Isnin, 27 Jun 2011

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


UMNO Online - Pendekatan Hati Ke Hati Untuk Hadapi PRU 13

Posted: 13 Jun 2011 01:09 AM PDT

Kategori Dari Bahagian

Pendekatan Hati Ke Hati Untuk Hadapi PRU 13

Oleh: Azlina Rosdy

HULU TERENGGANU, 13 Jun – Menyedari pilihan raya umum (PRU) semakin menghampiri, Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang menekankan pendekatan hati ke hati bagi mengesan masalah di kalangan pengundi.

Katanya, gerak kerja untuk berdepan PRU akan datang, adalah berkonsepkan 'menyentuh hati rakyat'.

"Kita menumpukan gerak kerja di peringkat bawah agar mendekati para pengundi di bahagian ini. Saya mahu jentera yang telah di tubuhkan, mendekati pengundi bukan sahaja untuk mengenal pasti masalah yang ada tetapi mengenalpasti kelemahan pucuk pimpinan di bahagian. Saya memanggil gerak kerja ini ialah gerak kerja luar biasa.

"Kita sedar, rakyat lebih peka dan nampak kelemahan kita. Oleh itu saya mahu mendengar suara rakyat agar segala kelemahan dapat kita baiki. Jika kita terus mendekati rakyat dengan cara ini, kita pasti akan dapat mengekalkan Barisan Nasional (BN) di Parlimen Hulu Terengganu sekaligus merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir.

"DUN Manir kita hanya tewas tipis iaitu dengan majoriti 432. Selain mengekalkan kerusi yang lain, Manir menjadi tumpuan utama kita agar kita dapat merampas kerusi DUN ini dari pembangkang," katanya kepada UMNO-Online.

Tengku Awang tidak menafikan, DUN Manir mendapat perhatian istimewa daripada kerusi DUN yang lain kerana UMNO berhasrat menyapu bersih semua kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen di Huhu Terengganu pada PRU akan datang.

Namun katanya, ini tidak bermakna kerusi DUN yang lain diabaikan.

"Kita tetap memberi perhatian di kawasan lain tetapi Manir mendapat keutamaan kerana saya agak kecewa dengan kekalahan kita di DUN ini pada PRU yang lalu. Kita hanya tewas tipis. Sebab itu saya memberi perhatian yang lebih di DUN ini kerana saya yakin kita mampu memenanginya di PRU akan datang," terangnya lagi.

Beliau berharap dengan gerak kerja yang telah diatur, akan menambah keyakinan rakyat terhadap UMNO dan BN.

Katanya, melalui penilaian yang dibuat juga menambah keyakinan beliau bahawa UMNO mampu menang bersih di bahagian Hulu Terengganu di PRU akan datang.

"PRU sudah tidak lama lagi. Usaha keras semakin dituntut. Harapan saya amat tinggi kepada semua tenaga jentera pilihan raya. Saya sentiasa berpesan kepada jentera gerak kerja, kita harus berjuang demi parti dan masa depan rakyat.

"Sekiranya kita berjaya menyentuh hati rakyat, sudah pasti kita akan menang di PRU kelak. Apa yang penting, laksanakan segala janji dan dahulukan rakyat," katanya lagi.- MediaUMNO


Berita Bertarikh 13 June 2011 Pada 4:09 PM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads