu sejarah," katanya.

Sebagai penghargaan, penyertaan dan penampilan setiap kontinjen dalam perarakan itu dinilai untuk diberikan hadiah.

Ia dibahagikan kepada beberapa kategori termasuk kategori jabatan kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).

Tempat pertama bagi kategori itu dimenangi oleh Pesama Timber, Pejabat Agama Daerah (kedua) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah (ketiga)

Bagi kategori Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), tempat pertama disandang oleh JKKK Batu Empat Binjai manakala JKKK Bukit Teruna (kedua) dan JKKK Mak Lagam (ketiga).

Untuk kategori Wanita UMNO, tempat pertama dimenangi Batu Empat Binjai manakala Jawatankuasa Aktiviti Kemas (kedua) dan Sungai Ibok (ketiga).

Kategori sekolah rendah dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Bukit Kuang manakala kategori sekolah menengah diraih Sekolah Menengah Kebangsaan Cukai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads